Mar 29, 2009

Earth Hour 2009


Tahun ini UTP dan OPU PETRONAS yang lain mengambil bahagian di dalam kempen Earth Hour yang berlangsung pada 28 Mac 2009 dari pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Kawasan kampus UTP yang selalunya meriah dengan cahaya lampu buat pertama kalinya gelap gelita.

Lokasi: Pintu masuk utama UTP



Lokasi: Totem Pole UTP



Lokasi: Masjid An Nur, UTP


Lokasi : Kompleks Cancellor UTP

Mar 28, 2009

Bila isteri sibuk

Kalau selalunya aku jer yang sibuk memanjang tapi kali ni pada hari ni hari sabtu giliran isteri ku pulak sibuk bermesyuarat. Isk isk isk...


Kali ni situasi berlainan kalau selalunya aku yang baby sit tapi bila ada bibik nih aku pulak kena kluar rumah sementara menunggu isteri ku habis meeting. bukannya apa tapi nak mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Nauzubillahimin zalik.
Jadi aku cuba penuhkan aktiviti aku dari pukul 8 pagi sehinggalah pukul 12.30 tengahari. Selepas menghantar isteri ke sekolah aku memandu terus ke bandar Kuala Kangsar kira-kira 20 minit dari Tasik Raban. Perkara pertama cari sarapan pagi. Selepas pusing-pusing cari tempat best aku ambil keputusan untuk singgah di warung berdekatan dengan bus station dan juga pasar besar Kuala Kangsar. Menu aku simple; Roti Telur dan teh tarik. Boleh tahan jugak Roti Telur mamak nih, lain kali boleh datang lagi nih. Aku enjoy sarapan pagi aku sambil membaca The Star.





Selepas makan kemana pulak nak pergi nih ya. banyak kedai masih tutup lagi. Ermmmm aku memandu terus ke Bukit Chandan dan singgah sekejap di Galeri Sultan Azlan Syah. Habiskan masa kat sini lebih kurang sejam kemudian terus memandu balik ke Tasik Raban. Aku memandu 50-60km/j taknak cepat sampai.


Selepas ambil isteri aku balik rehat sekejap kat rumah sebelum meneruskan rancangan kami ke Jusco Ipoh dan balik ke Sri Iskandar. Inilah aktiviti aku untuk hari nih. Memandu tanpa tahu kemana nak dituju

Mar 27, 2009

Tazkirah Jumaat: Pisang dan hati


Hari ni aku nak berkongsi satu tazkirah Jumaat menarik yang aku terima dari Ustaz Zuriat dari Unit Pentadbiran Masjid UTP. Harap kawan-kawan dapat teladan dari cerita ni. Sama-sama kita renungkan

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.


Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Mar 26, 2009

Aku betul-betul tersentuh bila melihat video yang dihantar oleh teman sekerja. Begitu gigih si dia dalam menjalani hidup yang serba kekurangan. Oleh itu kita yang mempunyai segalanya patut bersyukur di atas kurnian Yang Maha Esa

video

Mar 25, 2009

Hari Rabu yang dinanti

Hari Rabu dan Jumaat adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu kerana aku akan pergi menjenguk family aku di Tasik Raban, Lenggong. Inilah cabaran bagi aku sekeluarga bila kami terpaksa duduk berasingan kerana pemohonan pertukaran sayang dari daerah Hulu Perak ke daerah Perak Tengah masih tidak diluluskan lagi. Permohonan keenam baru dihantar minggu lepas. Usaha tangga kejayaan. Amin. Perjalanan ke sana dari Sri Iskandar memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Jauh jugak tuh.


Untuk ke sana aku ada 3 route pilihan, samada melalui highway Utara Selatan dan exit di Kuala Kangsar, melalui Manong atau pun melalui Chopin dan Kampung Senggang. Semua ada kelebihan masing-masing. Route pertama aku selalu guna bila aku dari Tasik Raban ke Sri Iskandar kerana aku lebih selesa memecut di highway dari memandu di kampung pada pagi hari. Jika melalui jalan kampong aku terpaksa lebih berhati-hati dengan kanak-kanak yang berjalan ke sekolah pada pagi-pagi hari. Kalau perjalanan petang aku akan pilih samada melalui Manong atau Chopin. Dapat menikmati pemandangan kampong yang tenang dan mendamaikan.

Langit dah mula kelam semenjak aku di Sri Iskandar lagi tanda hujan lebat akan turun pada bila-bila masa saja. Tak sampai 15 minit ketika aku melewati pekan Parit hujan mula turun. Alhamdullilah sejuk sikit muka bumi ni setelah 3 hari panas terik. Kadang-kadang bila panas kita bersungut nak hujan tapi bila hujan kita bersungut nak panas, Sudah lumrah manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang diberi.

Perjalanan aku terpaksa di perlahankan sedikit. Dengan jalan berbukit dan bengkang bengkok aku terpaksa extra carefull tambahan lagi dengan jalan yang licin dan hujan lebat yang menghadkan pandangan hadapan.

Pukul 8.15malam aku selamat sampai di Tasik Raban. Letih segera hilang bila terpandang muka-muka keluargaku yang menyambut kedatangan ku.

Mar 20, 2009

Tazkirah Jumaat: Kisah 5 perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untukmenyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.



Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Mar 14, 2009

Kawan



kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,

KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,

KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....

kata nenek,

KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedare,

KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,

KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........

kata kakak,

KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,

KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,

KAWAN tu lah saudara ku tempat aku mengadu kesusahan dan kesempitan

kata aku,

KAWAN tu tak kisahlah camner..

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK

BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!


dia tetap KAWAN....:)


walaupun kita mempunyai kekasih, tapi

KAWAN tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,

KAWAN tetap paling berharga.


Mar 12, 2009

3H 2M

Alhamdullilah my trip to Kuching berjalan dengan lancar sekali. Ma pun nampak begitu gembira sekali walaupun mengadu lenguh2 sakit lutut.


Hari Jumaat pagi aku drive ke LCCT dari Sri Iskandar. Kalau diikutkan aku boleh ambil bas TRITON dari Ipoh terus ke LCCT tapi aku lebih suka drive sebab boleh buat hal sendiri. Lebih bebas. Boleh berhenti dimana-mana saja, walaupun pada hakikatnya letih sikit. Aku sampai di LCCT pukul 10am. Kira sempatlah lah nak rehat sekejap sebelum check in.


Dalam flight, aku dan family dapat seat row depan mungin sebab keutamaan diberi kepada penumpang yang berumur dan kanak-kanak (my little princess, my little prince dan Ma). Ada kelebihan jugak bawak anak berjalan ni ya. Walaupun satu row ada 3 seats tapi Ma terpaksa duduk di row lain kerana mengikut polisi satu row tidak boleh melebihi 4 orang. Ini kerana jika berlaku kecemasan, topeng gas cuma ada 4 sahaja. Tak kisahlah lagipun Ma dipindahkan ke row sebelah jer. Satu benda yang aku baru perasan kali ni bila aku naik Airasia ialah kalau dulu kita boleh memilih mana-mana seat (free seating arrangement) tapi kali ni setiap passenger sudah di assign their own seat number.

Dari Airport kami terus ke hotel. Aku stay di Grand Margherita hotel (dulu dikenali dengan nama Holiday Inn). Oleh kerana trip kali ni ramai sikit jadi aku booked Executive Studio, aku dapat bilik di Executive level dan yang paling aku suka ialah express check in dan chekout disediakan untuk level ni. Harga memanglah mahal sikit tapi memandangkan jumlah kami agak ramai dan Ma xnak stay sorang-sorang dalam bilik lain. Aku betul-betul puas hati dengan layanan dari staff kat sana. Mula2 suspens jugak sbb aku pernah terbaca di web beberapa overseas customer complain mengenai servis dan bilik kat sini. Maybe dari segi interior kena refurbish sikit kot untuk nampak up to date kalau nak bersaing dengan jiran-jiran terdekat seperti Hilton Hotel.


Sabtu pagi, aku dah arrange family trip to Kampung Budaya Sarawak thru hotel travel agency, Matahari. Tiket masuk still RM60 per person tapi pengalaman didalamnya dijamin berbaloi. Ni berdasarkan pengalaman pertama aku dulu. Kesian tengok Ma, lenguh kaki dibuatnya turun naik tangga kat sana. Tapi dia nampak begitu bersemangat sekali. Yelah kali pertama dia lihat benda-benda baru kat sana. Kelakar betul aku tengok expression muka Ma bila dia tengok staff lelaki kat sana pakai cawat. Hehehehehe.

Sempat juga aku mencuba skill aku menyumpitkat rumah kaum Penan. Boleh tahan jugak hasilnya kira kalau nak dibagi markah bolehlah 80/100

Dewan persembahan budaya yang biasa digunakan tengah di ubah suai jadi semua persembahan dibuat di Dewan Lagenda. Suasananya begitu lain kalau nak dibandingkan dengan dewan dulu yang lebih selesa dan juga lengkap dengan pentas. Kali ni aku jugak perasan jumlah tarian masa persembahan kurang kalau nak dibandingkan dengan dulu.




Petangnya aku bawa my family ke Pasar Satok. Kat sini semuanya ada. Banyak jugak Sayang dan Ma borong barang. Aku jadi tukang bawak barang lak. Takpelah sekali sekala. Dah nature orang pompuan kalau tak shopping tak sah.


Gelang dari kayu, dan manik yang sempat aku beli untuk ole-ole buat opismates


My little Princess leka dengan cat statue di Waterfront

Last day sebelum bertolak ke airport Sayang danMa shopping lagi kat deretan kedai berhadapan dengan waterfront. Tambah lagi barang yang diborongnya. Kalau datang dengan 2 beg saja tapi bila balik bertambah jadi 4 beg. Isk isk isk ... cuti-cuti Malaysia.

Happy Third Annivesary Sayang


Rasa baru sahaja aku naik pelamin tapi tau-tau hari ni dah genap 3 tahun usia perkahwinan aku. Terima kasih sayang kerana sentiasa menjadi teman baik, kekasih, isteri dan ibu yang baik buat anak-anak kita. Alhamdullilah kita dapat menempuh segala ranjau dan cabaran didalam 3 tahun ni. Dan terima kasih kerana sudi menerima abang seadanya.


Untuk kali ni aku bagi hadiah perfume latest CD miniature set dan sepasang kain batik sutera latest design. Kalau tak silap aku nama design nih Clara. Awal-awal lagi aku dah minta my sister kat Kelantan untuk survey latest design. Bukannya apa aku nak hadiah ni jadi lebih istimewa dari biasa. Untuk aku, sayang bagi perfume same brand CD, aikk macam berjanji pulak yea. Kalau sebelum ni aku pakai brand BOSS dan Estee Lauder jadi kali ni aku bertukar selera plak. Best jugak CD Fahreiheit nih.

Mar 4, 2009

Kuching here we come

Hari Jumaat ni aku, sayang, my little princess & prince dan juga ma (ibu mertuaku) akan ke Bandar pusak (kucing dalam bahasa Sarawak) selama 3 hari 2 malam. Ini sahaja yang termampu aku buat untuk Ma sebagai hadiah dari aku dan keluarga. Ma sanggup datang untuk menemani Sayang di Raban sehinggalah kami mendapat Bibik.

Ini kali pertama trip diaorang ke Sarawak dan ketiga bagi aku. Trip ni aku telah rancang lebih awal lagi terutama flight ticket ke sana melalui Airasia. Memang betullah slogan “Now Everbody can Fly”.Aku mendapat tiket dengan harga yang begitu menarik sekali.

Permohonan cuti aku pada hari Jumaat ni telah diluluskan oleh boss jadi setakat ni semuanya berjalan lancar.

Cuti-cuti Malaysia…

Mar 3, 2009

Angin baru


Musim yang ditunggu-tunggu bagi setengah orang dan paling dibenci bagi sesetengah pula akan menjelang pada bulan April depan. Kalau tahun lepas aku di tukarkan ke unit sekarang tapi kali ni aku mendapat berita dari big boss yang staff aku yang paling kanan akan ditukarkan. Aku terkedu sekejap bila mendengar berita ni. Tapi nak tak nak terpaksa terima. Nampak gaua aku kena sit down dan set up back up plan untuk unit aku.


Tiba masanya untuk brain storming..... fikir jangan tak fikir...