Apr 2, 2008

Suasana baru

Boundry Waters By mark & his nikon at flickr


Hari ni aku bermula kerja di unit baru, suasana baru dan staff baru. tetapi tidak secara total lagi kerana aku masih di work station lama. Kena bagi masa kepada staff lama di unit baru clear kan barang-barang nya yang melambak tuh. Lagipun minda aku ni still berat hati nak di "re-format". Biasalah kita akan teragak-agak dan berfikiran negatif terhadap benda-benda baru yang kita tidak biasa. Sudah jadi lumrah manusia sentiasa selesa berada di"comfort zone" masing. Aku tak terkecuali.

Apr 1, 2008

Satu Hati Dua Jiwa

by back.in.black - muffinmc at flickr

Hari ni secara rasminya hari terakhir aku di unit aku sekarang ni dan esok aku akan menjadi sebahagian dari unit baru. Jiwa aku rasa bercampur-campur rasa gembira dan sedih.
Dalam sedar atau tidak sudah tiga tahun aku berada di unit aku sekarang ni dan aku rasa bonding aku dan kawan-kawan seunit amat rapat. Teman tapi mesra.

Dalam tempoh transition ni jugak aku perlu buat dua kerja serentak. Belajar new things di unit baru dan pada masa yang sama kena ajar new staff (totally new) berkenaan apa yang aku buat selama ni.