Dec 30, 2008

Felda Residence & Hot Springs

Esok dari pagi sampai petang akan diadakan family day UTP. Tahun ni tempat yang di pilih adalah di Felda Residence & Hot Springs kat Sungkai Perak kira-kira satu jam lebih drive dari Sri Iskandar. Dah lama aku bercadang nak pi bercuti kat sana nampaknya kali ni jadilah.


Aku mengambil keputusan untuk pergi kesana awal sehari supaya aku dapat berehat sambil bercuti bersama keluarga. Lepas Zuhur aku bertolak ke sana. Dalam perjalanan kami berhenti di R&R Tapah antara tempat yang akan aku singgah untuk makan2 dan berehat bila setiap kali aku lalu area nih. Kali ni kami makan di Shalala Cafe. Boleh tahan jugak nasi lemak rendang kat sini.


Lepas Asar kami sampai ke hotel. Boleh tahan jugak tempat nih kalau tengok dari luar. Lepas check in aku terus ke bilik 106. Bilik lebih besar dari deluxe room di mana-mana hotel. Selepas berehat sekejap aku dan family pusing-pusing area resort nih. Luas kawasannya. Ada kolam air panas dan juga kolam air gunung. Tempat khas untuk merebus telur pun ada.
Di padang banyak kawan-kawan aku yang jadi AJK tengah membuat persiapan terakhir untuk family day esok. Salleh Yaacob pun ada. Rupa-rupanya dia jadi MC untuk acara esok.

Dec 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

29hb December 2008 seluruh umat Islam akan menyambut maal hijrah 1430H. Sesuatu yang unik ialah kita menyambut maal hijrah 1429H dan 1430H pada tahun masehi 2008.



اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ.



“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

Dec 26, 2008

Satu hari di Ipoh

Hari ni aku cuti, saja je nak abiskan cuti tahunan yang masih banyak lagi berbaki. Kira kalau campur dengan public holiday semalam, dan isnin akan datang aku dapat berehat selama lima hari. Best tuh. Kalu semalam satu hari aku rehat jer kat rumah bersama family, hari ni kami keluar meronda2 kat Ipoh.

Cadangnya banyak tempat yang nak di tuu tapi last2 kami habiskan masa hampir satu hari di Jusco Ipoh. Dah lama kami sekeluarga tak keluar shopping bersama2. Kalau sebelum nih aku, sayang dan my little princess je tapi dengan kehadiran my little prince kami sekarang berempat. kira sorang satu jaga. Mamanya dengan Rayyan dan aku jaga Umairah. Letih jugak kejar my little princess yang asyik berlari ke sana sini. Hehehehehehe

Banyak jugak duit abis untuk shopping hari ni yang kesemuanya untuk our little children.

Bukan main lagi Umairah sampaikan tak nak turun dari horshe (sebutan Umairah)

Dec 14, 2008

Terima kasih semua



Terima kasih di atas ingatan semua yang sudi wish birthday aku kali ni samada melalui call ataupun sms. 13hb lepas genaplah 32tahun umur aku. dari malam 12hb sms banyak masuk dan yang paling istimewa tepat jam 12 malam bonda tersayang call, siap nyanyi birthday song lagi. Sayanggggg "chik".Sama-sama kita berdoa agar kita mendapat keberkatan Aidiladha yang baru sahaja berlalu dan Awal Muharam yang akan menjelang. Semoga segala pengorbanan dan ibadah kita diterima oleh ALLAH.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis”.

Dah hampir 2 tahun lebih aku kekurangan 3 wish dari 3 org tersayang, Kak Dah, Abe Zul dan Matayi.

Dec 1, 2008

Ambang 10 Zulhijjah 1429H

Seminggu sahaja lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 8hb Dec 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H. Alhamdullilah cuti yang aku apply pada 9 dan 10 hb baru saja lulus. Jadi ada lah masa aku celebrate raya kat Kelantan lama sikit. Raya tahun nih aku tak buat korban atau aqiqah seperti tahun2 lepas. Tapi anak sedara aku dah booked aku untuk tolong melapah daging. Satu kerja yang setahun sekali aku buat. For sure aku lah yang kena tolong basuh perut lembu.

Alamakkk

Umairah pakai baju baru