Nov 27, 2009
Nov 16, 2009
Semangat Kenegerian : Gomo Kelate Gomo
Pagi tadi ada terbaca artikel yang amat menarik yang ditulis oleh Mr. Capri di dalam blognya. Kupasan yang menarik untuk dihayati dan difikirkan sebagai non-Kelantanese. Sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai isu ini. Orang Kelantan memang terkenal dengan semangat kenegerian (asabiah) walaupun dimana mereka berada. Ini lebih dirasakan oleh orang-orang luar kerana jumlah orang Kelantan yang ada dimana-mana saja. Samada di IPTA atau IPTS. Mereka juga banyak terlibat dalam bidang perniagaan di seluruh pelusuk negara. Pergi saja ke kedai makan kita akan disambut dengan loghat Kelantan yang pekat. Pergi pulak ke pasar malam di sambut juga dengan loghat yang sama.
Kalau dilihat dengan lebih mendalam sebenarnya orang Kelantan terkenal dengan adab sopan dalam segenap segi. Ini dapat dilihat dari loghat Kelantan itu sendiri. Begitu berseni dengan lenggoknya yang tersendiri. Penekanan diberi dalam sesuatu perkataan. Sebagai contoh "Nate Mu" kalau disebut dengan lembut dianggap sebagai satu gurauan tapi bila disebut dalam nada yang keras membawa maksud yang lebih keras.
Tapi bukan semua yang berkaitan dengan semangat kenegerian ini membawa konotasi negatif. Jika diterjemahkan kepada sesuatu yang positif banyak manafaat dapat dikongsi bersama.
Sesuatu yang berkaitan dengan Kelantan sering dipandang negatif adalah antara punca warga Kelantan fight for their survival. Mereka gemar berkumpul dalam kelompok yang sama loghat dengan mereka. Dengan pandangan negatif yang sering dilemparkan kepada mereka menjadikan mereka suka berada didalam kelompok mereka sendiri. Lebih selesa dan rasa dilindungi. Mereka selalu dijadikan kambing hitam oleh sesetengah pihak disebabkan mereka mempunyai fahaman politik yang berlainan.
Setiap orang mempunyai cara masing-masing. Adalah tidak adil untuk sesuatu pihak melabelkan keseluruhan masyarakat disebabkan oleh perbuatan sebahagian kecil dari mereka. Manusia walaupun rambut sama hitam tapi hati masing-masing, tuhan saja yang tahu.
Anyway aku bangga menjadi anak Kelantan walaupun dimana aku berada. Gomo Kelate Gomo
Subscribe to:
Posts (Atom)