Sekarang ni aku tengah lepak sorang2 di "kedai kopi" kat KLIA sementara menunggu flight boarding. Ada lebih kurang dua jam lagi sebelum boarding.
Dua minggu lepas aku dapat email appointment sebagai administrator untuk pemilihan pelajar di Thailand. Benda pertama yang terlintas macamana keadaan kat sana? Selamat ke? dan macam2 lagi.
Akhirnya setelah dapat safety green light dari HQ aku mula buat persediaan untuk ke sana.
SeKalau tidak dikaitkan dengan rusuhan red army dan yellow army Thailand/Siam memang terkenal sebagai satu negara yang begitu unik yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional orang Asia. Kalau Malaysia menggunakan slogan "Malaysia Truly Asia" tapi negara gajah putih pula mengunakan slogan yang begitu menarik iaitu "Land of thousand smile".
Semasa di sekolah dulu aku banyak mengenali kawan-kawan dari Siam. Walaupun mereka dikategorikan sebagai orang Siam tapi kami menganggap mereka sebagai sebahagian dari "orang kita". panggilan "oghe lek sano" atau "orang dari sana adalah panggilan biasa untuk mereka. Persamaan dari segi bahasa (loghat Kelantan), budaya dan agama menjadikan mereka sebahagian dari orang kita.