Nov 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha


Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Selalunya Hari Raya Aidiladha di sini tidak lah semeriah  seperti di kampung di Kelantan . Tapi nak buat macamana kan. Terpaksalah beraya di sini memandangkan cuti aku dan isteri cuma satu hari je.

Ni kali pertama aku dan keluarga akan menyambut hari raya di Perak. Sedih tu ada juga bila dapat call dari bonda tersayang. Kalau raya selalunya semua akan berkumpul bersama-sama. Untuk esok isteri dah buat persediaan serba sedikit dan untuk hidangan pagi esok dia dah tempah roti jala. Nak wujudkan kemeriahan raya katanya. Pagi esok insyaallah aku akan bersolat sunat Aidiladha di Masjid An Nur di UTP.

Takpe2  27hb ni aku akan balik sekejap ke Kelantan sempena cuti sekolah. Bolehlah cover tak balik Raya kali ni.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Nov 14, 2010

Bila anak tak sihat

Hati ayah mana yang tak risau bila anak kesayangan tak sihat. Macam tu lah yang aku rasa bila my little princess demam. Makan tak lalu, tak bermaya je. Rindu nak tengok dia berlari ke sana ke mari. Kak Bellah makan ubat yea nanti cepat sembuh. Abah, mama dan Rayyan tak sabar nak main dengan kakak.