Dec 26, 2010

Welcome aboard my little princess

Alhamdullilah hari ni aku menyambut kelahiran ahli baru dalam keluargaku , Nor Zara Aleesha. Aku dikejutkan oleh isteriku jam 3 pagi mengatakan yang dia sudah rasa sakit dan tanda-tanda hendak bersalin sudah ada. Sepatutnya my little princess lahir tahun depan, lagi dua minggu.Due date nya sama dengan tarikh lahir Su Yan ; 5 Januari. Mungkin my little princess dah tak sabar mahu melihat dunia.


Kali ini aku berpeluang untuk menemani isteri tersayang di waktu-waktu genting ketika saat bersalin. Begitu sakitnya hanya Allah yang mengetahui. Terima kasih sayang kerana begitu sabar menghadapi saat-saat ini. Patutlah Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Pengorbanan ibu yang mengandung selama 9 bulan dan diikuti sakit ketika bersalin begitu perit. Ibu adalah sekuat-kuat insan yang boleh tahan dengan segala-galanya.Dari pagi kami sekeluarga berkampung di Ipoh Specialist Hospital dan akhirnya tengahari isteriku selamat melahirkan seorang lagi puteri dalam keluargaku.

Semoga Nor Zara Aleesha menjadi anak yang solehah. We all love you so much.

Dec 13, 2010

34 tahun dah berlalu

Pejam celik pejam celik hari ni umur aku genap 34 tahun. Alhamdullilah di atas nikmat Tuhan yang membenarkan aku bernafas hingga ke saat ini. Apa pencapaian aku selama ini? Kalau secara luarannya hidup aku sudah hampir lengkap. Aku mempunyai keluarga yang bahagia (dan di saat ini tengah menunggu ketibaan seorang lagi ahli keluarga baru yang di jangka pada 5hb Januari 2011), kerjaya yang stabil dan kawan-kawan yang begitu supportive.

Macamana dengan amal ibadat aku, Adakah cukup segala amal ibadat aku yang di kerjakan selama umurku 34 tahun. Ermmmmmm

Quality Day

Alhamdullilah minggu ni aku dapat berehat di rumah setelah beberapa minggu yang lepas aku sibuk dengan kerja. Kualiti boleh di terjemahkan dalam berbagai cara. Bagi aku setiap saat yang dihabiskan bersama keluarga adalah saat-saat yang berkualiti memandangkan banyak masa aku dihabiskan di pejabat. Hari ni aku akan berehat bersama keluarga sambil melayan karenah-karenah anak-anak ku yang akif dan sentiasa ingin menarik perhatian abahnya yang jarang-jarang ada di rumah hehehehehe

Pagi: Breakfast bersama-sama di kedai mamak
Tengahari: Basuh kereta dan berkebun dibantu oleh 2 pembantu kecil
Petang: Sambung lagi berkebun dan main dengan anak-anak
Malam: Berehat

Bagi orang lain takde yang istimewanya tapi bagi aku setiap saat bersama keluarga adalah saat yang paling mengembirakan.

Dec 10, 2010

Abang Uda - Happy Birthday to You!!!


Sorang lagi anak saudara aku sambut hari lahir pada bulan ni. Abang Uda a.k.a Mohd Amir Ajmal. Selamat Hari Lahir untuk Abang Uda yang sentiasa senyum "temewek". Jadi anak yang soleh dan mendengar kata abah & mama.




Tazkirah Jumaat: Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):





1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Dec 9, 2010

Jumpa lagi dengan si dia




Hari Jumaat yang paling ku tunggu. Ikutkan plan asal tepat pukul 5 dah cabut balik Kelantan, tapi di saat-saat akhir banyak lah pula halangannya. Sabar, tak lari gunung nak di kejar.

Selepas semua yang tertunda, tertunggak dan tertangguh  aku settlekan aku mula perjalananan pulang ke kampung di Kelantan dalam suasana senja selepas Maghrib. Drive sorang-sorang balik ke Kelantan ni memang boring lagi-lagi di sebelah malam. Jalan lengang kecuali berselisih dengan lori-lori di tengah jalan. Takde apa-apa yang boleh di lihat tambahan lagi dengan badan yang letih dan mata yang mengantuk selepas penat seharian di pejabat. Berlainan kalau drive disebelah siang. Cantik pemandangannya. Lebih-lebih lagi di awal pagi.

Pada awalnya semuanya berjalan lancar tapi apabila dah masuk area Grik mata mula menjadi bertambah berat. Dah tak boleh buka ni. Aiseyyyy bahaya ni perjalanan masih jauh lagi dan kalau boleh aku nak sampai di Kelantan malam ni jugak. Apalagi mulalah aku makan kuaci dan minum "lembu merah" sambil drive, satu-satunya cara yang aku boleh fokus drive dan mata tak mengantuk. Aku dapat tips ni dari Abg. Man masa aku travel dengan dia dulu ke Terengganu. Tq Abg. Man.

Hujan turun sepanjang jalan bermula dari bandar Gerik lagi. Takleh lah aku nak drive laju-laju macam biasa sebab jalan licin. Selepas lebih kurang 15 minit aku melewati Tasik Banding aku nampak dua bongkah batu besar di tepi jalan, bila tengok kali kedua terkejut besar aku dibuatnya. bukannya batu tapi 2 ekor gajah dewasa rupa-rupanya. Lagi terkejut aku dibuatnya, bukannya 2 tapi berbelas-belas ekor gajah di tepi jalan. Mujurlah takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Alhamdullilah aku selamat melepasi hutan di banjaran Titiwangsa.

Ni kali kedua aku terserempak dengan gajah semasa drive di Jalan Timur-Barat ni dalam tahun ni. Alhamdullilah aku selamat sampai di Kota Bharu pukul 1.30pagi

Dec 8, 2010

Happy Birthday Kak Ngah

Bulan ni banyak betul ahli keluarga aku yang menyambut hari lahir. Kalau minggu lepas adiknya hari ni giliran kakaknya pulak, Kak Ngah aka Nur Saffa Athirah.



Happy Birthday Kak Ngah, Semoga menjadi anak yang solehah dan semoga mendapat keputusan yang baik dalam PMR. Aminn.



Powered by SantaBanta.com

Dec 3, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


DOA AKHIR TAHUN (dibaca 3 kali pada akhir waktu asar[sebelum maghrib] pada akhir zulhijjah )





Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN (dibaca 3 kali waktu maghrib pada malam 1 muharam)



Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Dec 1, 2010

Happy Birthday Achik

Hari ni besday anak saudara ku Amir Amzar aka Achik. Selamat Hari Jadi, semoga Achik menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Amin



Powered by SantaBanta.com