Mar 31, 2011

Andai Ku Tahu



Di usia ku aku telah banyak melihat orang-orang yang aku sayang meninggalkan aku.
Kita tidak tahu bila saat kematian akan datang.
Mungkin kita kira usia kita masih muda dan masih sempat lagi bertaubat bila usia sudah lanjut.
Kematian itu datang tanpa mengira usia. 
dan adakah aku sudah bersedia...

Mar 19, 2011

Pusara Di Lebuhraya

Minggu ni banyak masa aku dihabiskan di jalanraya. Bermula dari ;


Bandar Sri Iskandar, Perak - Kota Bharu, Kelantan (12 March)
Kota Bharu, Kelantan - Kuala Terengganu, Terengganu (13 March)
Kuala Terengganu, Terengganu - Bandar Sri Iskandar, Perak (14 March)

Bandar Sri Iskandar, Perak - Kota Bharu, Kelantan (17 March)
Kota Bharu, Kelantan - Bandar Sri Iskandar, Perak (19 March)

Lenguh satu badan dibuatnya terutama journey dari KT ke Bandar Sri Iskandar. Bertolak dari pukul 10 pagi dan sampai jam 5.00petang fuhhh

Alhamdullilah takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Selagi aku tak sampai ke destinasi selagi itu Cik tak senang duduk. Dia risau memandangkan akhir-akhir ni hujan dan jalan licin. dan peristiwa jiran kami yang baru saja kehilangan anaknya yang balik dari Kuantan ke KB untuk berkahwin. Majlis menyambut menantu akhirnya digantikan dengan majlis tahlil.
Atau mungkin Chik masih lagi trauma peristiwa 5 tahun dulu.


Mar 12, 2011

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-5


Hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan aku dengan my beloved wife, Maznah. Dalam 5 tahun ni banyak susah senang yang sama-sama kami lalui.

Terima kasih sayang ....
kerana menerima abang seadanya.
kerana sentiasa menyokong abang setiap saat dan membahagiakan abang.
kerana memberi 3 cahaya mata yang sungguh comel.

Terima kasih di atas segala-galanya.