Sudah berkurun aku tak ke sini. Ada sebab aku kembali.
Pagi ni aku dan anak-anak ke Gerobok Coffee (antara tempat kegemaran kami sekeluarga untuk sarapan pagi) di Bandar Seri Iskandar untuk sarapan pagi. Kali ni tanpa si isteri yang terpaksa menjalankan tanggungjawab rasmi sebagai pendidik di SKIP. Jadi terpaksalah jadi Mr. Mama sampai ke tengahari.
Nak dijadikan cerita, ramai pulak muka-muka yang di kenali singgah sarapan di Gerobok Coffee pagi ni. Selepas bertanya menyapa kami terus cari port yang paling sesuai. Memandangkan si isteri takde sama terpaksalah cari tempat yang sebelah dalam, biar mudah sikit nanti nak melayan keletah si cilik nanti. Ketika sibuk bersilat melayan karenah 4 beradik makan aku di tegur oleh sahabat lama. Dia bertanyakan pasal blog ni. Rupa-rupanya dia ada baca post aku kat sini.
Alamak seganlah pulak.
Yalah Aku ni kan sekadar menulis apa saja yang terlinats di kepala. Dahlah gaya bahasa pun lari ke laut. Tak sangka pulak ada yang singgah di blog ni. Dia tanya apa nama blog aku ni sebab isteri dan anak dia nak baca blog ni. Takpelah, aku akan buka balik buku lama ni yang dah berkurun aku tinggalkan.
Kepada pembaca-pembaca baru tu maafkanlah kalau ada posting yang "tak up to your standard" ya
Kepada pembaca-pembaca baru tu maafkanlah kalau ada posting yang "tak up to your standard" ya
Alasan biasa sibuk dengan kerja dan family tapi sebenarnya kalau aku curi-curi masa sempat jugak kot post sikit-sikit.
Sama-sama kita tunggu ya.