Jan 21, 2017

Mood Hibernasi



Sudah berkurun aku tak  ke sini.  Ada sebab aku kembali.

Pagi ni aku dan anak-anak ke Gerobok Coffee (antara tempat kegemaran kami sekeluarga untuk sarapan pagi) di Bandar Seri Iskandar untuk sarapan pagi. Kali ni tanpa si isteri yang terpaksa menjalankan tanggungjawab rasmi sebagai pendidik di SKIP. Jadi terpaksalah jadi Mr. Mama sampai ke tengahari.
 
 
Nak dijadikan cerita, ramai pulak muka-muka yang di kenali singgah sarapan di Gerobok Coffee pagi ni. Selepas bertanya menyapa kami terus cari port yang paling sesuai. Memandangkan si isteri takde sama terpaksalah cari tempat yang sebelah dalam, biar mudah sikit nanti nak melayan keletah si cilik nanti. Ketika sibuk bersilat melayan karenah 4 beradik makan aku di tegur oleh sahabat lama. Dia bertanyakan pasal blog ni. Rupa-rupanya dia ada baca post aku kat sini.
 
Alamak seganlah pulak.
 
Yalah Aku ni kan sekadar menulis apa saja yang terlinats di kepala. Dahlah gaya bahasa pun lari ke laut. Tak sangka pulak ada yang singgah di blog ni. Dia tanya apa nama blog aku ni sebab isteri dan anak dia nak baca blog ni. Takpelah, aku akan buka balik buku lama ni yang dah berkurun aku tinggalkan.

Kepada pembaca-pembaca baru tu maafkanlah kalau ada posting yang "tak up to your standard" ya
 
Alasan biasa sibuk dengan kerja dan family tapi sebenarnya kalau aku curi-curi masa sempat jugak kot post sikit-sikit.
 
Sama-sama kita tunggu ya.
 
 

Jan 2, 2016

Tahun Baru di tempat baru

Permulaan baru di tahun baru. Di harap aku akan terus maju dan dapat menyumbang pengalaman ku di sini.

Dec 27, 2015

Cerita lama berulang kembali


Semalam kami sekeluarga menyambut hari kelahiran my little princess Zara. Sekejap saja masa berlalu sekarang Zara yang montel dah berusia 5 tahun. Dia selalu mengomel pasal birthday dia sebab jatuh pada hari cuti sekolah dan tak dapat celebrate di sekolah bersama kawan-kawan. Nak buat camana dah lahir pada 25hb Disember kan.
 
 
 
 
Hari ni aku mengambil cuti untuk menguruskan hal-hal peribadi yang asyik tertunda sahaja. lagipun banyak lagi kuota cuti yang belum aku habiskan. Walaupun cuti aku terpaksa masuk sekejap ke pejabat kerana ada perbincangan tentang pertukaran aku ke jabatan baru.
 
Selepas habis short discussion aku menikmati nikmat cuti di tengah minggu dengan lepak sekejap di kedai mamak dan selepas tu pergi mandikan kereta ku yang dah comot macam tuannya jugak. Habis tu aku balik ke rumah sekejap dan plan asal aku nak keluar balik untuk settlekan apa-apa yang tertunda.
 
Bila sampai di depan rumah aku terkejut sekejap bila melihat tingkap bilik tidur aku terbuka luas dan seingat aku semua tingkap tertutup rapi sebelum aku keluar pagi tadi. Bila aku amati betul-betul rupanya tingkap tu telah di kopak dan pecah masuk. Astaghfirullah Hal Azim
 
Tanpa membuang masa aku terus capai batang penyapu dan membuka kunci pintu depan. Bila aku membuka pintu aku dapat lihat ruang tamu berselerak dan flat tv yang di pasang di dinding telah tiada. Aku perlahan-lahan masuk ke setiap bilik dengan berhati-hati. Yelah berjaga-jaga  takut si pencuri masih lagi ada dalam rumah
 
Ermmmm
 
Bilik tidur utama dan bilik tidur anak-anak pun pun dalam keadaan yang sama. Baju dalam almari habis dikeluarkan. Hanya satu tempat saja yang tak terusik iaitu dapur dalam keadaan normal. aku terus membuat panggilan ke balai polis untuk membuat laporan dan pihak polis minta aku terus ke balai untuk membuat laporan rasmi.
 
Ni kali kedua dalam masa 2 tahun rumah aku di pecah masuk dan aku dapat menjangka prosedur yang akan aku lalui dan yan pasti sekali lagi pencurinya dapat lepas lari.
 
Pencuri pun macam dah tahu jadual aku dan isteri. Mungkin rumah aku dah di perhatikan sebelum ni, Satu sebab lagi mungkin pencuri senang beroperasi sebab rumah di sebelah kiri dan kanan dan belakang rumah aku belum berpenghuni.
 
Wahai jiran-jiran sebelah bila lagi nak duduk di rumah ni.

Feb 23, 2013

Hari kebangsaan Brunei ke 29





Kepada semua warga Negara Brunei Darussalam, Selamat Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang ke 29. Moga menjadi ikutan sebagai negara Islam berdaulat dan diberkati Allah swt. Amin

Feb 22, 2013

ETS

Ketika aku menulis aku masih didalam ETS dalam perjalanan dari Batu Gajah ke KLIA. Kali ini aku ditugaskan ke Brunei Darussalam. Selalunya aku mengunakan khidmat teksi untuk perjalanan pergi dan balik tapi memandangkan semua teksi tak “available”, aku mengunakan kenderaan alternative iaitu menggunakan ETS. Sudah lama aku tak menaiki ETS. Tapi Alhamdullilah servis yang disediakan masih seperti dulu, bersih, selesa dan menepati masa. Walaupun ETS dan komuter di bawah payung syarikat yang sama iaitu KTMB tapi perkhidmatan kedua-duanya begitu berbeza. Ini berdasarkan pengalaman lama menaiki komuter ke tempat kerja setiap hari. Kelewatan sering menjadi isu utama.


Stesen keretapi Batu Gajah

ETS

tempat duduk yang selesa

Tandas yang bersih dan luas

Memang selesa menaiki ETS untuk ke KL. Tak perlu risau letih, kesesakan lalulintas dan yang paling penting cepat dan selamat. Perjalanan dari Stesen Batu Gajah ke KL Sentral akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Oklah tu. Kemudian aku akan check in terus di KL Sentral sebelum menaiki ERL dari KL Sentral ke KLIA. Nasib baik ada perkhidmatan terus di KL Sentral. Tak payahlah aku menapak ke KLIA dengan beg yang berat ni. Senang bunyinya kan.


KL Sentral


ERL
Aku tak pernah lagi ke Brunei jadi aku tak pasti apa yang nak dijangka. Nampak gaya aku kena alami dululah. Think positive and open minded.

Feb 14, 2013

Percutian keluarga

Aku dan keluarga merancang percutian keluarga di Pulau Langkawi bersama Bonda tersayang dan Abang Zaid sekelurga. My little sister & huby tak dapat join sekali disebabkan dia mengandung dan doctor tidak mengalakkan dia berjalan jauh. Percutian ini hampir tidak menjadi kenyataan bila kami tidak dapat mencari homestay/hotel yang free pada masa yang dirancang iaitu cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Rasa sedih bila memikirkan keinginan bonda yang mahu bercuti ke sana tidak tercapai.

Entah macamana aku teringat post Rosfazila (Ex-coursemate di uniersiti dulu) di Facebook yang mengiklankan homestay kepunyaanya. Aku mencuba nasib untuk menghubungi beliau. Alhamdullilah masih available tapi tarikh perlu di ubah sedikit memandangkan homestay tu available pada hari Isnin – Rabu sahaja.

Ikut perancangan asal kami akan ke sana dari hari Sabtu/ Ahad selama 3 hari 2 malam. Aku terpaksa memohon cuti pada hari rabu tu memandangkan hari Rabu tu aku sudah mula bekerja selepas cuti Tahun Baru CIna. Nasib baik cuti lulus dengan jayanya.


Seperti di rancang aku bertolak dari Bandar Sri Iskandar pada hari ahad menuju ke Kuala Perlis. Di sana aku berjumpa dengan bonda dan abang zaid sekeluarga. Kami bermalam di budget hotel pada malam tu.

Kesian Abang Zaid sekeluarga, pada masa tulah mereka sekeluraga kena demam virus. Alahai macamana Kak Ros nak shopping ni?

Keesokan harinya kami bertolak ke Pulau Langkawi melalui jeti Kuala Perlis. Penuh sesak dengan orang ramai yang mahu menghabiskan cuti panjang.

Masjid Al-Hussain, Kual Perlis

Kami menginap di Blaque homestay di kampong Kedawang yag terletak di tepi sawah padi. Bonda terus jatuh cinta dengan homestay ni hahahahaha



Pada petang itu juga bermulalah sesi membeli belah di Pekan Kuah. Bonda menjadi Champion. Bukan main borong sakan lagi. Terfikir sejenak .... muat ke kereta ni?


Hari kedua kami ke makam Mahsuri dan tempat beras terbakar. Bonda nampaknya begitu enjoy melawat tempat-tempat bersejarah ni. Kami bersarapan pagi di gerai Pak Malau yang begitu unik. Layanan dari beliau memastikan kami akan ke sana lagi jika datang ke Pulau Langkawi.

Gaya 2 Hero

Tok Chik & Cucu-cucunya

Small world
Pantai Cenang

Kesimpulannya percutian ini merupakan percutian keluarga terbaik setakat ni.Bukan senang nak mengumpulkan semua orang pada satu masa. Insya Allah kami bercadang ke Cameron Highland pulak pada bulan Disember ni.

Dec 28, 2012

Selamat Berpisah kawan-kawanku

Hari ni diadakan majlis kecil, majlis perpisahan untuk tiga sahabat baik ku yang akan bertukar ke jabatan lain dan juga bertukar kerja; En. Padil, Kak Hanuzah dan Siti.


Tiga nama yang sudah sebati  dan tonggak utama selama ini di dalam jabatan aku sekarang. En. Padil akan naik pangkat dan berpindah ke jabatan lain. Old wiseman yang berdedikasi dan komited dalam kerja. Beliau telah meletakkan benchmark yang tinggi dalam semua perkara yang beliau lakukan.


Begitu juga dengan Kak Hanuzah, Otai jabatan. Dia dianggap manual bergerak terutama semasa majlis konvokesyen. Seorang yang begitu komited dalam kerja dan penganjur utama untuk acara makan-makan jabatan. Mulut nya kecoh tapi hatinya baik. Hehehehehe

Siti, orang dalam yang serba boleh. Seorang yang workaholic dan ceria. Geng breakfast di kedai mamak. Ermmm dia akan bertukar kerja dan berpindah ke Kuala Lumpur mengikuti suami yang tersayang.

Aku banyak belajar dari tiga sahabat-sahabat ini. Yang banyak mengajar sejak aku mula bertapak di Jabatan. Semoga semua maju jaya di jabatan yang baru dan juga tempat kerja baru.



Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami bermohon padaMU iman yang sempurna

Keyakinan yang benar
hati yang khusyuk
Lidah yang selalu berzikir
Yang selalu menyebut namaMU
rezeki yang luas, halal & baik
Serta taubat nasuha.

Pimpinlah kami Ya Allah
Kepada jalan yang KAU redhai
Semoga kami dapat bekerja dengan penuh tanggungjawab
Dan ikhlas dalam segala urusan
Pada sepanjang masa

Dan lindungilah kami
segala perkara yang engkau murkai
perkukuhkan iman kami Ya Allah

Ya Allah ya Rahman
Ya Rahim Ya Karim

Permudahkanlah segala urusan kami
Berkatilah usaha kami ini
Dalam majlis perpisahan ini
Majlis perpisahan sahabat kami
Rahmatilah ia dan keluarganya

Dalam kebahagiaan
Beriman serta beramal soleh
Perbaikilah hubungan antara kami
Dan mesrakanlah diantara hati-hati kami
Dan tunjukkanlah kami jalan yang selamat
Dan lepaskanlah kami dari kegelapan
kepada cahaya
Dan hindarilah kami dari segala yang tersembunyi
Amin Ya Rabbal Alamin









Dec 26, 2012

Selamat Hari Ulangtahun ke 2 My little Princess

Sekejap je rasa berlalu dan hari ni merupakan hari ulangtahun ke-2 my little princess Nor Zara Aleesha. Rasa macam baru sahaja lagi my little princess lahir. Kalau dulu masa dilahirkan dia kurang berat tapi Alhamdullilah sekarang dialah yang paling "bersemangat" badannya kalau nak dibandingkan dengan kakak dan abangnya. Mulut pun bertambah petah, sentiasa aktif dan sentiasa berlari ke sana ke mari di rumah. Sekarang ni dia dah pandai mengusik kakak dan abangnya.
 



Selamat Hari Ulangtahun My Little Princess - Nor Zara Aleessa dari Abah, Mama, Kak Bellah & Abang Aleam. Semoga menjadi anak yang mendengar kata dan solehah. Aminn


Nov 16, 2012

ICM "Terima Kasih Semua"



Aku kongsikan klip video di atas untuk tatapan semua. Dalam maksudnya.
Anyway lagu dan liriknya bagus dan bermakna dan catchy. Bukan sahaja menarik bagi orang dewasa tapi juga bagi kanak-kanak. My little princess Baby Zara, akan terus berhenti bermain dan tercegat khusyuk menghayati. Bila je habis video klip ni terus je dia sambung balik main.  

Nov 3, 2012

Satu perjalanan

Esok akan bermulalah cuti akhir tahun bagi tahun ini. Cuti panjang yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar sekolah rendah dan menengah.

Teringat aku dulu-dulu bagaimana aku dan adik beradik menghabiskan masa sepanjang hari di musim cuti. Sebagai anak seorang guru, aku dan adik beradik lain tidaklah bebas bermain sepanjang hari sepertimana kanak-kanak lain. Ada jadual yang telah ditetapkan oleh ayahanda sepanjang musim cuti. Beliau seorang yang mementingkan displin dan sesiapa yang tidak mengikutinya akan mendapat "hadiah" istimewa. Ini bukan bermakna kami tidak dapat menikmati nikmat cuti panjang ni tapi kami menikmatinya dengan cara kami yang tersendiri sesuai dengan jadual khas yang ditetapkan oleh ayahanda.

Sempena cuti panjang kali ini famili aku akan bercuti di kampung selama 3 minggu (lama tu). Pasti aku akan merindui riuh rendah dan gelagat-gelagat anak-anak tersayang. Selalunya bila pulang dari pejabat anak-anak akan berebut-rebut menceritakan apa yang mereka buat pada hari tu.

Perjalanan pulang ke kampung dari Sri Iskandar ke Kota Bharu akan mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. Satu perjalanan yang panjang melalui Jalan Timur-Barat yang mencabar, yang penuh dengan bengkang bengkok, turun naik bukit dan pemandangan indah hutan di sepanjang jalan (kalau malam ermmm tak nampak apalah jawabnya). Aku mengambil keputusan untuk bertolak ke kampung dengan lebih awal dari yang dirancangkan iaitu selepas solat Maghrib. Letih badan begitu terasa memandangkan di siang harinya kudrat dan tenaga aku dihabiskan di pejabat.



  
Cuaca tak berapa baik sejak dari awal perjalanan lagi. Hujan renyai dan kadang kala lebat di beberapa kawasan. Kira OKlah tu. Cuaca di Puncak Titiwangsa berkabus tebal dek hujan dan kesejukan yang melanda. Bila aku lihat suhu di luar lebih kurang 21-22 C. Sejuk tuh. Aku kena lebih berhati-hati memandangkan jalan licin dan jarak penglihatan yang terhad di kawasan berkabus.
Kali ini untuk kesekian kalinya aku terserempak dengan gajah di Jalan Timur-Barat. Bukan sekali tapi dua kali. Kecut perut isteri ku dibuatnya. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan aku dan famili selamat tiba di di kampung jam 2 pagi setelah menempuh perjalanan sejauh 379km.



Oct 22, 2012

The Red Warrior 2012 - Gomo Kelate Gomo

 
 
Dalam sibuk menyiapkan "final touch" untuk majlis konvo tahun ni aku masih sempat mengikuti perkembangan bolasepak akhir Piala Malaysia di antara Kelantan vs ATM. Walaupun aku bukan peminat bolasepak fanatik tetapi aku mengikuti perkembangan pasukan The Red Warrior dari pasukan yang tidak ada apa-apa kepada pasukan yang digeruni di Malayia. Syabas kepada Tan Sri Anuar Musa & KAFA di atas pengurusan yang begitu sistematik, teratur dan berjaya membentuk satu pasukan yang terbaik di Malaysia sekarang ini.
 
 
 
Kelantan menjadi pasukan paling unggul di Malaysia tahun ini apabila sapu bersih tiga piala paling berprestij di Malaysia iaitu Piala FA, Liga Super dan yang terbaru ialah Piala Malaysia.. Lebih membanggakan, Kelantan cemerlang juga dalam Piala AFC apabila berjaya sehingga ke peringkat suku akhir walaupun pengalaman pertama kali bertanding. Tidak cukup dengan itu, Kelantan juga berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah sepanjang musim di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad Ke-4. Satu rekod yang bukan mudah untuk dilakukan. Tidak mengambil kira lagi ranking Kelantan dalam kelab bolasepak dunia yang terus mendaki anak tangga sehingga kini berada di ranking 142 terbaik dunia.
 
 
 
Bolasepak satu-satunya medium yang dapat menyatukan semua tanpa mengira fahaman politik di Kelantan yang terkenal dengan negeri "Bulan".  Ini dapat dilihat disetiap perlawanan yang melibatkan pasukan TRW. Lautan merah sentiasa memenuhi stadium di setiap perlawanan sama ada home atau away. Kemeriahan lautan merah ini memang terkenal kerana jarang pasukan-pasukan lain yang mempunyai penyokong-penyong yang begitu fanatik seperti penyong TRW ini.
 
 
Semoga Kelantan berjaya terus mengekalkan kecemerlangan untuk musim-musim akan datang. Tahniah Kelantan untuk tahun paling cemerlang ini.
 
 

Sep 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

 
Sempena Aidiladha pada tahun ini, bonda berhasrat untuk melihat semua ahli keluarga berjubah di pagi Aidiladha. Dari yang kecil hingga yang paling tua, semuanya berjubah. Look very nice. Foto rasmi hari raya diambil seperti biasa tetapi kekurangan ahli keluarga dari Klang yang tak balik ke kampung raya ni.

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua