Ketika aku menulis aku masih didalam ETS dalam perjalanan dari Batu Gajah ke KLIA. Kali ini aku ditugaskan ke Brunei Darussalam. Selalunya aku mengunakan khidmat teksi untuk perjalanan pergi dan balik tapi memandangkan semua teksi tak “available”, aku mengunakan kenderaan alternative iaitu menggunakan ETS. Sudah lama aku tak menaiki ETS. Tapi Alhamdullilah servis yang disediakan masih seperti dulu, bersih, selesa dan menepati masa. Walaupun ETS dan komuter di bawah payung syarikat yang sama iaitu KTMB tapi perkhidmatan kedua-duanya begitu berbeza. Ini berdasarkan pengalaman lama menaiki komuter ke tempat kerja setiap hari. Kelewatan sering menjadi isu utama.
Stesen keretapi Batu Gajah
ETS
tempat duduk yang selesa
Tandas yang bersih dan luas
Memang selesa menaiki ETS untuk ke KL. Tak perlu risau letih, kesesakan lalulintas dan yang paling penting cepat dan selamat. Perjalanan dari Stesen Batu Gajah ke KL Sentral akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Oklah tu. Kemudian aku akan check in terus di KL Sentral sebelum menaiki ERL dari KL Sentral ke KLIA. Nasib baik ada perkhidmatan terus di KL Sentral. Tak payahlah aku menapak ke KLIA dengan beg yang berat ni. Senang bunyinya kan.
KL Sentral
ERL
Aku tak pernah lagi ke Brunei jadi aku tak pasti apa yang nak dijangka. Nampak gaya aku kena alami dululah. Think positive and open minded.
No comments:
Post a Comment