Sep 30, 2008

Saat berakhirnya Ramadhan

Saat yang begitu dinantikan oleh semua orang tapi yang sepatutnya saa ini merupakan saat menyedihkan kerana kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada penghulu segala bulan iaitu Ramadhan. Sudah menjadi lumrah bagi kita untuk meyenangi benda-benda yang dikira menyenangkan kita dan tidak menyukai apa yang memberatkan kita.

Sep 26, 2008

Balik kampung

Sudirman Hj. Arshad - Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girangHo ho...
Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Sep 19, 2008

Berita baik lagi...

Alhamdullilah kebelakangan ni aku sering menerima berita baik bermula dengan kelahiran my little prince diikuti dengan pengumuman bonus tahunan dan kali ni ada satu lagi berita baik yang baru aku terima.
Aku menerima e-mail dari Manager berkenaan trip ke overseas. Seperti tahun2 lepas aku akan pergi ke 2 buah negara iaitu Mesir dan Dubai selama 9 hari bermula pada 18hb - 26 hb. lama jugak tuh.
Trip ke overseas yang aku ikuti selalu kena pada masa yang tak berapa sesuai.
Trip pertama aku kena join 4 hari selepas my weeding.
Trip kedua aku kena pergi ke Ndjamena, Chad pada masa bulan posa. Panasnya jangan ckplah. tapi nasib baiklah transit di Paris. Sejuk sikit rasa hati.
Dan kali ni aku akan pergi lagi tak berapa lama selepas aku mendpt my little prince.
Tapi apa2 pun Alhamdullilah kerana my boss masih percaya untuk menghantar aku ke sana. Kalau tengok kepada trip partner aku tuh, aku akan enjoy my trip.

Sep 17, 2008

Satu hari di hari cuti

Hari cuti tapi petangnya aku kena gak pi opis. Siapkan report untuk meeting pagi esok pukul 8.30 pagi. Nasib badanlah labu oiii. Lama gak kat opis dari pukul 2.30 - 5.30 petang.
Balik dari opis sempat lagi mencangkul rumput rampai yang tengah subur menghijau kat laman umah aku nih. Semenjak dua menjak nih lama umah aku dah di penuhi dengan lalang. Maklumlah dah 2 minggu sejak awal posa asyik ujan je sekarang baru nampak panasnya. Aku ada assistant, my little princess sibuk nak tolong, abah pegang cangkul dia pun nak pegang, abah pegang penyapu dia pun nak jugak. Hehehehehehe rajin betul dia nih mesti ikut perangai abah dia :)
Takleh lama2 gardening nanti dahaga lak. Posa nih dugaaaaaaaan

Sep 14, 2008

Yang di tunggu-tunggu


Akhirnya e-mail yang ditunggu-tunggu oleh aku dan opismate yang lain keluar jugak. Petang Jumaat aku masuk opis jap untuk settlekan urgent matters walaupun aku tengah bercuti. Semua staf-staf beria-ria suruh aku buka mail tapi diaorang tak bagitahu apa bendanya. Suspense jugak.


Rupa-rupanya e-mail dari Rector untuk semua staff berkenaan dengan bonus tahunan. Bonus tahunan akan masuk beserta gaji bulan depan. Maknanya sebelum raya lah. Alhamdullilah macam tahun lepas jugak jumlahnya. Bolehlah buat persediaan lebih sikit untuk raya tahun nih.

Jumlahnya sikit kalau nak dibandingkan dengan bonus yang diperolehi oleh staff HQ. Bak kata kawan-kawan. HQ cari duit dan kami yang habiskan duit.


Anyway Alhamdullilah

Sep 11, 2008

Satu Hari Sebelum Cuti Panjang

Hari ni hari terakhir aku keje buat minggu ni (walaupun banyak keje kena buat kat umah sepanjang ujung minggu nih). Banyak kena pulun. Semua orang heran nampak aku serius semacam jer ari nih mana taknya nak siapkan semuanya cepat (kualiti keje x terjejas ok). Selalunya aku lak yang suka pi sakat diaorang. Hehehehehe sesekali serius ok lah jugak.
Masa aku check baki cuti rupa-rupanya banyak lagi yang ada (13 hari lagi). Tahun nih aku banyak guna unrecorded leave. Yelah dah keje ari sabtu & Ahad apa lagi guna balik lah entitlement yang dapat tuh. Tahun nih kalau boleh nak habiskan cuti. Nak rehat (macam x dapat penuhi jer). Ermmmmmm we will see

Sep 10, 2008

Satu Kelahiran

Tarikh 6hb September menjadisatu lagi tarikh yang akan ku ingat sampai bila-bila. Tarikh kelahiran my little prince.

4hb September
Aku booked appointment untuk weekly check up.

5hb September
Sayang dah mula rasa sakit sekejap-sekejap tapi sempat lagi ronda-ronda kat bazaar Ramadhan.

6hb September
Kami sampai di Ipoh Specialist Hospital pukul 10 pagi. Orang ramai macam biasa. Kalau ikut pengalaman biasa dalam pukul 11- 12 barulah sampai giliran biasa. Sayang dah mengadu sakitnya menjadi-jadi. Alhamdullilah dalam pikul 11 lebih kami dapat masuk jumpa Dr. Ikut kata Dr. Sayang kena masuk ward terus sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin Terkejut gak aku, yelah jangkaan awal Dr 16hb barulah due. Maksudnya 10hari lebih awal. Dr terus booked bilik dan sayang terus dibawa ke delivery room. Tapi aku takleh temankan dia kat dalam sana sebab aku ada bawa my little princess, takde orang lak nak jaga. Kesian betul Sayang, struggle sorang-sorang kat dalam sana. Selepas aku settle buat admission aku bawa my little princess berehat kat bilik, nasib baik dapat single room taklah ada orang kacau. Alhamdullilah dalam pukul 2.15petang aku dapat berita gembira kelahiran my little prince. Kuat betul dia menangis dah herolah katakan.


Alhamdullilah kedua-dua orang yang aku sayangi selamat. Seperti yang kami berdua rancang, my little prince kami namakan Muhammad Zakuan Ar Rayyan.



Kalau ikut cadangan asal lepas buat check up, kami dank pi shopping baju raya untuk my little princess tapi nampak gaya macam tahun lepaslah jugaklah aku shopping sorang-sorang. Isk isk isk



My little princess dah mula menunjukkan tanda-tanda cemburu, terutama bila mamanya tengah memangku my little prince.Hehehehehehe kesian dia kecil-kecil dah dapat adik. Jarak umur kedua-duanya cuma satu tahun 4 bulan je. Selalunya kalau jarak umur tak jauh mereka akan lebih rapat bila dah besar nanti. Apa nak di kata. Rezeki tuhan.



"Nurse Jr tengah bertugas"

Sep 5, 2008

Bojeng

Petang semalam balik dari opis sempat lagi aku singgah ke kedai gunting untuk bojeng (istilah orang Kelantan untuk gunting rambut). Kira ni kedai tetap aku untuk gunting rambutlah. Dengan RM6 bukan setakat gunting rambut je plus urut kepala sekali. Fuhh rasa ringan kepala sikit lepas diurut.

Selepas tuh aku menjalankan aktiviti tetap aku di bulan Posa; Ronda2 di bazaar Ramadhan. Lepas 2 pusingan aku pilih nasi goreng ayam berempah, air kelapa, Tepung Pelita (orang 2 sini panggil tepung talam / lomas). Beli sekali sup campur untuk buat lauk bersahur.

Tepung Pelita

Ermmm boleh tahan gak selera aku ari nih

Kuih Tahi Itik @ Hati Kusuma

Rindu betul nak makan kuih2 tradisional Kelantan seperti Buah Tanjung, Lompat Tikam, Akok, Nekbat, Puteri Mandi, Jala Mas, Tahi itik, Butir Nangka……..


Jala Mas

Buah Tanjung

Butir Nangka

Tak dapat makan kuih-kuih Kelantan dapat tengok gambar pun kira oklah huhuhuhuhu

Sep 3, 2008

Satu kematian & Tiga kelahiran


Dua proses yang setiap orang pasti akan tempuhi nanti. Dalam minggu ni aku dapat satu berita kematian dan 3 kelahiran. Semuanya melibatkan kawan-kawan satu pejabat. Pagi semalam aku mendapat berita tentang kematian emak Syam, salah sorang kawan baik aku dan hari ni melalui office intra mail aku mendapat 3 berita baik tentang kelahiran.


Kematian adalah sesuatu yang kalau boleh tak nak langsung kita perkatakan dan sedih bila difikirkan tapi ia akan tetap datang bila tiba masanya. Aku sendiri pernah mengalami satu peristiwa di mana 6 orang dari ahli keluargaku meninggal serentak dalam satu kemalangan jalanraya di LPT. Kalau boleh aku x nak perkara ni terjadi biarlah berlaku pada orang lain tapi Qadha dan Qadar sudah menentukan segala2nya. Selepas peristiwa pahit tuh aku di khabarkan dengan 2 berita gembira kelahiran my little princess dan juga anak saudaraku. Setiap orang pasti akan mengalami kedua2nya.


Sama2 kita sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada semua saudara kita yang telah meninggal.

Al- Fatihah

.::Al- Fatehah::.

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (1)

The Beneficent, the Merciful. (2)

Owner of the Day of Judgment, (3)

Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (4)

Show us the straight path, (5)

The path of those whom Thou hast favoured. (6)

Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Sep 2, 2008

2 Ramadhan 1429

Hari pertama keje di bulan posa. Pagi2 lagi aku di bagi senarai panjang dateline untuk submission. Ermm hari permulaan yang baik untuk bulan Ramadhan nih.
Yang paling menarik nya hari ni bagi esok pagi dah nak. Dugaan dugaan...

Pagi ni aku sibuk kan diri untuk settlekan beberapa keje yang tertangguh dari minggu lepas. Lepas settle yang tuh baru start dengan keje2 baru. Selepas sejam kepala dah start pening dengan data2 yang kena compile, dah cari tapi tak jumpa jugak. Kena cari jugak kalau tak nahaslah masa audit datang nanti. Dalam pening2 tuh tertengok status YM Eq. Laa demam rupanya bakal Dr. nih. Sempat jap borak2 dengan dia.

Sekarang nih dah pukul 1.34 tghari sepatutnya waktu rehat tapi aku pulun sakan sebab nak balik pukul 4.30 ptg. Alhamdullilah minggu lepas HRM dah antar e-mail mengenai waktu keje baru di bula posa nih. Ada peluang pi cuci mata kat baazar Ramadhan lah. Kalu pi lewat bersesak2 macam semalam lak. Niat di hati nak cari nasi kerabu dengan ayam percik (tapi tak tahulah kot2 ubah menu masa di baazar nanti).