4hb September
Aku booked appointment untuk weekly check up.
5hb September
Sayang dah mula rasa sakit sekejap-sekejap tapi sempat lagi ronda-ronda kat bazaar Ramadhan.
6hb September
Kami sampai di Ipoh Specialist Hospital pukul 10 pagi. Orang ramai macam biasa. Kalau ikut pengalaman biasa dalam pukul 11- 12 barulah sampai giliran biasa. Sayang dah mengadu sakitnya menjadi-jadi. Alhamdullilah dalam pikul 11 lebih kami dapat masuk jumpa Dr. Ikut kata Dr. Sayang kena masuk ward terus sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin Terkejut gak aku, yelah jangkaan awal Dr 16hb barulah due. Maksudnya 10hari lebih awal. Dr terus booked bilik dan sayang terus dibawa ke delivery room. Tapi aku takleh temankan dia kat dalam sana sebab aku ada bawa my little princess, takde orang lak nak jaga. Kesian betul Sayang, struggle sorang-sorang kat dalam sana. Selepas aku settle buat admission aku bawa my little princess berehat kat bilik, nasib baik dapat single room taklah ada orang kacau. Alhamdullilah dalam pukul 2.15petang aku dapat berita gembira kelahiran my little prince. Kuat betul dia menangis dah herolah katakan.
Alhamdullilah kedua-dua orang yang aku sayangi selamat. Seperti yang kami berdua rancang, my little prince kami namakan Muhammad Zakuan Ar Rayyan.
Kalau ikut cadangan asal lepas buat check up, kami dank pi shopping baju raya untuk my little princess tapi nampak gaya macam tahun lepaslah jugaklah aku shopping sorang-sorang. Isk isk isk
My little princess dah mula menunjukkan tanda-tanda cemburu, terutama bila mamanya tengah memangku my little prince.Hehehehehehe kesian dia kecil-kecil dah dapat adik. Jarak umur kedua-duanya cuma satu tahun 4 bulan je. Selalunya kalau jarak umur tak jauh mereka akan lebih rapat bila dah besar nanti. Apa nak di kata. Rezeki tuhan.
"Nurse Jr tengah bertugas"
5 comments:
alallaa...somey nyer zakuan....
sedap nama mohammad zakuan ar rayyan...
comey mcm acu yanie..kekekekke
mestilah comeyy mcm abah dia huhuhuhuhuhu
uweeeeeeeeeeeeek comey mcm abah dier....? kekekkek
comel ker akak dier tolak troli cam tu....
he he he
tuh statement orang jeles lah
tahniah!
Post a Comment