Setelah sekian lama baru malam nih aku ada masa nak update blog aku. Malam ni dalam sibuk menyiapkan laporan yang aku perlu siapkan malam nih jugak sempat lagi aku updated blog aku. Sorilah lately masa aku penuh dengan aktiviti pejabat dan juga personal life aku.
Hari ni banyak betul assignment aku kena siapkan sebelum aku berangkat malam esok, dahlah letih drive semalam dari Kota Bharu ke Sri Iskandar belum hilang lagi. Sejak Hari Raya Aidilfitri yang lepas hampir setiap minggu aku balik jenguk keluargaku di kampung. Rindu betul aku kat mereka terutama dengan my sweet little princess yang begitu keletah dan petah. Abah sayang kat Umairah dan Rayyan. Always (tak lupa juga Mama).
Aku bertolak dari Kota Bharu dalam pukul 11.30pagi. Boring betul memandu sorang-sorang nih. Tapi aku paksa diri aku enjoy memandu. Keadaan sekeliling yang hijau dan tenang. Tak banyak sangat kenderaan di jalan.
Cuaca agak mendung hari ni. Kira Oklah tuh, sejuk sikit, taklah letih mata kalau memandu ketika cuaca panas.
Aku berhenti rehat sambil makan bekal yang dibuat oleh Chik pada pukul 1.30petang di hentian rehat Titiwangsa. Satu tempat yang begitu cantik di atas bukit di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa.
Perjalanan yang tadinya mendung kemudiannya di sertai dengan hujan yang kadangkala lebat dan kadang kala renyai-renyai. Elok sangatlah tuh.
Akhirnya aku selamat sampai di Sri Iskandar, tempat aku mencari sesuap nasi pada pukul 5.30petang.