Oct 3, 2008

Renovate umah di kampung

Alkisah dah lama Cik cakap nak renovate sikit rumah di kampung tuh. Bukannya apa rumah kayu, banyak bahagian dah dimakan anai-anai. Dari luar nampak elok tapi cuba ketuk sikit dengan kayu habis hancur. Plan asal nya nak buat tambah ruang tamu je tapi lepas fikir-fikir Cik nak tambah satu lagi bilik tido untuk adik bongsu aku. Kira senanglah nak buat kenduri kawin dia, bolehlah guna bilik baru . Dok gitu Yan?






Sepatutnya rumah aku ni siap sebelum raya tapi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan sehari sebelum raya pun belum siap sepenuhnya. Terutama bahagian tangga.

Baru aku perasan satu benda yang semua langsir tingkap belum dibuat lagi. Takde langsir raya ler ruang tamu baru umah cik kali nih. Hehehehehe

Hebat jugak idea Cik aku nih yea. Kira-kiranya kalau setakat nak jadi architect tuh kira luluslah.



No comments: