Nov 26, 2008

Rehat...



Hari Sabtu lepas aku sempat curi masa untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor berseorangan. Aku memilih Pangkor kerana faktor jarak dan masa untuk ke sana yang hanya 30minit dari Sri Iskandar. Aku keluar dari opis pukul 1.30petang dan selepas pack serba sedikit aku bertolak ke sana. Aku sampai di Pekan Lumut pada pukul 2.15 petang dan bergegas ke jeti untuk berjumpa dengan En. Fuad, chalet agen. Aku selalu menggunakan khidmat En. Fuad untuk mendapatkan chalet di sana. Bukannya senang nak dapat bilik kosong dalam musim cuti sekolah ni. Aku dapat bilik di Havana Chalet. Ok gak chalet nih walaupun terletak agak jauh dari chalet2 lain.

Kunjungan aku ke Pangkor kali ni agak berlainan sedikit. Kalau sebelum ni aku ke sana bersama keluarga tapi kali ni aku berseorangan. Bukannya apa tapi disebabkan mereka masih lagi bercuti di kampung. Kalau nak balik ke Kelantan tak sempat rasanya kerana aku terpaksa bekerja pada pagi sabtu sampai pukul 1.30 petang.

Kunjungan kali ni aku benar-benar berehat. Menenangkan hati dan merehatkan tubuh yang telah berkerja keras akhir2 ni.

Happy holiday

Nov 18, 2008

Rutin




Dalam minggu nih rutin harian aku berubah. Jadual kerja menjadi bertambah ketat maklumlah minggu peperiksaan akhir belum habis lagi. Dalam minggu nih aku akan sampai di pejabat dalam pukul 7.30 pagi dan balik dalam pukul 7 malam atau lebih lagi.

Banyak benda perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat. Ditambah lagi dengan Migration system dari SAP ke SMS. System setup perlu disiapkan sebelum hujung bulan nih. Letih wooo

Nov 13, 2008

Jiwa kosong

Hari ni setelah semua persiapan untuk peperiksaan sudah sedia, aku balik ke rumah awal sedikit dari biasa. Kepala rasa berat semacam je, nak balik rumah dan rehat. Sesampai di rumah aku baring jer. Rasa tak larat badan. Malamnya aku cuma makan sate yang aku panaskan dengan microwave. Tak larat nak masak (bukannya pandai sangat pun) dan malas nak kluar pi kedai.



Malam nih sambil2 rehat terfikir tentang hidup aku kebelakangan nih. Jiwa rasa kosong jer. Boring. Rutin harian aku lebih tertumpu pada keje. I really miss my children dan semestinya my sayang yang masih lagi berada kat kampung. Aku rindu dengan panggilan manja my sweet little princess memanggil "Abah... abah".


Esok aku tak dapatlah pulak nak drive ke Kelantan sebab ada peperiksaan sabtu pagi dan petang. Minggu depan pun tak tentu lagi arghhhhhhh

Nov 12, 2008

Final Examination Week


Hari ni dah masuk hari ketiga pelajar-pelajar UTP mula menduduki peperiksaan akhir semester. Kalau budak-budak tengah berhempas pulas memerah otak, aku pulak tengah berhempas pulas untuk memastikan semua persiapan akhir berjalan lancar.

Pening jugak sebab semester nih Final Exam starts dari 10hb Nov - 2hb Dec (kira-kira 20 hari). Aku kena pastikan semua benda yang berkaitan tip top, dari exam schedule, invigilator schedule, exam paper, persiapan dewan dan semuanyalah. Nasib baik aku ada team yang serba boleh dan cekap. Semua aduan mesti diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perjalanan peperiksaan tergendala. Dalam minggu nih aku sentiasa ditemani oleh walkie - talkie, benda penting bagi kami dalam minggu-minggu peperiksaan nih. Semua komunikasi antara 5 dewan utama dengan unit peperikasaan dapat di pantau dengan mudah sikit.


Baru masuk hari ketiga aku dah rasa penat, lama lagi nak tunggu 2hb Dec nih ermmmmmmm




Nov 1, 2008

Matayi


Petang ni aku dok relax je kat rumah. Tetiba je aku teringat kembali 2 tahun dulu, di hujung minggu macam nilah adik lelaki kesayanganku akan datang untuk lepak, basuh baju dan menghabiskan segala macam makanan yang ada dalam peti ais. Matayi (nama manja adik) terlebih dahulu menjejakkan kaki ke Sri Iskandar bila dia mendaftar sebagai pelajar baru di UiTM di sini. Aku dan arwah abangkulah yang menghantar dia untuk mendaftar. Pada masa tuh tak sangka pulak aku pun akan turut menetap di sini.


Rindu betul dengan gelak ketawa dia. Kalau di tengok luaran mesti orang beranggapan yang Matayi seorang yang pendiam tapi bila bersama keluarga dia merupakan seorang yang happy go lucky dan manja.


Sebelum datang kerumahku selalunya dia akan call dulu berserta pesanan biasa, "abang jangan lupa penuhkan peti ais ya. Dia seorang yang ringan tulang kalau di suruh kena ngan masanya. kalau tak dia akan buat dekkk je dengan muka selamba.

Abe betul-betul rindukan saat-saat dulu. Sekarang gambar dan kenangan yang kekal abadi akan menjadi peneman bila rindu kat Matayi.

Al Fatihah buat adik ku yang ku sayangi Mohd Zamakhsyari....