Nov 26, 2008

Rehat...



Hari Sabtu lepas aku sempat curi masa untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor berseorangan. Aku memilih Pangkor kerana faktor jarak dan masa untuk ke sana yang hanya 30minit dari Sri Iskandar. Aku keluar dari opis pukul 1.30petang dan selepas pack serba sedikit aku bertolak ke sana. Aku sampai di Pekan Lumut pada pukul 2.15 petang dan bergegas ke jeti untuk berjumpa dengan En. Fuad, chalet agen. Aku selalu menggunakan khidmat En. Fuad untuk mendapatkan chalet di sana. Bukannya senang nak dapat bilik kosong dalam musim cuti sekolah ni. Aku dapat bilik di Havana Chalet. Ok gak chalet nih walaupun terletak agak jauh dari chalet2 lain.

Kunjungan aku ke Pangkor kali ni agak berlainan sedikit. Kalau sebelum ni aku ke sana bersama keluarga tapi kali ni aku berseorangan. Bukannya apa tapi disebabkan mereka masih lagi bercuti di kampung. Kalau nak balik ke Kelantan tak sempat rasanya kerana aku terpaksa bekerja pada pagi sabtu sampai pukul 1.30 petang.

Kunjungan kali ni aku benar-benar berehat. Menenangkan hati dan merehatkan tubuh yang telah berkerja keras akhir2 ni.

Happy holiday

1 comment:

Asmadi said...

laa nape tarak kasitahu pokcik ..leh gak nak ikut ..tak pernah lak turun ke sana ..huau bestnya kan bercuti rehatkan minda ..pokcik tak da masa nak restsgt ni...