Feb 26, 2009

Satu hari di hari cuti

Tasik Raban

Hari aku cuti dan berehat je kat rumah sayang di Tasik Raban. Selepas hantar sayang dan my little princess ke sekolah dan rumah pengasuh aku ke pekan Lenggong cari makan. Aku makan kat warung di pekan Lenggong. Tenang sungguh keadaan di sini. Semuanya bergerak perlahan. Tak de apa yang nak dikejarkan. Masing-masing kelihatan tenang saja. Nilah nikmatnya duduk di kampung.




Pekan Lenggong



Pekan Lenggong dari atas bukit

Lepas tuh ingatkan nak siapkan tugasan yang aku bawak balik umah tapi tak jadi bila aku perasan yang line postpaid celcom aku tetiba je keluar message" Simcard registration failed". Baru aku teringat minggu lepas aku ada register broadband. Bila lak pulak simcard baru aku nak ok nih. Aku keluar ke Kuala Kangsar untuk cari Celcom Centre lepas melilau beberapa kali dan tanya kedai jual hp rupa2 nya Celcom Center yang berdekatan cuma ada di Taiping dan Ipoh je. apa boleh aku buat. Malaslah nak turun ke Ipoh.

Bandar Kuala Kangsar


Sempat juga aku beli hadiah untuk my little princess.

Feb 13, 2009

Selamat Harijadi yang ke 34 Abe Zul

Selamat Harijadi yang ke 34 Abe Ju.


Zulkarnain atau dikenali dengan nama manja "Abe Ju" oleh kami adik beradik. Sudah 2 tahun aku tak dapat ucapkan pada Abe Ju semenjak dia meninggalkan kami secara tak di duga pada 25 Julai 2006. Bagi aku Abe Ju sentiasa ada di sisi sepanjang masa. Kadang-kadang terasa betul kehilangan Abe Ju. Abe Ju lah tempat aku meluahkan masalah dan segala benda lagi dan aku akan rasa begitu lega selepas meluahkannya pada Abe Ju. Abe Ju betul-betul seorang pendengar yang setia. Sentiasa ada bila sahaja aku memerlukan mu. Walaupun jarak umur kita cuma setahun tetapi Abe begitu matang dalam semua perkara. Aku betul-betul kagum denganmu. Abe Ju betul-betul seorang pendengar yang setia. Sentiasa ada bila sahaja aku memerlukan mu.
Memang kadang-kadang kita selalu bergaduh dan tak nak mengaku kalah dianatara satu sama lain tapi itulah yang membuatkan kita bertambah rapat. Kita bersekolah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah di sekolah yang sama. Aku tahu kadang-kadang Abe Ju rasa aku ni menyusahkan kerana selalu mengekor kemana saja Abe Ju pergi tapi Abe Ju tetap sabar melayan karenah ku. Aku betul-betul rindukanmu pada saat ini...

I Miss My Big Bro
From day one,
without knowing it,
I loved you with all my heart.
As I grew older I looked up to you and to no other.
Yes, we fought many of times but you supported,
and encouraged me in everything I did.
You were my best friend and my hero.
At night I miss the sound of your music,
I miss you climbing through the window when you were late.
I miss your comfort and the way you made me feel safe.
I miss our nonsense arguments and all our wrestling matches just to pass time.
I like to remember our times together good times and the bad.
I regret the times I yelled at you when you were only trying to help,
but you know I only did it because you did it to me.
I wanted to do everything you did,
because I wanted to JUST like you!
I miss your smile,
and I miss the way our room smelt of your cologne.
But most of all I miss your reassuring hugs and playful kisses.
I wish I could go back and tell you how I felt,
tell you that I really need you no matter what I said.
I kept your favorite sweater and wear it every time I miss you
like I did when I was little.
I will always love you no matter how long its been,
since the day your life came to an end.

I miss my big brother.

(by Lora Sedell)





Al-Fatihah untuk Abe Ju. Semoga beliau bersemadi bersama-sama golongan-golongan yang beriman. Amin

Feb 8, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Tahun ni boleh dikatakan tahun rehat bila banyak cuti umum/negeri terletak dalam jarak masa yang berdekatan. Bermula dengan New Year (1hb January), Chinese New Year (26 & 27 January), Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah (3hb February) dan minggu ni Thaipusam (8hb February). Banyak kawan-kawan aku mengeluh kerana terpaksa menyusun balik jadual tugasan supaya semua kerja dapat di selesaikan (walaupun masing-masing still dengan mood cuti, termasuklah aku nih).
Jom cuti-cuti Malaysia (lupakan keje sekejap)