Tasik Raban
Pekan Lenggong
Bandar Kuala Kangsar
Hari aku cuti dan berehat je kat rumah sayang di Tasik Raban. Selepas hantar sayang dan my little princess ke sekolah dan rumah pengasuh aku ke pekan Lenggong cari makan. Aku makan kat warung di pekan Lenggong. Tenang sungguh keadaan di sini. Semuanya bergerak perlahan. Tak de apa yang nak dikejarkan. Masing-masing kelihatan tenang saja. Nilah nikmatnya duduk di kampung.
Pekan Lenggong
Pekan Lenggong dari atas bukit
Lepas tuh ingatkan nak siapkan tugasan yang aku bawak balik umah tapi tak jadi bila aku perasan yang line postpaid celcom aku tetiba je keluar message" Simcard registration failed". Baru aku teringat minggu lepas aku ada register broadband. Bila lak pulak simcard baru aku nak ok nih. Aku keluar ke Kuala Kangsar untuk cari Celcom Centre lepas melilau beberapa kali dan tanya kedai jual hp rupa2 nya Celcom Center yang berdekatan cuma ada di Taiping dan Ipoh je. apa boleh aku buat. Malaslah nak turun ke Ipoh.
Bandar Kuala Kangsar
Sempat juga aku beli hadiah untuk my little princess.
2 comments:
best pekan lenggong... tenang dan damai je.
memang best kalu pi sekali sekala tapi kalau dok sini mati kutu gak dibuatnya hehehe
Post a Comment