Aug 30, 2009

Hidup baru

Alhamdullilah malam semalam aku dan keluarga aku selamat berpindah ke rumah baru aku. Akhirnya merasa jugak tinggal di rumah sendiri. Walaupun banyak benda lagi tak settle di rumah baru aku gagahi jugak berpindah, kalau tak sampai ke sudah tak berpindah.

Rasa sebak nak tinggalkan rumah yang dah hampir lima tahun aku sewa dan jiran-jiran yang begitu prihatin dan mesra. Harap-harap nanti aku mendapat jiran yang sama macam mereka.

Dugaan besar betul bola berpindah di bulan posa nih. Banyak benda yang boleh di buat di hari-hari bisa terasa berat sangat nak dibuat di bulan posa nih. Lagi-lagi yang melibatkan tulang empat kerat nih. Sepatutnya bulan posa lah aku lebih bertenaga macam di zaman2 sahabat dulu bulan Ramadhan bukan dijadikan alasan untuk berlemah-lemah tapi dibulan inilah semangat fizikal dan mental berada di kemuncak. Ermmm bilalah aku nak jadi macam mereka.

Aug 28, 2009

Tazkirah Jumaat: Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."




Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Aug 21, 2009

Ahead of time




Pagi tadi aku dapat arahan dari boss aku untuk cepatkan lagi tugasan yang sepatutnya mengambil masa dua minggu lebih untuk disiapkan supaya awal minggu depan siap sepenuhnya. Terkejut badak gak dengar arahan ni. Tapi lepas bagitahu constraint yang berkenaan pada dia akhirnya dipanjangkan sedikit 2 hari. Aku kena bagitahu details steps yang aku kena buat sebelum dimasukkan ke sistem. Maybe orang2 dia atas ingat dengan adanya sistem semuanya dihujung jari. Tu pun aku terpaksa bertungkus lumus kerjakan siang dan malam. Nampak gaya kena bersengkang mata lagilah kali ni.
Takpe aku anggap ni semua cabaran.

Salam Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA INGIN MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja
maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan
dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Aug 19, 2009

Akhirnya...



Akhirnya selesai semuanya segala benda yang berkaitan dengan majlis konvo kali nih. Barulah boleh focus back kepada office work yang berlambak. Don't worry, still under control. Cuma kena jaga betul time management. Boleh .. kalau tak boleh pun kena bolehkan jugak.

Aug 6, 2009

Just to share…got it yesterday, cute!

Bayangkan kalau adik ke anak kita nama Lukman or Ibrahim dalam kelas nih, mungkin dan tu juga tukar nama jadi A’sri or A’nas


New teacher came into a class of pre-school students and started a taarruf (getting to know each other) session.
“What’s your name?” she asked the first girl.
“Kauthar,” she answered.
“Can you recite Surah al-Kauthar?” the teacher asked.
She answered yes, and proceeded to recite Surah al-Kauthar.
At the corner, a boy starts to fidget.

The teacher asked a second boy, “What’s your name?”
“Ikhlas,” he answered.
“Can you recite Surah al-Ikhlas?” the teacher asked.
He answered yes, and proceeded to recite Surah al-Ikhlas.
The boy at the corner fidgeted even more.

The teacher asked the boy at the corner, “What’s your name?”
“Ermm….. Fatihah,” he answered.
The whole class laughed.

His name is actually Yassin.

Bukan setakat budak-budak jer yang terkucil orang dewasa pun belum tentu hafal surah Yaasin.

Aug 4, 2009

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing


Pepatah lama ada mengatakan "Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing". Petang semalam aku sendiri menyaksikan betapa semangat tolong menolong masih menebal di kalangan masyarakat kita.

Nak dijadikan cerita aku menerima panggilan dari seorang hamba Allah mengatakan yang kereta beliau terbabas ke longkang di depan kompleks kerajaan Perak Tengah. Selepas tiba di tempat kejadian terkejut jugak aku tengok keadaan kereta tu. Kedua-dua tayar sebelah kiri tergantung atas longkang. Nasib baik ada penghadang jalan yang membuatkan kereta tu masih lagi stabil. Tapi kalau silap haribulan boleh jatuh terus ke longkang besar tuh.

Tapi nasib baik masih ramai orang yang prihatin. Ramai yang cadangkan supaya semua yang ada di situ sama-sama mengangkat kereta dari tepi sebelah kiri. Kalau nak call "tow truck" mesti kena cekik darah pulak. Letak harga yang ntah apa-apa. Kalau difikirkan memang mustahil nak angkat kereta tu secara manual tapi dengan tenaga sukarela yang ramai, sekejap saja kereta terbabit dapat diangkat. Ramai yang tanpa diminta sama-sama mengangkat kereta tu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

p/s kepada pemandu yang terbabit, drive carefully. Ingat orang yang tersayang.