Aug 4, 2009

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing


Pepatah lama ada mengatakan "Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing". Petang semalam aku sendiri menyaksikan betapa semangat tolong menolong masih menebal di kalangan masyarakat kita.

Nak dijadikan cerita aku menerima panggilan dari seorang hamba Allah mengatakan yang kereta beliau terbabas ke longkang di depan kompleks kerajaan Perak Tengah. Selepas tiba di tempat kejadian terkejut jugak aku tengok keadaan kereta tu. Kedua-dua tayar sebelah kiri tergantung atas longkang. Nasib baik ada penghadang jalan yang membuatkan kereta tu masih lagi stabil. Tapi kalau silap haribulan boleh jatuh terus ke longkang besar tuh.

Tapi nasib baik masih ramai orang yang prihatin. Ramai yang cadangkan supaya semua yang ada di situ sama-sama mengangkat kereta dari tepi sebelah kiri. Kalau nak call "tow truck" mesti kena cekik darah pulak. Letak harga yang ntah apa-apa. Kalau difikirkan memang mustahil nak angkat kereta tu secara manual tapi dengan tenaga sukarela yang ramai, sekejap saja kereta terbabit dapat diangkat. Ramai yang tanpa diminta sama-sama mengangkat kereta tu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

p/s kepada pemandu yang terbabit, drive carefully. Ingat orang yang tersayang.

No comments: