Dec 8, 2009

Menghitung Hari





Hari ni aku dapat satu berita baik, cuti aku hari Jumaat ni dah dapat green light dari big boss Yahoooooooo

Jadi plan aku untuk balik awal ke kampung akan menjadi kenyataan. Bestnya...

Aku plan nak bertolak balik ke Kelantan melalui Jalan Timur-Barat melalui Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan awal-awal pagi hari Jumaat. Ambil berkat penghulu segala hari. Dah tak sabar rasanya nak jumpa my family terutamanya buah hati pengarang jantung aku, my little princess & prince. Rindu betul kat anak-anak abah ni. Dah hampir 2 minggu tak dapat peluk cium my little kids.

Kira-kiranya aku tengah menghitung hari lah kiranya ni.



3 comments:

khairul said...

salam...jgn lupa masa drive tu pasang lagu menhitung hari k hehhe..selamat bercoti2 :)

capri... said...

Pandu kete elok2....ingat birthday dah nak datang ...:)

Tinta dari Lembah Kinta said...

Khay: Jiwanglah plak kalu pasang lagu tuh, dah lah drive sorang2.
Mr. Capri: Ahad ni bertambah lagi umo.
Thanks smua