Jan 25, 2010

Ujian

Mula-mula... Badan seram sejuk,
Lepas tu pening-pening,
Kepala berdenyut-denyut,
Selsema sikit-sikit,
Susah nak bernafas
sakit urat satu badan...  

Ini bukan simpton-simpton ibu-ibu mengandung tapi inilah hakikatnya keadaan aku minggu lepas.


Itulah tanda demam nak datang, kali ni demam datang lagi. Mungkin berjangkit dari demam dan selsema my little princess dan prince. Adoiii demam datang tak kena pada masa betul. Dah la masa ni tahap kesibukan ermmm Tuhan saja yang tahu... Seboleh-bolehnya aku nak mengelak dari MC tapi akhirnya Jumaat tengahari aku terpaksa jugak MC.

Nak buat macamana. Sepatutnya aku tak boleh merungut. Ini tandanya Tuhan sayangkan aku. DIA datangkan penyakit ni sebagai ujian untuk aku. Atau pun aku terlalai atau terpesong dari jalan kebenarannya.

Jan 23, 2010

Aktiviti di hari minggu

Hari ni aku kena jaga kedua-dua my little princess dan prince. Mamanya kena ke sekolah. Ada program  sampai tengahari (sapa kata kerja sebagai cikgu senang dan dapat rehat lama). Pagi-pagi lagi aku bawak diaorang kat luar rumah, Bukan main suka lagi diaorang dapat bebas bermain kat luar rumah. Kalau my little princess sibuk dengan basikal merahnya my little prince lak tak nak kalah dengan motorsikal dia tapi yang lucunya bergerak ke arah belakang je. Tak pandai nak ke depan.

Yang kelakarnya bila dgn aku kedua-duanya tak buat perangai tapi bila dengan mamanya habis bersepah-sepah rumah dibuatnya. Ikut kata mamanya diaorang akan ikut kata aku berbanding kata mamanya. Garang ke aku ni?

Lapang rasa dada dapat meluangkan masa dengan anak-anak ni. Hilang segala letih atau kerisauan bila tengok diaorang gelak ketawa.

Jan 18, 2010

Tazkirah Jumaat: Komen membina




Ada sesetengah kawan-kawan yang sempat singgah di blog aku komen, kenapa asyik post tazkirah Jumaat yang diambil dari artikel orang lain?

Jawapannya senang je, kalau nak jawab secara sempoi aku akan jawab, "ikut suka akulah, ni kan blog aku".

Tapi kalau nak jawab secara sopan dan berhikmah dan penuh berdiplomasi, aku akan jawab, " Ilmu yang aku dapat seboleh-bolehnya aku nak kongsikan bersama, Bukankah bagus kalau kita dapat berkongsi benda-benda yang berguna dan bermanafaat bersama-sama. Aku ni dalam proses untuk belajar jadi apalah salahnya aku cedok sikit ilmu-ilmu dari yang lebih alim dan mengetahui. Takut tersilap nanti dikatakan ajaran sesat pulak.

Apa-apa pun aku akan terus berkongsi tazkirah Jumaat yang aku dapat bersama-sama. Seboleh-bolehnya tazkirah yang aku paparkan di dalam bentuk cerita supaya kesannya lebih kalau dibandingkan tazkirah biasa. Semoga aku mendapat pahala bila benda baik yang baik aku kongsikan itu diamalkan oleh pembaca.


“Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.” – Imam Malik bin Anas [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.]



Jan 15, 2010

Sesak Nafas Di Tahun Baru

Hari ni baru hari ke 15 kita masuk ke tahun baru 2010. Tapi aku dah terasa sesak nafas. Kenapa yea? Adakah aku ni :
                                                  
                           tak pandai manage kerja aku betul-betul?


                            kantoi dalam time management yang selama ni
                            aku dapat kawal?


                            penyakit procrastination masih berbaki?

                            penyakit malas yang menebal?


                            tekanan dan bebanan kerja yang semakin
                            bertambah?


Hanya aku yang dapat menentukan yang mana satu yang betul dan mana yang salah. Kena muhasabah diri sendiri, melihat apa yang tidak betulnya dalam kehidupan seharian aku akhir-akhir ini. Prestasi kerja kena sentiasa berada dalam keadaan "tip top". Kerana melalui kerja inilah aku menyara keluarga aku. Walau apa pun aku kena pandai peruntukkan masa berkualiti dengan keluarga. Kerja-kerja jugak tapi jangan sekali-kali abaikan keluarga. Kedua-duanya kena seimbang.

Ada betul jugak, dulu masa kecil walau sesibuk mana pun arwah ayah aku, dia still ada masa untuk bermain dengan anak-anak. Hujung minggulah (di Kelantan cuti pada hariJumaat dan Sabtu) yang paling di tunggu. Salah satu sebabnya sebab tak sekolah dan satu lagi sebab masa nilah arwah ayah akan kerahkan anak-anaknya untuk berkebun ke basuh kereta ke atau apa-apa saja aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Dulu satu ketika aku mempunyai ramai abang dan adik. Bukan macam sekarang ermmmm.

Anyhow aku kena ambil arwah ayah aku sebagai model untuk jadi seorang ayah yang terbaik. Arwah ayah seorang yang garang, tegas, pendiam dan pada masa yang sama seorang yang kelakar dan peramah.
                          

Jan 11, 2010

Alhamdullilah: Doa Pertama

Malam tadi selepas Maghrib, sayang panggil aku. Terkejut gak apa kebendanya. Rupa-rupanya nak bagitahu satu berita baik. Seperti biasa sebelum makan kami selalu mengajar my little princess baca doa tapi malam tadi dia sendiri baca keseluruhan doa makan. Alhamdullilah sejuk hati mendengarnya.

Budak-budak di awal-awal umur macam ni senang untuk menyerap apa sahaja yang di ajar dan didengari di sekelilingnya.

Moral of the stories: Kalau nak marah atau bercakap tu pastikan perkataan yang di keluarkan tu bukan perkataan yang  bukan-bukan.