Hari ni aku kena jaga kedua-dua my little princess dan prince. Mamanya kena ke sekolah. Ada program sampai tengahari (sapa kata kerja sebagai cikgu senang dan dapat rehat lama). Pagi-pagi lagi aku bawak diaorang kat luar rumah, Bukan main suka lagi diaorang dapat bebas bermain kat luar rumah. Kalau my little princess sibuk dengan basikal merahnya my little prince lak tak nak kalah dengan motorsikal dia tapi yang lucunya bergerak ke arah belakang je. Tak pandai nak ke depan.
Yang kelakarnya bila dgn aku kedua-duanya tak buat perangai tapi bila dengan mamanya habis bersepah-sepah rumah dibuatnya. Ikut kata mamanya diaorang akan ikut kata aku berbanding kata mamanya. Garang ke aku ni?
Lapang rasa dada dapat meluangkan masa dengan anak-anak ni. Hilang segala letih atau kerisauan bila tengok diaorang gelak ketawa.
No comments:
Post a Comment