Kalau nak di ikutkan rutin balik kampung aku hanya pada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan sekali sekala pada cuti sekolah. Tapi kali ni aku dapat balik kampung pada hujung minggu pulak. Ermm terasa macam nak balik beraya kat kampung pulak (posa pun belum mula lagi nih hahahahahaha).
Aku dan family sempat stay kat kampung dari hari Sabtu-Isnin. Walaupun sekejap cukupah aku melepaskan rindu pada family yang dah lama tak jumpa. Chik, Ma & Ayah pulak sempat lah bermanja dengan cucu mereka yang jarang balik kat kampung. Sekarang ni tengah musim buah kat Kelate terutama durian , apa lagi kalu dapat makan pulut durian. Emmm puas betullah dapat pekena durian kampung.
No comments:
Post a Comment