Aku adalah insan biasa dan tidak sesempurna orang lain dari setiap segi. Tapi aku sentiasa berusaha keras agar aku menjadi seorang insan yang berguna. Berguna kepada agama, masyarakat, tempat kerja, keluarga dan diri sendiri. kali ini aku tidak ingin melihat jauh. Aku mahu lihat adakah aku telah menjalankan kerja sepertimana yang sepatutnya.
Kerja itu adalah satu amanah. Sesuatu amanah sepatutnya di jalankan dengan sepenuh hati dan di jaga seperti kita menjaga nyawa kita sendiri. Sesetengah daripada kita hanya menunggu "pay day" untuk mendapat gaji tanpa mengira adakah kita berhak ke atas setiap sen yang kita dapat itu. Adakah kerja yang kita lakukan seperti yang sepatutnya kita lakukan.
Masih banyak yang perlu aku perbaiki diri. Aku perlu mengambil kira komen-komen, pendapat kawan sekerja jika aku ingin menjadi seorang pekerja yang betul-betul menjalankan amanah kerja yang diberikan.
p/s Entah apa benda yang aku tulis malam ni. Sekadar menaip apa-apa yang terlintas.
2 comments:
Sebab tgh pening EC1 & EC2 la tu... ;-)
Senang membaca blogmu , baca juga ya blog saya www.muhammadromiario.blogspot.com :D
Post a Comment