Jun 10, 2009

2H 1M Part 2

Hari Kedua

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Sejuk betul cuaca pagi nih sampaikan aku pakai stokin kat dalam apartment. Sambil-sambil tunggu yang lainnya bersiap aku pekena Nescafe panas. Fuhhhh nikmat betul dapat minum air panas sambil menikmati pemandangan pagi di luar sana di balkoni.



Kami akan ke Tanah Rata lagi untuk sarapan pagi. Kat sana lebih senang sebab banyak gerai-gerai, jadi banyaklah pilihan menunya. Mama sempat lagi shopping cenderahati pagi-pagi lagi kat kedai sebelah warung yang kami makan tuh hehehehehe



Selepas tuh kami balik untuk berehat dan berkemas-kemas sebab pukul 12 tengahari kami akan check out.

Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Butterfly Farm. Kalau tengok pada namanya memanglah gah tapi indah khabar dari rupa. Macam tak terurus je tempat nih. Rasa malu lak sebagai orang tempatan bila pelancong-pelancong luar masuk tengok keadaan dalam tempat nih. secara ringkasnya rama-rama tuh adalah tapi tempatnya macam tak terurus, rama-rama yang dah mati bertabur kat lantai. Untuk menambah tarikan ada beberapa jenis ular, kala jengking, kura-kura, ayam, arnab, hamster dan beberapa jenis serangga yang pelik-pelik. Rasa macam tak berbaloi je dengan bayaran tiket yang dikenakan









Destinasi terakhir kami sebelum pulang ialah untuk singgah di ladang teh, satu lagi destinasi wajib bagi pengunjung ke Cameron Highland. Jalan agak sesak juga dari Brinchang ke Ladang teh Boh di Sungai Palas. Bila masuk je kedalam kawasan ladang mata terus terpukau dengan kehijauan pokok-pokok teh yang begitu luas seluas mata yang memandang. Subhanallah indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. Kereta hanya dibenarkan parking di bawah bukit bagi mengelakkan kesesakan di puncak bukit. Jadi terpaksalah kami mendaki bukit ditengah-tengah hari. Takpe lah bukannya selalu kan.







Dipuncak bukit terletak Boh Tea Centre, Boh cafe dan kilang teh. Ramai betul orang di sini. Tapi nasib baik kami dapat seat betul-betul di tepi balkoni yang menghadap ladang teh. Kat cafe ni bermacam-macam jenis teh disediakan. Bestnya...








Jun 9, 2009

2H 1M Part 1

Tahun ni Hari Keputeraan DYMM Agong kebetulan jatuh pada hari sabtu, ini bermakna hari Jumaat aku akan cuti. Yahooooo Cuti kali ni aku bawa my family ke Cameron Highland. Dah lama Sayang nak pergi ke sana, cuma kali ni je baru kami berkesempatan ke sana. Aku seperti biasa membuat persiapan awal seperti biasa- cari tempat tinggal. Banyak hotel dan apartment dah aku survey. Boleh tahan jugak rate kat sana, lebih mahal dari Penang.

Last2 aku booking Star Regency Apartment & Hotel di Brinchang. Bukan kerana tempat tinggaknya tapi kerana lokasinya yang strategik yang terletak berhampiran tempat-tempat menarik di Brinchang.



Nasib baiklah aku plan ke sana pada hari Jumaat dan pulang pada hari Sabtu, At least aku dapat mengelak kesesakan yang memang dijangka pada hari Sabtu kerana cuti umum dan juga cuti sekolah.

HARI PERTAMA

Aku bertolak dari Sri Iskandar lebih kurang pukul 10 lebih. Aku pilih laluan melalui Simpang Pulai. Bukannya apa aku tak pernah cuba laluan ini berbanding laluan Tapah yang sering aku guna sebelum ini.



Pemandangan dari jalan amat cantik sekali, cuma laluan yang bengkang bengkok sedikit sebanyak membuat perjalanan sedikit tidak selesa terutama buat my little princess.

Lebih kurang pukul 12 tengahari aku selamat sampai di Cameron Highland. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Tanah Rata. Tak terasa sangat sejuk di sini mungkin sebab panas terik matahari di waktu tengahari. Selepas lunch di sana destinasi seterusnya ialah ke Brinchang untuk check in sambil berehat-rehat sekejap.





selesa jugak apartment yang aku duduki nih. Asalnya apartment 3 bilik tetapi sebab aku pilih 2 bilik je satu bilik lagi dikunci. kedekut betul la. Boleh dikatakan luas juga apartment nih dan yang seronoknya pemandangan dari luar balkoni yang menghadap bukit sungguh cantik.

Petangnya kami berkunjung ke Taman Botani dan Cactus Valley yang terletak berhadapan dengan apartment kami. Teruja betul tengok strawberry dan anggur yang begitu segar, terasa macam kat overseas pulak hehehehehe habis pusing satu taman we have a tea break. Yang seronoknya banyak kek, kuih dan air dibuat menggunakan straberry segar yang dipetik dari taman ni sendiri. Aku memilih sundae strawberry dan strawberry cheese cake, sayang pulak sunday strawberry dan fresh strawberry with cream.












Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke pasar malam Brinchang. Suasana dah mula rasa sejuk.





Jun 5, 2009

Tazkirah Jumaat: Sejarah Ayat Kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

May 31, 2009

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Rokok memang satu benda yang begitu mengasyikkan dan ketagih. perokok boleh puasa siang hari pada bulan Ramadhan tapi tidak dapat menahan beberapa jam pada malamnya tanpa rokok. Aku pernah kehilangan orang tersayang berpunca dari rokok. ermmmmmmm



Powered by SantaBanta.com

May 30, 2009

Taiping Bandar Warisan

Hari ni aku bawa family aku ke bandar Taiping yang digelar Bandar Warisan. Banyak tempat-tempat menarik kat area bandar Taiping antaranya Zoo Taiping, muzium, Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut. Kali ni aku akan bawa family aku ke Zoo Taiping. Bulan lepas semasa pameran EDX yang dianjurkan di UTP, Majlis Perbandaran Taiping ada buat promosi ke Zoo Taiping dengan harga diskaun. sempatlah aku beli tiga keping tiket.

Aku bertolak dari Tasik Raban lebih kurang pukul 10 pagi. Kali ini aku ikut jalan lama dari Kuala Kangsar ke Taiping. Bukannya apa saja je nak cuba jalan nih yang tak pernah aku guna. Jalan lama nih agak sibuk sikit dengan lori-lori di kiri dan kanan jalan. lagipun di sekitar Bukit Gantang ada kilang simen yang agak besar jugak.

Ini kali pertama aku ke bandar Taiping, sebelum nih aku cuma lalu je. Last aku singgah area sana pun ketika aku pi hari keluarga UTP yang diadakan di Bukit Merah.



Aku sampai di Zoo Taiping lebih kurang pukul 11 lebih. Ramai jugak orang di pintu masuk Zoo, yelah hari pertama cuti persekolahan. Banyak rombongan sekolah kat sana.

Kat area luar zoo ada persembahan pentas. Majalah Libur ada buat program kat sana.

Bukan main seronok lagi aku tengok my little princess dapat naik train pusing satu zoo. Bukan main becok lagi mulut dia bila dia nampak banyak binatang secara live. Sebelum ni dia hanya dapat tengok melalui buku dan TV je.





Selepas habis pusing dengan mini train kami berjalan kaki pulak tengok sekeliling. Cantik jugak keadaan sekeliling, redup je suasana dengan pokok-pokok yang rimbun. tapi kalau tengok keadaan binatang-binatang kat sana nampak macam tak sihat je. Maybe sebab terkurung kot. Kesian diaorang yea.



Yang kelakarnya binatang akan kencing dan berak setiap kali Mama dan Bibik tengok kat diaorang. Hehehehehehe Kami jugak sempat disakat oleh beruk-beruk liar di sekitar zoo. Kali pertama nyaris kamera digital aku dibawak lari dan kali kedua 2 botol air kami pulak sempat dilarikan oleh kumpulan beruk-beruk nih. Bukan kami saja yang dikacaunya. Nampaknya pihak pengurusan zoo kena ambil langkah pencegahan sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.



Selepas menghabiskan masa selama 4 jam lebih kami bertolak pulang ke Tasik Raban. kali ni aku pilih untuk menggunakan lebuhraya pulak. Dalam perjalanan pulang kami singgah majan di hentian rehat Bukit Gantang. Dalam pukul 3 lebih aku selamat sampai di Tasik Raban.

May 27, 2009

Black day in my life

Hari ini genap 3 tahun 6 orang ahli keluargaku meninggalkan dunia ini buat selamanya. Walau sudah menjangkau 3 tahun tapi peristiwa tu bagi aku masih terasa macam baru saja berlaku. Aku begitu merindukan insan-insan istimewa itu. Kak Dah yang tegas dan kelakar, Abang Ju yang sentiasa ceria dan kuat mengusik, Matayi yang pendiam tapi manja, Cik Su yang sporting dan dua anak saudaraku yang aktif dan petah, Ipan dan Adik Mie.

Semoga semuanya di tempatkan bersama-sama orang yabg beriman. Amin
Al-Fatihah

Happy Birthday Mama sayang









Selamat Lahir untuk Mama sayang


Powered by SantaBanta.com

May 18, 2009

Hari yang sejuk



Permulaan hari yang sejuk. Pagi ni aku keluar awal dari rumah. Pukul 6 pagi dah berada di atas jalan. Cuaca pagi sejuk betul. Malam tadi hujan renyai-renyai dan bersambung sampailah ke pagi nih dan di sesetengah tempat hujan lebat. Berkabus je, rasa-rasa dok kat Cameron Highland lah pulak. Baguslah sejuk sikit cuaca selepas beberapa hari panas terik.

Hari ni permulaan minggu kedua peperiksaan bagi pelajar-pelajar UTP. Hope they do well in their paper.

Diharap minggu ni menjadi minggu yang mengembirakan bagi aku. Hope so...

May 14, 2009

Selamat Hari Jadi Yang ke 28 Matayi



Hari ni genap 28 tahun umur adik kesayangan ke Matayi. Walaupun sudah hampir 2 tahun Matayi pergi tapi bagi aku adik ku tetap ada disamping sentiasa seperti dulu.

Kalau dilihat dari segi fizikal ramai yang menganggap Matayi abang dan aku adik walaupun jarak umur kami hampir 5 tahun, mana taknya Matayi tinggi dan aku pulak rendah sedikit (tak nak kutuk diri sendiri) dari dia. Maybe sebab dia aktif dalam sukan kot.




Matayi terlebih dahulu menjejakkan kaki ke Sri Iskandar bila dia mendaftar di UiTM Sri Iskandar.Dia begitu gembira bila dapat tahu aku akan bekerja di UTP yang begitu dekat dengan nya. Tapi akhirnya dia dahulu meninggalkan aku buat selama-lamanya.



May 11, 2009

Study smart not study hard


Bermula hari ni sehinggalah 29hb pelajar-pelajar di UTP akan menghadapi minggu-minggu yang mendebarkan sepanjang peperiksaan akhir semester. Library yang selalunya lengang pada hari-hari biasa kini penuh sesak. Kalau pelajar-pelajar sibuk membuat persediaan untuk peperiksaan akhir, aku pula sibuk memastikan peperiksaan akhir berjalan dengan lancar.

Good Luck to UTP students and myself...

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk bonda tersayang dan mama sayang.






Ibu...
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga...
kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku...
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama
sering menganggu lenaku yang kini dirantauan orang...

Ibu...
segala nasihat yang kau hamparkan pada ku
kan ku semat kukuh di dasar ingatanku ini...
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji
kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku...

ohh ibu kesayangan ku...
semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku...
Dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta dihatiku...

dipetik dari http://www.scribd.com


Powered by SantaBanta.com



Chik tersayang dan anak-anak

May 8, 2009

Tazkirah - Jasa Ibu


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.


Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.




Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.” Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.


“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak aada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.
“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Tahukah anda moral di sebalik cerita ini? Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu. Fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana jika anda juga bersikap sama terhadap ibu bapa anda. HARGAILAH JASA IBU BAPA KITA.
Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar Ibu

May 3, 2009

Selamat hari pekerja untuk aku


Hari ini aku dan semua yang bergelar pekerja menyambut hari pekerja. Dalam diam tak diam dah masuk 4 tahun aku di bekerja di sini. Alhamdullilah aku betul-betul gembira dengan setiap saat aku di sini.


Hari pekerja yang jatuh pada hari Jumaat membolehkan aku bercuti panjang. Cuti ni aku habiskan dengan berehat saja di rumah. Nak merehatkan fizikal dan mental sebelum berkerja keras semula menjelang 11hb ni. akhir-akhir ni aku jadual kerja aku begitu padat dengan tugasan harian dan juga persiapan untuk peperiksaan akhir yang akan mejelang seminggu lagi. semua persiapan perlu dibuat dengan begitu teliti bagi memastikan perjalanan 3 minggu peperikasaan akhir berjalan lancar.


Ermm tak nak bercerita panjang tentang kerja hari ni. Rehattttttttttt

May 1, 2009

Tazkirah Jumaat: Paku di dinding


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.





Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimanapemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.


Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.



Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.