Jun 10, 2009

2H 1M Part 2

Hari Kedua

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Sejuk betul cuaca pagi nih sampaikan aku pakai stokin kat dalam apartment. Sambil-sambil tunggu yang lainnya bersiap aku pekena Nescafe panas. Fuhhhh nikmat betul dapat minum air panas sambil menikmati pemandangan pagi di luar sana di balkoni.



Kami akan ke Tanah Rata lagi untuk sarapan pagi. Kat sana lebih senang sebab banyak gerai-gerai, jadi banyaklah pilihan menunya. Mama sempat lagi shopping cenderahati pagi-pagi lagi kat kedai sebelah warung yang kami makan tuh hehehehehe



Selepas tuh kami balik untuk berehat dan berkemas-kemas sebab pukul 12 tengahari kami akan check out.

Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Butterfly Farm. Kalau tengok pada namanya memanglah gah tapi indah khabar dari rupa. Macam tak terurus je tempat nih. Rasa malu lak sebagai orang tempatan bila pelancong-pelancong luar masuk tengok keadaan dalam tempat nih. secara ringkasnya rama-rama tuh adalah tapi tempatnya macam tak terurus, rama-rama yang dah mati bertabur kat lantai. Untuk menambah tarikan ada beberapa jenis ular, kala jengking, kura-kura, ayam, arnab, hamster dan beberapa jenis serangga yang pelik-pelik. Rasa macam tak berbaloi je dengan bayaran tiket yang dikenakan









Destinasi terakhir kami sebelum pulang ialah untuk singgah di ladang teh, satu lagi destinasi wajib bagi pengunjung ke Cameron Highland. Jalan agak sesak juga dari Brinchang ke Ladang teh Boh di Sungai Palas. Bila masuk je kedalam kawasan ladang mata terus terpukau dengan kehijauan pokok-pokok teh yang begitu luas seluas mata yang memandang. Subhanallah indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. Kereta hanya dibenarkan parking di bawah bukit bagi mengelakkan kesesakan di puncak bukit. Jadi terpaksalah kami mendaki bukit ditengah-tengah hari. Takpe lah bukannya selalu kan.







Dipuncak bukit terletak Boh Tea Centre, Boh cafe dan kilang teh. Ramai betul orang di sini. Tapi nasib baik kami dapat seat betul-betul di tepi balkoni yang menghadap ladang teh. Kat cafe ni bermacam-macam jenis teh disediakan. Bestnya...








No comments: