Jun 26, 2009

Tazkirah Jumaat: Keuntungan berbuat baik

Saudara- sekalian mari kita ambil pengajaran dari Firman Allah dalam Al-Quran dan Hadis Junjungan alam Nabi Muhammad SAW.

1.Kelebihan bersedekah
Rasulullah SAW menasihatkan kepada Menantu beliau Saidina Ali Bin Abi Thalib .R A.
“ Wahai Ali ! Apabila datang kepada kamu yang meminta sedekah, walaupun ia
menaiki kuda, maka berilah, kerana sedekah itu boleh menolak bala sebelum sedekah
itu sampai ke tangan si peminta “.

2.Pahala sedekah berlipat ganda (Firman Allah dalam Surat Al- Baqarah 261 )



Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh mejadi tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

3.Sedekah dengan berbagai cara, dengan harta, dengan senyum , dengan ucapan yang baik juga dengan memaafkan kesalahan orang ( Surat Al- Baqarah 263 )



Dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan ) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun).

4.Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan lagi. Surat Ar-Rahman 60


Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

5.Setiap amal akan ada balasannya walaupun kecil, maka setiap orang mesti bertanggung jawab diatas perbuatan masing-masing. ( Surat Al- Zal-zalah 7-8)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catitan amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catitan amalnya)!

6.Setiap ketaatan dan kemaksiatan ada balasannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :’ Lakukanlah ketaatan kepada Allah walaupun sedikit, kerana disitu ada rahmat Allah, dan tinggalkanlah perbuatan maksiat walaupun kecil kerana disitu ada kemurkaan Allah SWT“



Ingat-ingat selalu dan selamat beramal.

No comments: