Nov 14, 2010

Bila anak tak sihat

Hati ayah mana yang tak risau bila anak kesayangan tak sihat. Macam tu lah yang aku rasa bila my little princess demam. Makan tak lalu, tak bermaya je. Rindu nak tengok dia berlari ke sana ke mari. Kak Bellah makan ubat yea nanti cepat sembuh. Abah, mama dan Rayyan tak sabar nak main dengan kakak.

Oct 30, 2010

Berehat di Pulau Pangkor

Aku dan family sekali lagi ke Pulau Pangkor untuk bercuti. Sudah lama kami tak bercuti rehat macam ni. Aku sibuk dengan urusan di pejabat dan isteri sibuk dengan tugasan-tugasan tambahan di sekolah. Kami memang bertuah kerana tinggal di Bandar Sri Iskandar yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit je ke Lumut.  Terasa lapang je fikiran bila sekali sekala dapat berehat dan gembira tengok gelagat anak-anak di pantai.

Minggu ni di Pulau Pangkor penuh dengan kakitangan kerajaan yang tengah berkursus. Mungkin jabatan masing-masing  mengambil peluang untuk menghabiskan budget tahunan kot. Mungkin...

Oct 28, 2010

Awas gajah melintas

Dalam perjalanan pulang dari business trip ke Terengganu aku mengalami satu kejadian yang begitu mendebarkan.

Sebelum ni aku banyak mendengar cerita dari kawan-kawan tentang mereka terserempak dengan gajah di Jalan Timur-Barat di kawasan Jeli-Gerik. Kalau di ikutkan memanglah kawasan tu kawasan hutan tebal dan lazimnya menjadi tempat tinggal mereka. Dan di beberapa tempat memang terdapat signboard kawasan gajah melintas. Inilah satu-satunya kawasan yang terdapat signboard kawasan gajah melintas. Di kawasan tu memang ada signboard menerangkan apa yang kita perlu buat kalau terserempak dengan gajah. Antaranya ialah padamkan lampu kereta dan jangan bunyikan hon.





Dipendekkan cerita... semasa aku sedang memandu pulang di jalan tersebut, di waktu maghrib tetiba je kawan aku menjerit, "ada gajah kat depan". Aku terus je padamkan lampu kereta dan cepat mengelak dari terlanggar gajah. Yang aku nampak ada 2 ekor gajah, satu gajah dewasa dan satu lagi anak gajah. Mungkin mak dan anak lah kot.

Nasib baik aku cepat bertindak.

Oct 27, 2010

"Jalang-jalang" di Ganu

Aku berjalan lagi. Ni bukan bercuti tapi untuk urusan kerja. Kali ni aku akan ke Terengganu Darul Iman. Kalau ikut perancangan ada 4 tempat yang perlu aku tuju dalam tempoh 2 hari. Dungun, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Besut. Kira-kiranya aku buat satu pusingan lengkaplah dari Perak - Pahang (Lebuhraya Pantai Timur) - Terengganu - Kelantan (Jalan Timur Barat) dan kembali ke Perak. Jauh tuh tapi takpa hati mesti enjoy baru tak terasa letih badan.


Hari pertama setelah penat memandu lebih dari 6 jam dari Bandar Sri Iskandar, akhirnya sampai juga di Awana Kijal & Golf Resort di Kemaman. Satu hotel yang terletak di pinggir pantai. Rekabentuk hotel yang unik yang berunsurkan senibina Melayu Terengganu dan keindahan pantai yang begitu memukau ermmmmm satu kombinasi yang begitu mendamaikan.

Paka
Sungai Dungun

Jarak perjalanan yang jauh tidak terasa bila melihat pemandangan kampung-kampung nelayan dan pantai yang cantik di sepanjang perjalanan. Memang sah aku sudah terpikat dan terpukau dengan keindahan Terengganu Darul Iman.


Hari kedua aku menginap di Hotel Primula yang terletak di bandar Kuala Terengganu, bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk. Di sini aku tengok banyak pelancong asing terutama"Mat salleh" di lobi hotel. Rupa-rupanya sekarang ni ada pertandingan kapal layar yang dianjurkan sempena Monsoon Cup. Patutlah ramai "Mat Salleh" yang dah hangit kulit masing-masing (kulit gelap) di sini.


Sebelum balik ke Perak aku sempat membeli buah tangan wajib Terengganu, keropok di Besut. Kalau ikutkan keropok yang terkenal di Losong tapi memandangkan aku berhenti di banyak tempat lagi baik aku beli keropok di tempat terakhir aku bekerja. Senang sikit lagipun kalau beli awal takut tak tahan lama pulak.

Selamat Tinggal Terengganu. Insyaallah di lain kesempatan aku datang lagi.

Oct 19, 2010

Untuk isteri yang tersayang

For The  Rest Of My Life - Maher Zain


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

OOOO

And theres a couple word I want to say
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
I know that deep in my heart..

Oct 14, 2010

Mengatasi masalah kuat marah pada anak-anak

Petang tadi bila kepala tengah buntu dek bebanan tugas yang melambak aku bukak sekejap FB, dalam banyak-banyak updates dan msg dari kawan-kawan, aku tertarik dengan satu artikel yang bagi aku banyak mengajar aku untuk menajdi seorang ayah yang sebaik mungkin. Kadang-kadang aku mudah marah pada anak-anak bila mereka degil dan buat perangai, sekarang melalui artikel ini banyak yang aku boleh pelajari. Terima kasih kepada Norhazlina Omar kerana berkongsi satu ilmu yang begitu bermanafaat. 

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..

Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.
Boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan.


Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada kita. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Sep 25, 2010

Tiga dalam satu

Hari ni 25hb bersamaan 16 syawal 1431. Pertama kali aku buat open house untuk meraikan 3 dalam satu;
  • Belated 2nd birhday my little prince - Mohammad Zakuan Ar Rayyan
  • House warming yang asyik tertangguh (bak kata my staff Mail: macam tak sudi je nak jemput kita pi umah dia huhuhuhu)
  • Sempena bulan Syawal ni kira sekaligus official "Open house".
Aku taklah buat besar-besaran , sekadar panggil few of my opis mates, kawan-kawan sekolah isteri terchenta, dan tak dilupakan jiran-jiran sekeliling. (kalau ikutkan 40 buah rumah disekeliling ; kanan kiri ... alamak ramainya).

Antara menunya; Roti jala, lemang dan rendang, pulut kuning, nasi impit, bihun sup dll.

Roti Jala
Lemang dan rendang

Menu utama: bihun sup

Kalau ikut jemputan nya bermula dari pukul 2.00 - 5.00 petang tapi macam biasalah mesti ada yang datang tak ikut masa yang ditetapkan. tetamu akhir balik pada pukul 9.30 malam. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Makanan yang tersedia cukup untuk semua tetamu yang hadir. Letih memang letih tapi rasa gembira yang amat sangat.

Terima kasih semua pada yang sudi mencemar duli datang ke rumah aku.

Sep 9, 2010

Eidul Mubarak Kullu Amin Wa Antum Bil Khair

Seiring terbenam mentari di akhir Ramadhan
tibalah kini hari kemenangan
andai tangan tak sempat berjabat
setidaknya seuntai kata masih dapat terungkap
mohonkan maaf dan kekhilafan
minal aidin wal faizin


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin
dari kami sekeluarga

Sep 6, 2010

Selamat Hari Lahir my little prince



Hari ni genap 2 tahun umur my little prince - Mohammad Zakuan Ar Rayyan. Sekejap saja masa berlalu. Dari merangkak - bertatih - berjalan - berlari - memanjat - melompat ermmm sekarang ni semua benda dah boleh dibuatnya. Semua orang cakap Rayyan ni aktif. Aktif tu tandanya anak abah ni suka meneroka persekitaran dan ingin tahu apa yang berlaku di sekeliling Rayyan. Semoga "keaktifan" ni dapat dimanafaat sebaik mungkin oleh anak abah ni ya.

Semoga anak abah ni menjadi seorang anak, adik, cucu yang soleh dan sentiasa ingat pada pesan abah, mama, kak Bellah, Tok Chik, Tok Ma, Su Yan dan semuanya.

Sep 4, 2010

Good Luck to all Foundation std

Hari ni hingga selasa depan pelajar-pelajar Foundation akan mula menduduki peperiksaan akhir.
Demam peperiksaan + demam raya.

Selamat Berjaya + Selamat Hari Raya untuk semua.

Aug 28, 2010

Sekali sekala tukar selera

Hujung minggu ni aku pi ke KL. Tujuan utamanya untuk bertemu kawan-kawan (reunion) dan agenda lainnya apa lagi shopping raya lah. Tapi agenda kedua tu lebih ditujukan kepada isteri terchenta hehehehe


Syam dan isteri pilih Restoran Hadramwt, restoran makanan Yamen. Kalau ikutkan menunya  memang lain dari yang lain.


Kawan-kawan lain; pengantin baru, Musa dan isteri pulak tarik diri di saat-saat akhir kerana terpaksa balik ke Johor, ada kecemasan katanya. Din dan keluarga pulak balik ke Pahang. Hanif, Chekeng (Syuk) dan Rahman pun tak dapat join sama. Jadi tinggal famili aku dan Syam jelah. Nak buat camana dah yang lain tak berkesempatan join sama. Takpe Syam... tahun depan kita cuba kumpulkan lagi.





Aug 17, 2010

Business / Family Trip

Dalam bulan Ramadhan tahun ni aku dapat peluang bawa family bersama semasa business trip ke Pulau Pinang dan Kedah. Masin betul mulut ibu mengandung ni yea. Rasa-rasanya baru je dia menyebut hendak berjalan ke Pulau Pinang. Tercapailah hasrat dia. Kira tak kempunan lah yea.

Kami bertolak menuju ke destinasi pertama iaitu Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tak sampai 2 jam dah sampai ke Seberang Jaya. Sementara menunggu masa untuk check in hotel, sempat lagi kami berjalan-jalan di Sunway Carnival Mall yang terletak bersebelahan dengan hotel kami. Suasana raya memang terasa di situ terutama bila dengar lagu raya yang di pasang. Tapi yang lawaknya mereka pasang lagu raya siap dengan takbir raya lagi tuh. Haru betul dibuatnya...



Destinasi kedua kami ialah pasar Chowrasta (betul ke aku eja nih) di pulau. Perjalanan pergi-balik ke sana mengunakan feri je memandangkan jeti feri terletak tak jauh dari hotel. My little princess & prince bukan main seronok lagi dapat naik feri. Terhibur aku tengok gelagat kedua-duanya. Nasib baiklah jalan di dalam bandar taklah sibuk sangat. Senang je aku dapat parking berhampiran dengan Pasar Chowrasta. Pasar ni memang terkenal dengan jeruk-jeruk yang pelbagai. Ermmm isteri aku apalagi terus borong sakanlah hehehehe...

Selepas habis program pada tengahari hari kedua, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Petani yang memakan masa lebih kurang 30 minit dari Kepala Batas. Cantik betul pemandangan di kiri kanan lebuhraya yang dipenuhi dengan sawah padi yang menguning. Mungkin sekarang ni musim padi masak kot. Tenang betul rasanya.


Alhamdullilah senang pulak kami cari hotel penginapan yang kedua ni. Lokasi kerja kedua ni terletak di Merbok kira-kira 20 minit dari bandar Sungai Petani. Di Sungai Petani, banyak terdapat cawangan kedai HPA (Herba Penawar Wahida) dalam pelbagai sektor terutama restoran makanan segeranya iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Kira-kiranya kawasan ni sebagai kawasan tumpuan kumpulan syarikat ni kot.


Malam terakhir di sana aku sempat berjumpa dengan kawan lama satu sekolah & universiti. Ni kira pertemuan jejak kasihlah kira-kiranya setelah hampir sepuluh tahun tak berjumpa. Rumah dia tak jauh dari hotel penginapan aku (tak sampai 5 minit).Meriah betul rumah dia maklumlah dia dah ada 5 orang anak (sangat produktif). Lama betul kami berborak, mengimbau kenangan-kenangan lama. Tak sangka betul lah dapat jumpa dia.
Salah satu Mall yang sempat aku singgah. Dari luar nampak hebat tapi bila masuk, lengang semacam je

Aug 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan

Salam.
Marhaban ya Ramadhan!!
Kullu am wa antum bikhair!

Hadirnya Ramadhan membuktikan kasihnya Ilahi..
Memberi manusia segala harapan besar mncari redha..
Ibadah dan nikmah kehidupan diberinya pasti menanti..
Istimewa untuk umat yang menadah tangan terbuka..

Maafkan kesalahan daku..
Kerna daku ini hamba dagangan..
Moga segala kurnia maaf dari kamu..
Menjadikan hidupku penuh dengan limpahan iman..

‘Nawaitu sauma ghodin an ada’ie..fardhu syahri.. romadhona.. hazhihi thanati..Lillahi Ta’ala..’

Aug 3, 2010

Balik kampung

Kalau nak di ikutkan rutin balik kampung aku hanya pada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan sekali sekala pada cuti sekolah. Tapi kali ni aku dapat balik kampung pada hujung minggu  pulak. Ermm terasa macam nak balik beraya kat kampung pulak (posa pun belum mula lagi nih hahahahahaha).

Aku dan family sempat stay kat kampung dari hari Sabtu-Isnin. Walaupun sekejap cukupah aku melepaskan rindu pada family yang dah lama tak jumpa. Chik, Ma & Ayah pulak sempat lah bermanja dengan cucu mereka yang jarang balik kat kampung. Sekarang ni tengah musim buah kat Kelate terutama durian , apa lagi kalu dapat makan pulut durian. Emmm puas betullah dapat pekena durian kampung.



Jul 19, 2010

Ke sana lagi

Petang khamis aku mendapat perkhabaran aku kena mengantikan opis mate ke Cameron Highland untuk menghadiri workshop selama dua hari (Sabtu dan Ahad). Nih peluang yang baik nih, 2 dalam satu; bekerja dan bercuti.

Kali nih aku bawa family aku ke sana. Maklumlah program di buat pada hari Sabtu dan Ahad dan setiap peserta mendapat satu bilik seorang di Heritage Hotel, Tanah Rata. Ok lah jugak lokasi tuh. Senang nak berjalan dan dekat dengan tempat menarik di Tanah Rata. Dalam kesibukan aku berkursus sempat lagi curi masa bawa family berjalan di Tanah Rata dan pasar malam di Berincang.

Cuaca kali lebih sejuk sebab hujan turun pada petang sabtu. Kan best kalau cuaca di Sri Iskandar macam nih hehehehe

Sebelum balik aku singgah di Cameron Valley Teh Plantation. Kalau nak dibandingkan jauh lebih cantik ladang Teh Boh di Sungai Palas.

Apa pun semua pulang dengan hati gembira dapat menghabiskan hujung minggu di Cameron Highland.