Missing You
There is so much I wish to say
I think about you every day
I miss your laugh
I miss your smile
Neither lost nor forgotten...
I imagine them often
It just doesn’t seem real that you’re not around
I still look for you when I’m in town…
I’ll never forget on the 25th of July...
As I sat on the curb, tears filled my eyes….
I found myself looking for you…..
Until I realized what was true...
I will never again see your wave and your smile...
We won’t stand on the street and visit for a while…
No “how you doing Bro” with a big hug to follow….
No “what are you doing tonight” or “I’ll see ya tomorrow”…
All of these things, I cherish so dearly …
In my heart, I remember so clearly…
I still talk to you ...
I know you can hear me…
Today I spoke of you and before I finished my sentence….
I could feel your presence...
Then .. a coincidence, or was it a sign?
The song that reminds me of you began to play…
As If you knew I was thinking of you this day...
I smiled.. feeling you were there with me …
Again... I sat remembering…
Tears filled my eyes as I listened to the song.
But this time I accepted that you are gone.
Four years later..
Seems like forever….
I’ve asked myself and I’ve talked to God…..
How could he take you away for so long?
The only answer that makes any sense is ….
You’re in God’s hands now…
As he planned
Watching us from above…
An Angel in heaven who will always be loved.
Source: http://www.familyfriendpoems.com/death/poetry.asp?poem=18058
Happy Birthday adik abang yang abang sayang, Matayi.
Al-Fatihah
May 12, 2010
May 10, 2010
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu untuk bonda dan isteri tersayang.
Tak perlu menunggu hari ibu, untuk bilang “Saya sayang Ibu”……
Tak perlu menunggu hari ibu, untuk memeluknya……
Tak perlu menunggu hari ibu, untuk memberikan kad terbaik juga hadiah kecil buatnya…..
terbayang satu wajah penuh cinta penuh kasih
terbayang satu wajah penuh dengan kehangatan
cahaya hidupku, penerang jalanku
kaulah irama dalam laguku
tak harap kembali
bagai sang surya menyinari dunia
kata mereka diriku selalu dimanja
kata mereka diriku selalu ditimang
you may say i have no one,to cover me under the sun
you only get it from your mom
Apr 25, 2010
Happy Birthday my little princess
Hari ni genap 3 tahun umur my little princess. Rasa-rasa baru je lagi aku temankan my luvly wife selama 2 bulan setengah kat hospital. Well masa akan terus berjalan samada kita sedar atau tidak.
My little princess sekarang ni dah besar. Dah jadi seorang kakak yang tegas (atau garang). Selalu my little prince kena marah. Ermmm ikut perangai sapa ni yea hehehehe
Kak Bellah (dari mana lah dia dapat idea nak panggil diri dia nih) ni betul-betul anak abah. Dia cakap adiknya bukan anak abah tapi anak Mama. Dia nak bolot sorang-sorang je abah dia. Kalau apa-apa terus mengadu kat abahnya. Bila tidur nak abah ada kat sebelah je. Kalau abah lama outstation mulalah demam rindu.
Kak Bellah, abah sayang kat kakak. Jadilah seorang anak yang solehah yea. Muahhhhhh
Mar 30, 2010
Sawatdee Khrab
Sekarang ni aku tengah lepak sorang2 di "kedai kopi" kat KLIA sementara menunggu flight boarding. Ada lebih kurang dua jam lagi sebelum boarding.
Dua minggu lepas aku dapat email appointment sebagai administrator untuk pemilihan pelajar di Thailand. Benda pertama yang terlintas macamana keadaan kat sana? Selamat ke? dan macam2 lagi.
Akhirnya setelah dapat safety green light dari HQ aku mula buat persediaan untuk ke sana.
SeKalau tidak dikaitkan dengan rusuhan red army dan yellow army Thailand/Siam memang terkenal sebagai satu negara yang begitu unik yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional orang Asia. Kalau Malaysia menggunakan slogan "Malaysia Truly Asia" tapi negara gajah putih pula mengunakan slogan yang begitu menarik iaitu "Land of thousand smile".
Semasa di sekolah dulu aku banyak mengenali kawan-kawan dari Siam. Walaupun mereka dikategorikan sebagai orang Siam tapi kami menganggap mereka sebagai sebahagian dari "orang kita". panggilan "oghe lek sano" atau "orang dari sana adalah panggilan biasa untuk mereka. Persamaan dari segi bahasa (loghat Kelantan), budaya dan agama menjadikan mereka sebahagian dari orang kita.
Mar 25, 2010
Me, myself and ...
Minggu ni aku berpeluang untuk menghadiri satu kursus yang dipanggil PCP. Kursus ini boleh dikira agak unik kerana setiap peserta akan menghadiri 2 hari kursus + satu sesi kaunseling.
Hari tiba giliran aku untuk menghadiri sessi kaunseling dengan fasilitator dari PERMATA. Semua perbincangan berdasarkan MAPP test yang dah dibuat seminggu sebelum ni. Semua analisis dibuat setelah aku menjawab 71 soalan yang disediakan.
Setakat ini semua analisis mengenai aku adalah 80% betul. Harap-harap aku boleh mengunakan kekuatan yang aku ada sepenuhnya dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti. Kadang-kadang aku rasa kursus ni macam tuk nujum ada lah - orang lain menceritakan tentang kita secara details walaupun ini kali pertama beliau jumpa kita. Anyhow aku enjoy join kursus ni.
Kursus dah join, input and output dah dapat, jadi langkah seterusnya muhasabah diri dan memperbaiki mana-mana yang dikenal pasti.
Kita adalah kita sebagaimana orang kata kita itu kita
dan
Kita bukanlah kita sebagaimana kita kata kita itu kita
p/sSimba, pengalaman yang dikongsi bersama sepanjang kursus ini begitu berharga. Mimpi itu boleh dicapai jika kita berusaha tanpa jemu untuk mencapainya.
Hari tiba giliran aku untuk menghadiri sessi kaunseling dengan fasilitator dari PERMATA. Semua perbincangan berdasarkan MAPP test yang dah dibuat seminggu sebelum ni. Semua analisis dibuat setelah aku menjawab 71 soalan yang disediakan.
Setakat ini semua analisis mengenai aku adalah 80% betul. Harap-harap aku boleh mengunakan kekuatan yang aku ada sepenuhnya dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti. Kadang-kadang aku rasa kursus ni macam tuk nujum ada lah - orang lain menceritakan tentang kita secara details walaupun ini kali pertama beliau jumpa kita. Anyhow aku enjoy join kursus ni.
Kursus dah join, input and output dah dapat, jadi langkah seterusnya muhasabah diri dan memperbaiki mana-mana yang dikenal pasti.
Kita adalah kita sebagaimana orang kata kita itu kita
dan
Kita bukanlah kita sebagaimana kita kata kita itu kita
p/sSimba, pengalaman yang dikongsi bersama sepanjang kursus ini begitu berharga. Mimpi itu boleh dicapai jika kita berusaha tanpa jemu untuk mencapainya.
Mar 12, 2010
Happy 4th Annivesary Sayang
Hari ni genap 4 tahun usia perkahwinan aku. Sekejap saja masa berlalu. Dalam tempoh itu aku dikurniakan dengan sepasang cahaya mata yang begitu indah di mata aku.
Terima kasih sayang kerana menerima aku seadanya dan menjadi teman, sahabat dan isteri yang begitu setia dalam mengharungi hidup bersama.
Terima kasih sayang kerana menerima aku seadanya dan menjadi teman, sahabat dan isteri yang begitu setia dalam mengharungi hidup bersama.
You're The One That I Love
You touch my life with so much love,
In your own gentle way. . .
Your trust and your belief in me
Support me, day by day. . .
You're the special inspiration
For my brightest hopes and dreams. . .
And when I need someone to care,
You're always there, it seems.
You're my friend, my love, my sweetheart,
And my happiness, it's true. . .
For you're the one that I love,
And will my whole life through!
Happy 4th Annivesary
Feb 10, 2010
Teringat
Semalam jiwaku terasa begitu syahdu merindukan mereka semua yang telah lama meninggalkan kita. Hakikatnya memang mereka telah tiada tapi susah betul nak melupakan mereka. Aku tak dapat nak berkongsi segala kejayaan dan kegembiraan aku bersama mereka.
Ayah...
Kak Dah...
Abe Ju...Matayi...
Cik Su...
Adik Mie...
Ipan...
Jan 25, 2010
Ujian
Mula-mula... Badan seram sejuk,
Lepas tu pening-pening,
Kepala berdenyut-denyut,
Selsema sikit-sikit,
Susah nak bernafas
sakit urat satu badan...
Lepas tu pening-pening,
Kepala berdenyut-denyut,
Selsema sikit-sikit,
Susah nak bernafas
sakit urat satu badan...
Ini bukan simpton-simpton ibu-ibu mengandung tapi inilah hakikatnya keadaan aku minggu lepas.
Itulah tanda demam nak datang, kali ni demam datang lagi. Mungkin berjangkit dari demam dan selsema my little princess dan prince. Adoiii demam datang tak kena pada masa betul. Dah la masa ni tahap kesibukan ermmm Tuhan saja yang tahu... Seboleh-bolehnya aku nak mengelak dari MC tapi akhirnya Jumaat tengahari aku terpaksa jugak MC.
Nak buat macamana. Sepatutnya aku tak boleh merungut. Ini tandanya Tuhan sayangkan aku. DIA datangkan penyakit ni sebagai ujian untuk aku. Atau pun aku terlalai atau terpesong dari jalan kebenarannya.
Jan 23, 2010
Aktiviti di hari minggu
Hari ni aku kena jaga kedua-dua my little princess dan prince. Mamanya kena ke sekolah. Ada program sampai tengahari (sapa kata kerja sebagai cikgu senang dan dapat rehat lama). Pagi-pagi lagi aku bawak diaorang kat luar rumah, Bukan main suka lagi diaorang dapat bebas bermain kat luar rumah. Kalau my little princess sibuk dengan basikal merahnya my little prince lak tak nak kalah dengan motorsikal dia tapi yang lucunya bergerak ke arah belakang je. Tak pandai nak ke depan.
Yang kelakarnya bila dgn aku kedua-duanya tak buat perangai tapi bila dengan mamanya habis bersepah-sepah rumah dibuatnya. Ikut kata mamanya diaorang akan ikut kata aku berbanding kata mamanya. Garang ke aku ni?
Lapang rasa dada dapat meluangkan masa dengan anak-anak ni. Hilang segala letih atau kerisauan bila tengok diaorang gelak ketawa.
Jan 18, 2010
Tazkirah Jumaat: Komen membina
Ada sesetengah kawan-kawan yang sempat singgah di blog aku komen, kenapa asyik post tazkirah Jumaat yang diambil dari artikel orang lain?
Jawapannya senang je, kalau nak jawab secara sempoi aku akan jawab, "ikut suka akulah, ni kan blog aku".
Tapi kalau nak jawab secara sopan dan berhikmah dan penuh berdiplomasi, aku akan jawab, " Ilmu yang aku dapat seboleh-bolehnya aku nak kongsikan bersama, Bukankah bagus kalau kita dapat berkongsi benda-benda yang berguna dan bermanafaat bersama-sama. Aku ni dalam proses untuk belajar jadi apalah salahnya aku cedok sikit ilmu-ilmu dari yang lebih alim dan mengetahui. Takut tersilap nanti dikatakan ajaran sesat pulak.
Apa-apa pun aku akan terus berkongsi tazkirah Jumaat yang aku dapat bersama-sama. Seboleh-bolehnya tazkirah yang aku paparkan di dalam bentuk cerita supaya kesannya lebih kalau dibandingkan tazkirah biasa. Semoga aku mendapat pahala bila benda baik yang baik aku kongsikan itu diamalkan oleh pembaca.
“Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.” – Imam Malik bin Anas [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.]
Jan 15, 2010
Sesak Nafas Di Tahun Baru
Hari ni baru hari ke 15 kita masuk ke tahun baru 2010. Tapi aku dah terasa sesak nafas. Kenapa yea? Adakah aku ni :
tak pandai manage kerja aku betul-betul?
kantoi dalam time management yang selama ni
aku dapat kawal?
penyakit procrastination masih berbaki?
Ada betul jugak, dulu masa kecil walau sesibuk mana pun arwah ayah aku, dia still ada masa untuk bermain dengan anak-anak. Hujung minggulah (di Kelantan cuti pada hariJumaat dan Sabtu) yang paling di tunggu. Salah satu sebabnya sebab tak sekolah dan satu lagi sebab masa nilah arwah ayah akan kerahkan anak-anaknya untuk berkebun ke basuh kereta ke atau apa-apa saja aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Dulu satu ketika aku mempunyai ramai abang dan adik. Bukan macam sekarang ermmmm.
tak pandai manage kerja aku betul-betul?
kantoi dalam time management yang selama ni
aku dapat kawal?
penyakit procrastination masih berbaki?
penyakit malas yang menebal?
tekanan dan bebanan kerja yang semakin
bertambah?
bertambah?
Hanya aku yang dapat menentukan yang mana satu yang betul dan mana yang salah. Kena muhasabah diri sendiri, melihat apa yang tidak betulnya dalam kehidupan seharian aku akhir-akhir ini. Prestasi kerja kena sentiasa berada dalam keadaan "tip top". Kerana melalui kerja inilah aku menyara keluarga aku. Walau apa pun aku kena pandai peruntukkan masa berkualiti dengan keluarga. Kerja-kerja jugak tapi jangan sekali-kali abaikan keluarga. Kedua-duanya kena seimbang.
Ada betul jugak, dulu masa kecil walau sesibuk mana pun arwah ayah aku, dia still ada masa untuk bermain dengan anak-anak. Hujung minggulah (di Kelantan cuti pada hariJumaat dan Sabtu) yang paling di tunggu. Salah satu sebabnya sebab tak sekolah dan satu lagi sebab masa nilah arwah ayah akan kerahkan anak-anaknya untuk berkebun ke basuh kereta ke atau apa-apa saja aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Dulu satu ketika aku mempunyai ramai abang dan adik. Bukan macam sekarang ermmmm.Anyhow aku kena ambil arwah ayah aku sebagai model untuk jadi seorang ayah yang terbaik. Arwah ayah seorang yang garang, tegas, pendiam dan pada masa yang sama seorang yang kelakar dan peramah.
Jan 11, 2010
Alhamdullilah: Doa Pertama
Malam tadi selepas Maghrib, sayang panggil aku. Terkejut gak apa kebendanya. Rupa-rupanya nak bagitahu satu berita baik. Seperti biasa sebelum makan kami selalu mengajar my little princess baca doa tapi malam tadi dia sendiri baca keseluruhan doa makan. Alhamdullilah sejuk hati mendengarnya.
Budak-budak di awal-awal umur macam ni senang untuk menyerap apa sahaja yang di ajar dan didengari di sekelilingnya.
Moral of the stories: Kalau nak marah atau bercakap tu pastikan perkataan yang di keluarkan tu bukan perkataan yang bukan-bukan.
Dec 18, 2009
Tazkirah Jumaat: Syukurilah nikmat dan kenalilah nikmat
Aku betul-betul rasa sebak bila membaca email tazkirah dari Ustaz Zuriat. Betapa anugerah anak kepada kita sepatutnya disyukuri bukan dikesali. Selalunya kita akan merasa menyesal bila sesuatu benda itu sudah berlalu pergi tapi ketika di depan mata sedikit pun tidak dihargai. Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ni.
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.
Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.
Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.
Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah. Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.
Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.
Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.
Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat. Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.
"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya. Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."
Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
"... Abang janji tak akan buat lagi."
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.
"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."
"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.
Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.
"Anak puan ... Telah meninggal dunia."
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.
Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.
"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..." Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.
Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.
Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.""Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.
**********
Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.
Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.
Dec 14, 2009
33 Tahun
Hari ni bertambah satu lagi angka dalam hidup aku. Angka 33 membawa 1001 makna dalam hidupku. Angka yang menandakan satu lagi pertambahan dalam hidupku. Satu angka yang sepatutnya menjadikan aku seorang insan yang sudah matang dalam menjalani hidup seharian.
Banyak yang aku sudah kecapi dalam hidup ni terutama setelah alu menjejak kan kaki ke bumi Sri Iskandar ni. Ibarat aku membuka satu lembaran baru dalam hidup. Di sinilah kereta pertama aku beli, anak pertama dan kedua dan seterusnya (hehehehe) dan rumah pertama yang aku miliki dari titik peluh sendiri. Aku berharap dan berdoa agar dengan bertambahnya umur aku ini menjadikan aku seorang insan, suami dan kawan yang betul-betul berkualiti. Insyaallah.
Terima kasih kepada semua yang wish birthday kepada aku samada melalui sms, call, email dsb. Aku sayang kat kalian semua.
Dec 10, 2009
Selamat Pengantin Baru Kawan-kawan
Musim cuti sekolah hujung tahun nih banyak aku terima jemputan walimatulurus dari kawan-kawan sekerja, sedara dan jiran yang baru nak mendirikan rumah tangga.
Musim di mana bunga manggar ada di mana-mana,
musim dimana bunyi kompang dimana-mana,
musim dimana jari-jari mempelai diinai berseri,
musim teruna dan dara disatukan,
musim yang bujang menempuhi alam baru
Teringat lah pulak kenangan manis masa aku bergelar raja sehari dulu hehehehe
Banyak jemputan dari kawan sekerja bermula dengan Cik Puan Hellina, Cik Puan Fifi, Midi, Khalid dll tak dapat aku penuhi kerana bermula dari 9 Nov-4 Dec aku kerja 7 hari seminggu. Takpe2 Insyaallah hadiah akan menyusul kemudian. Jemputan Midi dan Puteh/Cik Puan Suhana akan cuba aku penuhi ketika majlis di pihak lelaki pada 19hb (Midi) ni dan 27hb(Puteh) ni.
Kepada yang baru menempuh hidup baru sebagai suami atau isteri, aku doakan kalian semua sabar menempuhi segala dugaan dalam hidup berumahtangga. Ada masa gembira dan ada masa suram. Kita dan pasangan kita harus saling melengkapi dan menerima pasangan masing-masing seadanya.
Ya Allah Ya Tuhan Kami
satukan hati kedua mempelai ini
seperti Engkau satukan hati Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha dan
seperti Engkau satukan hati Junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W & Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati kamu berdua serta mengjimpunkan kamu berdua
kebaikan dan keberkatan di dunia & di akhirat
Tahniah semua
Subscribe to:
Posts (Atom)

























