Aug 28, 2010

Sekali sekala tukar selera

Hujung minggu ni aku pi ke KL. Tujuan utamanya untuk bertemu kawan-kawan (reunion) dan agenda lainnya apa lagi shopping raya lah. Tapi agenda kedua tu lebih ditujukan kepada isteri terchenta hehehehe


Syam dan isteri pilih Restoran Hadramwt, restoran makanan Yamen. Kalau ikutkan menunya  memang lain dari yang lain.


Kawan-kawan lain; pengantin baru, Musa dan isteri pulak tarik diri di saat-saat akhir kerana terpaksa balik ke Johor, ada kecemasan katanya. Din dan keluarga pulak balik ke Pahang. Hanif, Chekeng (Syuk) dan Rahman pun tak dapat join sama. Jadi tinggal famili aku dan Syam jelah. Nak buat camana dah yang lain tak berkesempatan join sama. Takpe Syam... tahun depan kita cuba kumpulkan lagi.





Aug 17, 2010

Business / Family Trip

Dalam bulan Ramadhan tahun ni aku dapat peluang bawa family bersama semasa business trip ke Pulau Pinang dan Kedah. Masin betul mulut ibu mengandung ni yea. Rasa-rasanya baru je dia menyebut hendak berjalan ke Pulau Pinang. Tercapailah hasrat dia. Kira tak kempunan lah yea.

Kami bertolak menuju ke destinasi pertama iaitu Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tak sampai 2 jam dah sampai ke Seberang Jaya. Sementara menunggu masa untuk check in hotel, sempat lagi kami berjalan-jalan di Sunway Carnival Mall yang terletak bersebelahan dengan hotel kami. Suasana raya memang terasa di situ terutama bila dengar lagu raya yang di pasang. Tapi yang lawaknya mereka pasang lagu raya siap dengan takbir raya lagi tuh. Haru betul dibuatnya...



Destinasi kedua kami ialah pasar Chowrasta (betul ke aku eja nih) di pulau. Perjalanan pergi-balik ke sana mengunakan feri je memandangkan jeti feri terletak tak jauh dari hotel. My little princess & prince bukan main seronok lagi dapat naik feri. Terhibur aku tengok gelagat kedua-duanya. Nasib baiklah jalan di dalam bandar taklah sibuk sangat. Senang je aku dapat parking berhampiran dengan Pasar Chowrasta. Pasar ni memang terkenal dengan jeruk-jeruk yang pelbagai. Ermmm isteri aku apalagi terus borong sakanlah hehehehe...

Selepas habis program pada tengahari hari kedua, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Petani yang memakan masa lebih kurang 30 minit dari Kepala Batas. Cantik betul pemandangan di kiri kanan lebuhraya yang dipenuhi dengan sawah padi yang menguning. Mungkin sekarang ni musim padi masak kot. Tenang betul rasanya.


Alhamdullilah senang pulak kami cari hotel penginapan yang kedua ni. Lokasi kerja kedua ni terletak di Merbok kira-kira 20 minit dari bandar Sungai Petani. Di Sungai Petani, banyak terdapat cawangan kedai HPA (Herba Penawar Wahida) dalam pelbagai sektor terutama restoran makanan segeranya iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Kira-kiranya kawasan ni sebagai kawasan tumpuan kumpulan syarikat ni kot.


Malam terakhir di sana aku sempat berjumpa dengan kawan lama satu sekolah & universiti. Ni kira pertemuan jejak kasihlah kira-kiranya setelah hampir sepuluh tahun tak berjumpa. Rumah dia tak jauh dari hotel penginapan aku (tak sampai 5 minit).Meriah betul rumah dia maklumlah dia dah ada 5 orang anak (sangat produktif). Lama betul kami berborak, mengimbau kenangan-kenangan lama. Tak sangka betul lah dapat jumpa dia.
Salah satu Mall yang sempat aku singgah. Dari luar nampak hebat tapi bila masuk, lengang semacam je

Aug 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan

Salam.
Marhaban ya Ramadhan!!
Kullu am wa antum bikhair!

Hadirnya Ramadhan membuktikan kasihnya Ilahi..
Memberi manusia segala harapan besar mncari redha..
Ibadah dan nikmah kehidupan diberinya pasti menanti..
Istimewa untuk umat yang menadah tangan terbuka..

Maafkan kesalahan daku..
Kerna daku ini hamba dagangan..
Moga segala kurnia maaf dari kamu..
Menjadikan hidupku penuh dengan limpahan iman..

‘Nawaitu sauma ghodin an ada’ie..fardhu syahri.. romadhona.. hazhihi thanati..Lillahi Ta’ala..’

Aug 3, 2010

Balik kampung

Kalau nak di ikutkan rutin balik kampung aku hanya pada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan sekali sekala pada cuti sekolah. Tapi kali ni aku dapat balik kampung pada hujung minggu  pulak. Ermm terasa macam nak balik beraya kat kampung pulak (posa pun belum mula lagi nih hahahahahaha).

Aku dan family sempat stay kat kampung dari hari Sabtu-Isnin. Walaupun sekejap cukupah aku melepaskan rindu pada family yang dah lama tak jumpa. Chik, Ma & Ayah pulak sempat lah bermanja dengan cucu mereka yang jarang balik kat kampung. Sekarang ni tengah musim buah kat Kelate terutama durian , apa lagi kalu dapat makan pulut durian. Emmm puas betullah dapat pekena durian kampung.



Jul 19, 2010

Ke sana lagi

Petang khamis aku mendapat perkhabaran aku kena mengantikan opis mate ke Cameron Highland untuk menghadiri workshop selama dua hari (Sabtu dan Ahad). Nih peluang yang baik nih, 2 dalam satu; bekerja dan bercuti.

Kali nih aku bawa family aku ke sana. Maklumlah program di buat pada hari Sabtu dan Ahad dan setiap peserta mendapat satu bilik seorang di Heritage Hotel, Tanah Rata. Ok lah jugak lokasi tuh. Senang nak berjalan dan dekat dengan tempat menarik di Tanah Rata. Dalam kesibukan aku berkursus sempat lagi curi masa bawa family berjalan di Tanah Rata dan pasar malam di Berincang.

Cuaca kali lebih sejuk sebab hujan turun pada petang sabtu. Kan best kalau cuaca di Sri Iskandar macam nih hehehehe

Sebelum balik aku singgah di Cameron Valley Teh Plantation. Kalau nak dibandingkan jauh lebih cantik ladang Teh Boh di Sungai Palas.

Apa pun semua pulang dengan hati gembira dapat menghabiskan hujung minggu di Cameron Highland.



Jun 22, 2010

Rahman kawin yea Rahman kawin yea


Pagi tadi aku mendapat berita gembira, kawan baik ku Rahman dah berkahwin rupanya. Bukan main segan lagi dia nak bagitahu kat semua orang. Apalah nak disegankan, nak buat benda baik tuh. Rahman dari dulu sampai sekarang tak berubah perangainya. Segak betul nampaknya pengantin lelaki nih. Selamat Pengantin baru Rahman.

Untuk dua lagi jejaka idaman Malaya, Mr. Khayrol dan Mr. Eq bila lagi nak jemput makan nasi Minyak di Terengganu dan Gombak yea?

Jun 19, 2010

Doa Untuk Ibubapa : Selamat Hari Bapa

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


 
Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Selamat Hari Bapa untuk ayah yang disayangi, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin
Al-Fatihah 

Jun 18, 2010

Doa Kedua

Alhamdullilah my little princess dah hafal doa kedua iaitu doa nak tidur. Oklah tu, cuma dia liat sikit bila mamanya nak ajar Iqra'. Adiknya, my little prince pun dah boleh sebut hujung-hujung perkataan bila aku ajar kakaknya ABC dan mengira.

Abah sayang Kak Bellah & Rayyan

Jun 11, 2010

Tazkirah Jumaat: Sinar Cahaya Ayat Al-Kursi


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring d tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya sehingga subuh.

  2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

  3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketila hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

  4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar , pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

  6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

  7. Baramg siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

Jun 10, 2010

Kawin-kawin



 Zaim & isteri
 Kamarul Nizam & Dila
 Musa & Liyana
Bulan ni beberapa kawan aku melangsungkan perkahwinan. Kalau nak di kira mereka antara yang terlewat kahwin. Takpe terlewat jangan tak kahwin langsung sudahlah. Aku sempat pergi ke majlis kahwin Musa saja di Felda Midoi, Segamat Johor. Untuk kawan-kawan yang lain Zaim dan Tear sori  tak dapat nak attend majlis kahwin kalian.
Untuk Rahman pulak betul ke ko nak kahwin tak dapat kad jemputan pun ermmmmm




"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan."

Jun 9, 2010

Cuti Sekolah

Akhirnya... setelah sekian lama aku menulis kembali.

Terasa segar setelah 5 hari bercuti . Bukan selalu pun dapat rehat macam nih. Kali ni aku dan keluarga bercuti di Johor dan Melaka. Asalnya aku dapat jemputan kahwin di Felda Midoi di Segamat, jadi alang-alang ke sana ambil cuti lama sikit boleh lah enjoy sikit.

Seronok betul di kenduri kahwin tu sebab dapat berjumpa kawan-kawan lama yang hampir sepuluh tahun tak jumpa. Masing-masing dengan keluarga masing. Luculah pulak bila teringat kenangan lama ketika kami semua masih study kat UIA.

My little princess dan prince nampaknya enjoy cuti kali ni, mana tak nya sempat lagi kami singgah mandi sungai di hutan lipur Gunung Ledang. Di Melaka pulak isteri tersayang mengimbau kembali kenangan ketika dia mengajar di sana. Kami sempat singgah di Quaters guru di Padang Temu, Maktab dan SK Air Molek. Hampir dua tahun jugak isteri mengajar di sana dan dalam tempoh itu juga lah aku berulangalik setiap petang Jumaat dari Perak ke Melaka. Rasa tak percaya pun ada. Alhamdullilah sekarang semuanya dah berlalu.


Di Melaka macam hari cuti yang biasa sentiasa penuh dengan pelancong-pelancong. Memang berbaloi kalau bercuti di Melaka. Semua tempat menarik terletak berdekatan antara satu sama lain. Cuma yang sedihnya kerana terlampau ingin menarik pelancong banyak bangunan-bangunan lama digantikan dengan bangunan baru yang lebih komersil. Sebagai contoh Padang Pahlawan yang bersejarah sudah digantikan dengan Padang Pahlawan Megamall, cuma dibumbung Megamall masih dikekalkan padang.

Insyallah kalau ada kelapangan aku akan ke Tanjung Bidara pula nanti...

Selamat Pengantin Baru Musa...

May 12, 2010

Happy Birthday My beloved brother Matayi

Missing You


There is so much I wish to say
I think about you every day
I miss your laugh
I miss your smile
Neither lost nor forgotten...
I imagine them often
It just doesn’t seem real that you’re not around
I still look for you when I’m in town…
I’ll never forget on the 25th of July...
As I sat on the curb, tears filled my eyes….
I found myself looking for you…..
Until I realized what was true...
I will never again see your wave and your smile...
We won’t stand on the street and visit for a while…
No “how you doing Bro” with a big hug to follow….
No “what are you doing tonight” or “I’ll see ya tomorrow”…
All of these things, I cherish so dearly …
In my heart, I remember so clearly…
I still talk to you ...
I know you can hear me…
Today I spoke of you and before I finished my sentence….
I could feel your presence...
Then .. a coincidence, or was it a sign?
The song that reminds me of you began to play…
As If you knew I was thinking of you this day...
I smiled.. feeling you were there with me …
Again... I sat remembering…
Tears filled my eyes as I listened to the song.
But this time I accepted that you are gone.

Four years later..
Seems like forever….
I’ve asked myself and I’ve talked to God…..
How could he take you away for so long?
The only answer that makes any sense is ….
You’re in God’s hands now…
As he planned
Watching us from above…
An Angel in heaven who will always be loved.

Source: http://www.familyfriendpoems.com/death/poetry.asp?poem=18058


Happy Birthday adik abang yang abang sayang, Matayi.
Al-Fatihah

May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk bonda dan isteri tersayang.

Tak perlu menunggu hari ibu, untuk bilang “Saya sayang Ibu”……
Tak perlu menunggu hari ibu, untuk memeluknya……
Tak perlu menunggu hari ibu, untuk memberikan kad terbaik juga hadiah kecil buatnya…..

terbayang satu wajah penuh cinta penuh kasih
terbayang satu wajah penuh dengan kehangatan
cahaya hidupku, penerang jalanku
kaulah irama dalam laguku

tak harap kembali
bagai sang surya menyinari dunia
kata mereka diriku selalu dimanja
kata mereka diriku selalu ditimang

you may say i have no one,to cover me under the sun
you only get it from your mom



Apr 25, 2010

Happy Birthday my little princess



Hari ni genap 3 tahun umur my little princess. Rasa-rasa baru je lagi aku temankan my luvly wife selama 2 bulan setengah kat hospital. Well masa akan terus berjalan samada kita sedar atau tidak.

My little princess sekarang ni dah besar. Dah jadi seorang kakak yang tegas (atau garang). Selalu my little prince kena marah. Ermmm ikut perangai sapa ni yea hehehehe

Kak Bellah (dari mana lah dia dapat idea nak panggil diri dia nih) ni betul-betul anak abah. Dia cakap adiknya bukan anak abah tapi anak Mama. Dia nak bolot sorang-sorang je abah dia. Kalau apa-apa terus mengadu kat abahnya. Bila tidur nak abah ada kat sebelah je. Kalau abah lama outstation mulalah demam rindu.

Kak Bellah, abah sayang kat kakak. Jadilah seorang anak yang solehah yea. Muahhhhhh


Mar 30, 2010

Sawatdee Khrab


Sekarang ni aku tengah lepak sorang2 di "kedai kopi" kat KLIA sementara menunggu flight boarding. Ada lebih kurang dua jam lagi sebelum boarding.

Dua minggu lepas aku dapat email appointment sebagai administrator untuk pemilihan pelajar di Thailand. Benda pertama yang terlintas macamana keadaan kat sana? Selamat ke? dan macam2 lagi.
Akhirnya setelah dapat safety green light  dari HQ aku mula buat persediaan untuk ke sana.

SeKalau tidak dikaitkan dengan rusuhan red army  dan yellow army Thailand/Siam memang terkenal sebagai satu negara yang begitu unik yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional orang Asia. Kalau Malaysia menggunakan slogan "Malaysia Truly Asia" tapi negara gajah putih pula mengunakan slogan yang begitu menarik iaitu "Land of thousand smile".

Semasa di sekolah dulu aku banyak mengenali kawan-kawan dari Siam. Walaupun mereka dikategorikan sebagai orang Siam tapi kami menganggap mereka sebagai sebahagian dari "orang kita". panggilan "oghe lek sano" atau "orang dari sana adalah panggilan biasa untuk mereka. Persamaan dari segi bahasa (loghat Kelantan), budaya dan agama menjadikan mereka sebahagian dari orang kita.

Tapi persamaan ini hanya terhad kepada masyarakat di selatan Thai sahaja kerana di wilayah-wilayah inilah mereka masih menggunakan bahasa Melayu.

Apa yang aku harapkan dari trip ni? Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.