May 27, 2011

Kerja & Amanah

Aku adalah insan biasa dan tidak sesempurna orang lain dari setiap segi. Tapi aku sentiasa berusaha keras agar aku menjadi seorang insan yang berguna. Berguna kepada agama, masyarakat, tempat kerja, keluarga dan diri sendiri. kali ini aku tidak ingin melihat jauh. Aku mahu lihat adakah aku telah menjalankan kerja sepertimana yang sepatutnya.

Kerja itu adalah satu amanah. Sesuatu amanah sepatutnya di jalankan dengan sepenuh hati dan di jaga seperti kita menjaga nyawa kita sendiri.  Sesetengah daripada kita hanya menunggu "pay day" untuk mendapat gaji tanpa mengira adakah kita berhak ke atas setiap sen yang kita dapat itu. Adakah kerja yang kita lakukan seperti yang sepatutnya kita lakukan.

Masih banyak yang perlu aku perbaiki diri. Aku perlu mengambil kira komen-komen, pendapat kawan sekerja jika aku ingin menjadi seorang pekerja yang betul-betul menjalankan amanah kerja yang diberikan.

p/s Entah apa benda yang aku tulis malam ni. Sekadar menaip apa-apa yang terlintas.

Apr 18, 2011

Masa itu emas


Kebelakangan ni aku selalu kesuntukan masa. Bukan aku sengaja menangguhkan kerja tapi terlampau banyak benda yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

Aku tak boleh gelabah, relax.... settle satu persatu kena make sure semuanya  done in time.

ermmmmm   You can do it

Apr 5, 2011

Happy Birthday my dear Abang Zaid

A brother is a little piece of childhood that can't ever be lost.
Thanks for being there for me through the years.
A brother is a special gift.
I'm so glad that God gave me a brother like you.
There is no other brother like you.
A brother is a friend for life.
I'm so grateful that I have you as a brother.
We are brothers for life.
Everything important that I learned, I have learned from you.
Happy birthday to a wonderful brother and good friend.
Happy birthday to my favorite brother.
A better brother you couldn't be.

Mar 31, 2011

Andai Ku Tahu



Di usia ku aku telah banyak melihat orang-orang yang aku sayang meninggalkan aku.
Kita tidak tahu bila saat kematian akan datang.
Mungkin kita kira usia kita masih muda dan masih sempat lagi bertaubat bila usia sudah lanjut.
Kematian itu datang tanpa mengira usia. 
dan adakah aku sudah bersedia...

Mar 19, 2011

Pusara Di Lebuhraya

Minggu ni banyak masa aku dihabiskan di jalanraya. Bermula dari ;


Bandar Sri Iskandar, Perak - Kota Bharu, Kelantan (12 March)
Kota Bharu, Kelantan - Kuala Terengganu, Terengganu (13 March)
Kuala Terengganu, Terengganu - Bandar Sri Iskandar, Perak (14 March)

Bandar Sri Iskandar, Perak - Kota Bharu, Kelantan (17 March)
Kota Bharu, Kelantan - Bandar Sri Iskandar, Perak (19 March)

Lenguh satu badan dibuatnya terutama journey dari KT ke Bandar Sri Iskandar. Bertolak dari pukul 10 pagi dan sampai jam 5.00petang fuhhh

Alhamdullilah takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Selagi aku tak sampai ke destinasi selagi itu Cik tak senang duduk. Dia risau memandangkan akhir-akhir ni hujan dan jalan licin. dan peristiwa jiran kami yang baru saja kehilangan anaknya yang balik dari Kuantan ke KB untuk berkahwin. Majlis menyambut menantu akhirnya digantikan dengan majlis tahlil.
Atau mungkin Chik masih lagi trauma peristiwa 5 tahun dulu.


Mar 12, 2011

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-5


Hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan aku dengan my beloved wife, Maznah. Dalam 5 tahun ni banyak susah senang yang sama-sama kami lalui.

Terima kasih sayang ....
kerana menerima abang seadanya.
kerana sentiasa menyokong abang setiap saat dan membahagiakan abang.
kerana memberi 3 cahaya mata yang sungguh comel.

Terima kasih di atas segala-galanya.





Jan 13, 2011

Happy 36 Birthday My Dear Brother

In My Mind

by Jenn Farrell

Somewhere in my dreams tonight
I'll see you standing there
You look at me with a smile
"Life isn't always fair"
You say you were chosen for his garden
His preciously hand picked bouquet
"God really needed me,
That's why I couldn't stay"
It's said to be that angels
Are sent from above
I've always had my angel
My brother - whose heart was filled with love
Wherever the ocean meets the sky
There will be memories of you and I
When I look up at that sky so blue
All I see are visions of you

"While there's a heart in me, you'll be a part of me."


Al Fatihah

 

Jan 4, 2011

Hari Pertama My Little Princess ke Sekolah



Semalam dan hari ni aku ambil cuti. Cuti yang akan aku habiskan untuk menghantar my little princess ke sekolah. Tahun ni genap 4 tahun umurnya dan di PASTI di tempat aku pula allocate beberapa tempat untuk kanak-kanak berumur 4 tahun.

Semalam cuma hari pendaftaran saja, hari ni hari pertama my little princess akan aku tinggalkan. Mula-mula tu berdebar juga rasanya memandangkan aku tak tahu macamana reaksi dia bila ditinggalkan di suasana baru dan orang-orang yang dia tak kenali. Cikgu-cikgu meminta semua ibubapa beredar jam 9.00 pagi.

Tapi Alhamdullilah dia dapat tempuhi hari pertama dengan seronoknya. Balik ke rumah tak habis-habis bercerita pasal sekolah barunya. Bangganya aku rasa bila tengok dia bersemangat bangun pagi dan bersiap-siap ke sekolah.

Abah doakan Umairah jadi anak yang solehah. Amin

Jan 2, 2011

Happy Birthday Kak Dah

A poem for my sister...


-Higgins Pineda

To lose a sibling is to lose oneself, For a part of me is gone, And now I'm left to reminisce As I try to carry on. The thought of you not being here Has torn my world apart, Yet everyday I feel you near; a blessing to my heart. Your memory comforts me today In ways I wish you knew, But tears are falling from the pain That comes from losing you. I see your face in the morning sun And in the moon at night, I wonder how you're feeling now, I pray that you're alright. And one day when my time has come To soar with eagles wings... We'll be joined forever more To laugh, to live, to sing.

Always in our hearts....
Al-Fatihah

Dec 26, 2010

Welcome aboard my little princess

Alhamdullilah hari ni aku menyambut kelahiran ahli baru dalam keluargaku , Nor Zara Aleesha. Aku dikejutkan oleh isteriku jam 3 pagi mengatakan yang dia sudah rasa sakit dan tanda-tanda hendak bersalin sudah ada. Sepatutnya my little princess lahir tahun depan, lagi dua minggu.Due date nya sama dengan tarikh lahir Su Yan ; 5 Januari. Mungkin my little princess dah tak sabar mahu melihat dunia.


Kali ini aku berpeluang untuk menemani isteri tersayang di waktu-waktu genting ketika saat bersalin. Begitu sakitnya hanya Allah yang mengetahui. Terima kasih sayang kerana begitu sabar menghadapi saat-saat ini. Patutlah Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Pengorbanan ibu yang mengandung selama 9 bulan dan diikuti sakit ketika bersalin begitu perit. Ibu adalah sekuat-kuat insan yang boleh tahan dengan segala-galanya.Dari pagi kami sekeluarga berkampung di Ipoh Specialist Hospital dan akhirnya tengahari isteriku selamat melahirkan seorang lagi puteri dalam keluargaku.

Semoga Nor Zara Aleesha menjadi anak yang solehah. We all love you so much.

Dec 13, 2010

34 tahun dah berlalu

Pejam celik pejam celik hari ni umur aku genap 34 tahun. Alhamdullilah di atas nikmat Tuhan yang membenarkan aku bernafas hingga ke saat ini. Apa pencapaian aku selama ini? Kalau secara luarannya hidup aku sudah hampir lengkap. Aku mempunyai keluarga yang bahagia (dan di saat ini tengah menunggu ketibaan seorang lagi ahli keluarga baru yang di jangka pada 5hb Januari 2011), kerjaya yang stabil dan kawan-kawan yang begitu supportive.

Macamana dengan amal ibadat aku, Adakah cukup segala amal ibadat aku yang di kerjakan selama umurku 34 tahun. Ermmmmmm

Quality Day

Alhamdullilah minggu ni aku dapat berehat di rumah setelah beberapa minggu yang lepas aku sibuk dengan kerja. Kualiti boleh di terjemahkan dalam berbagai cara. Bagi aku setiap saat yang dihabiskan bersama keluarga adalah saat-saat yang berkualiti memandangkan banyak masa aku dihabiskan di pejabat. Hari ni aku akan berehat bersama keluarga sambil melayan karenah-karenah anak-anak ku yang akif dan sentiasa ingin menarik perhatian abahnya yang jarang-jarang ada di rumah hehehehehe

Pagi: Breakfast bersama-sama di kedai mamak
Tengahari: Basuh kereta dan berkebun dibantu oleh 2 pembantu kecil
Petang: Sambung lagi berkebun dan main dengan anak-anak
Malam: Berehat

Bagi orang lain takde yang istimewanya tapi bagi aku setiap saat bersama keluarga adalah saat yang paling mengembirakan.

Dec 10, 2010

Abang Uda - Happy Birthday to You!!!


Sorang lagi anak saudara aku sambut hari lahir pada bulan ni. Abang Uda a.k.a Mohd Amir Ajmal. Selamat Hari Lahir untuk Abang Uda yang sentiasa senyum "temewek". Jadi anak yang soleh dan mendengar kata abah & mama.




Tazkirah Jumaat: Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):





1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.