May 4, 2012
Apr 6, 2012
Mar 23, 2012
Kulim, Kedah
Aku mendapat posting untuk ke UniKL MSI di Kulim Kedah. Taklah jauh sangat perjalanan ke sana sekadar 172km. Ini kali pertama aku ke sana. Bandar Kulim Kedah terbahagi kepada dua bahagian iaitu badnar lama dan bandar baru. Kawasan ini berkembang cepat dengan adanya kawasan perindutrian Kulim dan beberapa Institut pengajian Tinggi. Tune Hotel pun ada membuka cawangannya di kawasan ini. Itu Menunjukkan potensi yang bagus untuk pembangunan Kulim.
Aku menginap di Hotel Seri Malaysia Kulim, satu-satunya hotel terbaik di kawasan ini. Sebelum ini aku banyak mendengar berita-berita yang kurang disenangi berkenaan servis di Rangkaian Hotel Seri Malaysia tapi Alhamdullilah sepanjang menginap di sana semuanya OK. Servis yang disediakan di sana sepatutnya boleh diperbaiki lagi terutama kepelbagaian menu sarapan pagi dan servis tambahan lain.
Kali ini aku ke Kulim untuk mewakili UTP ke Karnival Pendidikan Kerjaya. IPTA, IPTS & Kemahiran. Kira-kiranya untuk "menjual" nama UTP kepada bakal-bakal pelajar yang berpotensi. Sambutan cukup baik sepanjang aku di sana. Kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya. Rata-ratanya pelajar sudah mengenali UTP cuma pertanyaan banyak bertumpu kepada kelayakan masuk dan kos pengajian. Umum masih menganggap kelayakan masuk ke UTP terlampau tinggi jadi mereka takut untuk memohon dengan keputusan yang tak begitu bagus.
Aku sempat meronda-ronda di sekeliling bandar untuk melihat suasana bandar Kulim. Bahagian bandar lama begitu menarik untuk diterokai. Banyak bangunan lama masih dikekalkan. Jika di jaga dengan baik bangunan-bangunan ini boleh menjadi tumpuan pelancong sepertimana bangunan-bangunan lama di Kota SIngapura.
Mar 19, 2012
Percutian keluarga di Jakarta, Indonesia
Selepas berpenat lelah menguruskan kenduri my beloved little sister aku mengambil kesempatan membawa famili aku bercuti di Jakarta, Indonesia. Percutian selama 3 malam 2 hari.
Jakarta, ibu negara Indonesia memang satu kota yang besar dan dipenuhi oleh orang pada setiap masa. Berkepadatan penduduk sebanyak10,187,599, dapat kita bayangkan kemeriahan kota metropolitan ini. Kalau di lihat dengan mata kasar dapat dilihat perbezaan yang nyata di antara yang kaya dengan yang miskin. Golongan miskin dapat di lihat dimana-mana. Bahkan ditengah-tengah kesesakan (macet) jalanraya dapat dilihat pengemis dan penjual yang datang ke kereta untuk mengemis dan mejual barangan mereka. Boleh dikatakan mereka bekerja kuat untuk mencari rezeki di sini disebabkan persaingan antara satu sama lain dan jumlah penduduk yang padat di Kota Jakarta. Satu lagi dapat dilihat di jalan raya, jumlah motorsikal yang banyak mendominasi jalanraya dan bagi pemandu kereta, lori dan teksi pula hon menjadi satu kebiasaan. Satu lorong khas di khususkan untuk laluan bas (Trans Jakarta). Dan walaupun jalan begitu sesak mereka tidak akan memasuki laluan tersebut.
Di Jakarta aku dan famili memilih hotel penginapan di kawasan Mangga Besar. Dari bilik hotel aku dapat melihat dengan jelas Pelabuhan Tanjong Priok. Di sini aku boleh digolongkan dalam golongan jutawan (rupiah) hehehehehe.
Kami sempat melawat Monas (Monumen Nasional), Masjid Istiqlal, Stadium Gelora Bung Karno. Isteriku mengambil kesempatan untuk shopping sakan di sini terutama di pusat membeli belah "Tanah Abang". Harga di sini banyak berbeza dengan harga di Malaysia.
Mar 5, 2012
Trip Kerja sambil melancong ke Port Dickson
Hujung minggu lepas aku berpeluang ke Port Dickson. Bukan untuk berjalan-jalan tapi untuk kerja. Aku ke sana untuk menyertai Program Jom Masuk "U" peringkat Negeri Sembilan. Tarikh program kena pada hujung minggu jadi aku ambil pelunag untuk bawa sama famili ke sana.
Kami menginap di Regency Tanjung Tuan Hotel. Dapat pula bilik yang berkonsepkan apartment satu bilik, jadi selesalah sikit anak-anak bermain semasa aku bekerja.
Program habis jam 5 petang jadi sempatlah aku bawa famili meronda-ronda sekitar Teluk Kemang dan mandi pantai yang berdekatan dengan hotel penginapan. Anak-anak bila dapat main pasir dan main air macam dah tak ingat dunia. Rasa gembira sangat bila lihat gelagat mereka. Hilang rasa letih seharian bekerja.
Feb 10, 2012
Tazkirah Jumaat: Langkah menzahirkan cinta
Kali ini tazkirah jumaat membawakan artikel yang saya pernah saya baca di internet berkenaan cinta. Banyak dikalangan kita hanya bercinta sebelum kahwin dan selepas berkahwin cinta yang dipupuk menjadi hambar. Ini adalah konsep yang salah. Sepatutnya selepas kahwin bibit-bit cinta kita yang halal menjadi lebih manis dan mekar sejajar dengan hubungan suci yang di pupuk oleh suami & isteri. Sama-samalah kita menzahirkan cinta kepada pasangan masing-masing. Semoga hubungan kita akan berkekalan di dunia & akhirat.
“ Barangsiapa diberi Allah seorang isteri yang solehah,sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya ”
Begitulah kata-kata Nabi s.a.w. dalam hadisnya yang ringkas tetapi mengandungi intipati yang cukup bermakna buat para isteri yg di sebut sebagai ” Qurrota A’yun ” iaitu penyejuk mata memandang bagi suami.Bila mana di terikatnya ijab kabul antara pasangan suami isteri maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya.Dan bermulalah pelayaran bahtera rumah tangga.
Bagi mereka yang bergelar isteri,gelaran " isteri " sebenarnya adalah cukup sinonim bagi mereka dan amat bermakna dalam erti bergelar sebagai isteri yg mukminah dan dalam masa yg sama menjadi isteri yg solehah.Seperti yang dilakarkan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya
" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah "
Bagi wanita yang Allah berikan keistimewaan kepada mereka sebagai seorang isteri,Islam mengajar kepada kita bagaimana seorang isteri harus taat dan berbakti kepada suaminya.Dan begitu juga sebaliknya bagi seorang suami melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya dengan baik sebagai amanah yg Allah taklifkan pada dirinya sebagai pemimpin rumah tangga.
1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan ‘abang, honey, darling, sayang,’ Suami pula memanggil isteri dengan panggilan ‘honey, darling, sayang,’ atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A’ishah dengan ‘Humairaa’ yang boleh diertikan ‘si merah jambu’. Elakkan panggilan ‘ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy’ dan seumpamanya. Elakkan ‘maknya, mama’ dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan ‘darling’ dan ‘sayang’ di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan ’pinggan dibaling senduk melayang’.
2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A’ishah berkata: “Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar”. (Riwayat Bukhari)
3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut ‘laser’ dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A’ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A’ishah dan menemaninya hingga A’ishah berasa jemu. A’ishah berkata yang bermaksud: “Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu...” (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......
Jan 27, 2012
Tazkirah Jumaat: Tepati Janji, Jangan di mungkari
Sekadar berkonsi secebis maklumat yang di hantar oleh teman melalui email. Renung-renungkanlah.
1. Akhlak yang mulia adalah merupakan buah keimanan dan puncak akhlak itu ialah berlaku amanah dan menepati janji, manakala pecah amanah dan tidak menepati janji pula merupakan tanda merosotnya iman dan jauh dirinya dari ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala.
2. Menepati janji itu adalah tuntutan syarak, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 34 tafsirnya:
"Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah Subhanahu Wataala dan dengan manusia, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."
3. Agama Islam tidaklah melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji-janji itu disempurnakan dan ditepati, kerana orang yang menyempurnakan janji itu adalah salah satu tanda orang yang bertakwa. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 177 yang tafsirnya:
"Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janji apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga masa bertempur dalam perjuangan Perang Sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang-orang yang benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa."
4. Perjanjian adalah suatu amanah yang wajib ditunaikan dan tidak dapat diambil ringan dan diambil remeh kerana perbuatan meringan-ringankan perjanjian apatah lagi tidak menepatinya adalah dimurkai oleh Allah Subhanahu Wataala, malah tergolong ke dalam golongan orang-orang munafik. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ash-Shaff ayat 2 - 3 tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
5. Perlu diingat dan ketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa' ayat 145 tafsirnya:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari lapisan-lapisan dalam Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."
Sebenarnya agama Islam telah banyak menunjuk ajar dan melatih kita bagaimana cara supaya kita boleh menepati janji, tetapi mungkin saja kita tidak menyedarinya.
6. Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar, maka kerana itu agama Islam telah menentukan adab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji seperti mengucapkan lafaz insya-Allah apabila berjanji, suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Kahfi ayat 23 - 24 yang tafsirnya:
"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti, melainkan hendaklah disertakan dengan berkata insya-Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini."
7. Perlu diingat bahawa janji adalah wajib ditepati manakala ucapan insya-Allah itu adalah suruhan Allah dan Rasul-Nya ketika berjanji. Ini bererti ucapan insya-Allah itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata, tetapi perkataan insya-Allah yang dilafazkan itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik.
8. Ingatlah wahai kaum Muslimin betapa Islam sangat mengambil berat dalam soal janji. Oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji dan jadikanlah perkataan insy-Allah itu sebagai azam yang kuat ke arah menyempurnakan dan menunaikan janji yang dijanjikan. Jadikanlah diri kita orang-orang yang bertakwa dan penuh amanah, bukan daripada orang-orang yang mungkir janji yang tergolong dalam golongan orang-orang munafik. Nau'zubillahiminzalik.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Mu'minuun ayat 8 - 11 tafsirnya:
"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya dan mereka tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya."
Jan 14, 2012
Bila nikmat sihat di tarik
Hujung minggu yang begitu suram. Kepala terasa begitu berat, dunia terasa berpusing-pusing. Aku patut bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan selama ini. Ini mungkin dugaan kecil kepada ku.
Dec 26, 2011
Happy Birthday my little Princess Baby Zara
Alhamdullilah sekejap je masa berlalu. Hari ni genap setahun umur my little Princess Baby Zara. Yang istimewanya 1st birthday dapat di sambut bersama my big brother and my lil sis dan juga anak2 saudaraku di Pulau Pinang.
Susah betul nak cari kedai kek yang buka masa Krismas, habis seluruh kawasan Batu Feringi kami redah. Nasib baik ada satu kedai kek yang buka, itupun kat area Tanjung Bungah.
Semoga Baby Zara menjadi anak yang solehah, mendengar kata abah & mama dan menjadi adik yang baik untuk Kak Bellah dan Abang Aleam.
We all love you so much.
Dec 25, 2011
Percutian dua dalam satu di Pulau Pinang
Percutian dua dalam satu di Pulau Pinang. Ya dua dalam satu - meminang dan bercuti.
Tak sah kalau ke Pulau Pinang kalau tak naik feri
Seronok Kak Bellah & Aleam dapat naik feri lagi
Semua adik beradik aku berkumpul di rumah aku untuk sama-sama ke Pulau Pinang mengikuti rombongan meminang anak saudara aku, Zulhisyam. Tarikhnya 25 December jatuh pada cuti umum sempena Hari Krismas. Tarikh yang patut di elakkan kalau hendak ke sana. Tapi apa nak di kata tarikh inilah yang dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.Memandangkan Krismas jatuh pada hari Ahad secara automatik cuti bertambah satu hari lagi. Memang cuti sakanlah kali ni hehehehe.
Pantai Batu Feringi
Tempat penginapan kami di sponsor oleh Abang Yie. Terima Kasih banyak-banyak Abang Yie.
Kami semua menginap di Apartment Bayu berhadapan dengan Hard Rock Hotel di Batu Feringhi. lokasi yang strategik.Apartment ini dilengkapi dengan semua kelengkapan asas kira selesa kalau bercuti bersama keluarga. Satu Memang meriah kali ni semua adik beradik dan anak saudara ada kecuali anak-anak abang Zaid je yang takde.
Masjid Terapung
Jarak dari tempat kami menginap ke rumah bakal tunang Syam taklah jauh sangat, tapi sebab cuti umum dan sepanjang jalan ke Batu Feringgi ada beberapa pantai yang menjadi tumpuan ramai, jalan jadi sesak. Mana taknya kenderaan di letak di bahu jalan. Jalan yang luas menjadi sempit. Ermmmmm.Cenderamata wajib dari Pulau Mutiara, Jeruk di Pasar Chowrasta
Percutian kali ni memang seronok bukan sahaja sebab semua ada tapi disebabkan oleh lokasi tu sendiri. Insyaallah aku dan keluarga akan bercuti lagi ke sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































