Hari ni aku ingin menulis sesuatu yang amat bermakna sempena hari yang begitu istimewa iaitu berkenaan keistimewaan 20 Mac 2008 yang bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1428H iaitu ulangtahun junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, satu anugerah yang begitu beerti buat umat manusia keseluruhannya.
Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.
Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,
"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah".
No comments:
Post a Comment