Hari Rabu lepas ada sesi penerangan khas mengenai sindrom virus selsema babi dianjurkan oleh HSE Unit kat sini. Mungkin disebabkan staff di sini selalu ke luar negara. Sesi khas ini di kendalikan oleh Pejabat Kesihatan daerah Perak Tengah. Tapi sayangnya aku tak sempat menghadiri sesi ini di sebabkan pada masa yang sama aku ada trainining sistem baru. Banyak staf selalu ke luar negara termasuklah negara-negara yang terlibat dengan virus yang sedang menular sekarang. Nasib baik big boss aku pergi ke US bulan lepas ketika virus ni belum merebak lagi. kalau tidak kena kuarantin lah jawabnya.
Ada juga pendapat yang begitu sensasi bilamana virus ini dikatakan disebar secara sengaja untuk mendapat keuntungan dari penjualan anti virus yang dihasilkan oleh konglemerat-konglemerat barat. Apa yang sebenarnya berlaku hanya tuhan yang tahu tapi kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku.
Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988. Untuk perkembangan terkini boleh layari http://www.cdc.gov/h1n1flu/
Rasa ingin tahu secara lanjut tentang virus ini, terus aku cari artikel-artikel berkaitan babi. Ada akan sertakan serba sedikit tentang babi dan pengharamannya dalam Islam. Islam telah terlebih dahulu menghuraikan akibat buruk yang tersembunyi di dalam babi.
Dipetik dari http://www.al-azim.com/
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam.
Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?
"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.
Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya
2 comments:
setuju sgt zam....geli la tgk cacing tu...nauzubillah! mintak dijauhkan dengan benda2 ni semua...
Tulah kita ni selalu nak buat benda yang terlarang
Post a Comment