Saudara- sekalian mari kita ambil pengajaran dari Firman Allah dalam Al-Quran dan Hadis Junjungan alam Nabi Muhammad SAW.
1.Kelebihan bersedekah
Rasulullah SAW menasihatkan kepada Menantu beliau Saidina Ali Bin Abi Thalib .R A.
“ Wahai Ali ! Apabila datang kepada kamu yang meminta sedekah, walaupun ia
menaiki kuda, maka berilah, kerana sedekah itu boleh menolak bala sebelum sedekah
itu sampai ke tangan si peminta “.
2.Pahala sedekah berlipat ganda (Firman Allah dalam Surat Al- Baqarah 261 )
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh mejadi tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
3.Sedekah dengan berbagai cara, dengan harta, dengan senyum , dengan ucapan yang baik juga dengan memaafkan kesalahan orang ( Surat Al- Baqarah 263 )
Dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan ) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun).
4.Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan lagi. Surat Ar-Rahman 60
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
5.Setiap amal akan ada balasannya walaupun kecil, maka setiap orang mesti bertanggung jawab diatas perbuatan masing-masing. ( Surat Al- Zal-zalah 7-8)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catitan amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catitan amalnya)!
6.Setiap ketaatan dan kemaksiatan ada balasannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :’ Lakukanlah ketaatan kepada Allah walaupun sedikit, kerana disitu ada rahmat Allah, dan tinggalkanlah perbuatan maksiat walaupun kecil kerana disitu ada kemurkaan Allah SWT“
Ingat-ingat selalu dan selamat beramal.
Jun 26, 2009
Jun 24, 2009
Fadhilat Bulan Rejab
Bulan Rejab kembali lagi, hari ini Rabu 24 Jun 2009 bersamaan ( 1 Rejab 1430 H ). Bulan ini merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim ( kebesaran, keagungan, kemuliaan ) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit ), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab ( Hari Israk dan Mikraj ) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
-Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
-Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
-Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
-Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
-Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
-Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
-Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
-Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
-Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
-Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
-Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
-Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
-Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam ( Malam Israk Mikraj )
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan ( dibawa berjalan ) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan ( dibawa naik ke atas ) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” ( Petikan dari Surah Al Israa ayat 1 )
Doa Bulan Rejab:
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wasallam……... Selamat Beramal Solleh ……….

Jun 14, 2009
Hari Yang Malang
Hari ni aku apply cuti kerana malam nanti aku akan attend wedding reception sepupu aku Ana di Shah Alam. Majlis di pihak perempuan dah di buat awal cuti sekolah lepas di Kelantan. Nak balik masa tuh rasa tak sempat lah pulak sebab 29hb exam baru habis.
Jadi kali ni aku dan family bercadang akan turun ke Shah Alam malam nanti. Manusia hanya merancang tuhan yang menentukan segala-galanya. Apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan, bila kereta aku buat hal di R&R Ladang Bikam. Last-last terpaksa di tarik ke bengkel di Bidor dan selepas di periksa, paling cepat boleh siap hari Isnin. Nampak gaya terpaksalah batalkan plan asal. Mekanik hantar aku dan family ke Bus Stop di pekan Bidor. Dari situ kami menaiki bas Ekspress ke Ipoh dan dari Ipoh kami naik teksi ke Sri Iskandar. What a Day ...

Jun 12, 2009
Tazkirah Jumaat: Solat Subuh di masjid
Seorang lelaki(a) bangun pagi-pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid . Di tengah jalan menuju masjid, lelaki(a) tersebut terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .
Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama ! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki(b) yg memegang lampu . Dia berkenalan dengan lelaki(b), dan lelaki(b) itu menjawab " Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.' Lelaki(a) mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , lelaki(a) bertanya kepada lelaki(b) yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Lelaki(b) menolak. Lelaki(a) mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya yang sama. Lelaki(a) bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Lelaki(b) menjawab Aku adalah Syaitan
Lelaki(a) itu terkejut dgn jawaban lelaki(b). Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu . Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu . Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu , jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasj id dgn selamat..' Jadi, jangan pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu lalui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut.
Jun 10, 2009
2H 1M Part 2
Hari Kedua
Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Sejuk betul cuaca pagi nih sampaikan aku pakai stokin kat dalam apartment. Sambil-sambil tunggu yang lainnya bersiap aku pekena Nescafe panas. Fuhhhh nikmat betul dapat minum air panas sambil menikmati pemandangan pagi di luar sana di balkoni.
Kami akan ke Tanah Rata lagi untuk sarapan pagi. Kat sana lebih senang sebab banyak gerai-gerai, jadi banyaklah pilihan menunya. Mama sempat lagi shopping cenderahati pagi-pagi lagi kat kedai sebelah warung yang kami makan tuh hehehehehe
Selepas tuh kami balik untuk berehat dan berkemas-kemas sebab pukul 12 tengahari kami akan check out.
Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Butterfly Farm. Kalau tengok pada namanya memanglah gah tapi indah khabar dari rupa. Macam tak terurus je tempat nih. Rasa malu lak sebagai orang tempatan bila pelancong-pelancong luar masuk tengok keadaan dalam tempat nih. secara ringkasnya rama-rama tuh adalah tapi tempatnya macam tak terurus, rama-rama yang dah mati bertabur kat lantai. Untuk menambah tarikan ada beberapa jenis ular, kala jengking, kura-kura, ayam, arnab, hamster dan beberapa jenis serangga yang pelik-pelik. Rasa macam tak berbaloi je dengan bayaran tiket yang dikenakan
Destinasi terakhir kami sebelum pulang ialah untuk singgah di ladang teh, satu lagi destinasi wajib bagi pengunjung ke Cameron Highland. Jalan agak sesak juga dari Brinchang ke Ladang teh Boh di Sungai Palas. Bila masuk je kedalam kawasan ladang mata terus terpukau dengan kehijauan pokok-pokok teh yang begitu luas seluas mata yang memandang. Subhanallah indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. Kereta hanya dibenarkan parking di bawah bukit bagi mengelakkan kesesakan di puncak bukit. Jadi terpaksalah kami mendaki bukit ditengah-tengah hari. Takpe lah bukannya selalu kan.
Dipuncak bukit terletak Boh Tea Centre, Boh cafe dan kilang teh. Ramai betul orang di sini. Tapi nasib baik kami dapat seat betul-betul di tepi balkoni yang menghadap ladang teh. Kat cafe ni bermacam-macam jenis teh disediakan. Bestnya...

Jun 9, 2009
2H 1M Part 1
Tahun ni Hari Keputeraan DYMM Agong kebetulan jatuh pada hari sabtu, ini bermakna hari Jumaat aku akan cuti. Yahooooo Cuti kali ni aku bawa my family ke Cameron Highland. Dah lama Sayang nak pergi ke sana, cuma kali ni je baru kami berkesempatan ke sana. Aku seperti biasa membuat persiapan awal seperti biasa- cari tempat tinggal. Banyak hotel dan apartment dah aku survey. Boleh tahan jugak rate kat sana, lebih mahal dari Penang.
Last2 aku booking Star Regency Apartment & Hotel di Brinchang. Bukan kerana tempat tinggaknya tapi kerana lokasinya yang strategik yang terletak berhampiran tempat-tempat menarik di Brinchang.
Nasib baiklah aku plan ke sana pada hari Jumaat dan pulang pada hari Sabtu, At least aku dapat mengelak kesesakan yang memang dijangka pada hari Sabtu kerana cuti umum dan juga cuti sekolah.
HARI PERTAMA
Aku bertolak dari Sri Iskandar lebih kurang pukul 10 lebih. Aku pilih laluan melalui Simpang Pulai. Bukannya apa aku tak pernah cuba laluan ini berbanding laluan Tapah yang sering aku guna sebelum ini.
Pemandangan dari jalan amat cantik sekali, cuma laluan yang bengkang bengkok sedikit sebanyak membuat perjalanan sedikit tidak selesa terutama buat my little princess.
Lebih kurang pukul 12 tengahari aku selamat sampai di Cameron Highland. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Tanah Rata. Tak terasa sangat sejuk di sini mungkin sebab panas terik matahari di waktu tengahari. Selepas lunch di sana destinasi seterusnya ialah ke Brinchang untuk check in sambil berehat-rehat sekejap.
selesa jugak apartment yang aku duduki nih. Asalnya apartment 3 bilik tetapi sebab aku pilih 2 bilik je satu bilik lagi dikunci. kedekut betul la. Boleh dikatakan luas juga apartment nih dan yang seronoknya pemandangan dari luar balkoni yang menghadap bukit sungguh cantik.
Petangnya kami berkunjung ke Taman Botani dan Cactus Valley yang terletak berhadapan dengan apartment kami. Teruja betul tengok strawberry dan anggur yang begitu segar, terasa macam kat overseas pulak hehehehehe habis pusing satu taman we have a tea break. Yang seronoknya banyak kek, kuih dan air dibuat menggunakan straberry segar yang dipetik dari taman ni sendiri. Aku memilih sundae strawberry dan strawberry cheese cake, sayang pulak sunday strawberry dan fresh strawberry with cream.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke pasar malam Brinchang. Suasana dah mula rasa sejuk.

Jun 5, 2009
Tazkirah Jumaat: Sejarah Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
Subscribe to:
Posts (Atom)