Aug 17, 2008

Hari yang penuh dugaan




Hari jumaat penghulu segala hari sepatutnya menjadi hari yang di tunggu2, maklumlah hari last keje dan esoknya akan bermula cuti sekolah selama seminggu tapi kali ini lain yang jadi.


Dalam minggu nih macam biasa jadual keje aku penuh dengan segala macam meeting untuk persediaan konvo 24 hb nih dan juga 2 days trainning untuk examination timetable (hari khamis dan jumaat).


Nak buatkan cerita my little princess lak start demam pada hari rabu. Badannya panas semacam. Kesian tgk keadaan nya nya asyik merengek. Hati sapa yang tak sayu melihat anak kecil demam. Hari khamis pengasuh my little princess bawak ke klinik untuk check up. Mengikut kata Dr. my little princess demam panas dan selepas makan ubat turun sikit suhu badannya. Tapi pada hari Jumaat, aku mendapat call dari Sayang mintak aku balik segera ke Raban untuk bawak my little princess ke hospital sebab suhu badan my little princess naik mendadak. Apa lagi terus aku minta pelepasan dari my boss untuk balik. Aku rasa ini kali pertama aku pecut gila kete dari Sri Iskandar ke Raban. Biasanya satu jam setengah tapi kali nih cuma 45 minit je. Alhamdullilah tak de apa2 jadi kat aku.

Aku kemudiannya terus bawak my little princess ke Klinik pakar kanak2 di Ipoh tapi yang nak dibuat citernya aku sampai 10 minit lewat. waktu rehat klinik tuh dari 4.30pm -6.30pm. Risau sebab lama sangat nak kena tunggu aku terus ke Ipoh Specialist. Terus kena warded sebab mengikut kata Dr. my little princess kena viral infection dan disyaki dijangkiti demam denggi. Alamak.....

Semasa kat ward, Dr. ambil darah untuk ujian Denggi dan nak buat durther check up. Tak sanggup aku tengok my little princess di inject untuk mengambil darahnya. Kalau boleh nak jer aku ganti tempatnya.

Malamnya Dr. bagitahu yang my little princess kena jangkitan Roseola (Sixth Disease). Suhu panas selama beberapa hari merupakan tanda2 awal jankitan ini. Selepas demam dah kebah akan diikuti dengan naik ruam di seluruh badan. Dr. kemudiannya memberitahu kalau keadaan my little princess dah OK, Insyaallah Sabtu pagi dah boleh keluar dari ward. Malam tuh aku tak lena tido memikirkan keadaan my little princess.

Alhamdullilah pagi Sabtu Dr. memberitahu yang suhu badan my little princess dah kembali normal dan boleh keluar dari ward pagi tuh juga cuma perlu kembali pada hari Rabu untuk buat follow up medical check up.

Hari nih my little princess dah mula aktif (cuma tak seaktif dulu). Berat badannya turun dari 8 kg ke 7.4kg. Cengkung jer mukanya. Tapi seleranya dah bertambah baik.

Hari ni barulah aku dan Sayang boleh tarik nafas lega selepas beberapa hari tak lena tido memikirkan keadaan my little princess.

Aug 11, 2008

Selamat Pengantin Baru Anep





Hari ni bila aku membelek2 album gambar lama (masa muda2 dulu, aku ternampak pic aku dan Anep). Kelalkar lak bila tengok aku kurus cekeding jer, Anep pun lebih kurang sama gak. Teringat lak kisah yang berlaku tahun lepas bila aku dapat sms dari Anep (citer lama nih saja je nak highlight). Lagipun lepas blog Eq hangat ngan isu kawin nih.

Jeng jeng jeng begini ceritanya...


Satu hari (ntah bila dah nih) aku dapat sms dari kawan baik aku yang bekerja sebagai PTD dan sekarang nih dah menetap di Putrajaya menayakan alamat terbaru aku. Semenjak grads dulu aku dan Anep hanya berhubung melalui SMS je. Heran gak aku kenapa tetiba jer nak mintak alamat terbaru aku nih, nak datang ke umah ke?Apa lak motif nya kawan aku sorang nih. konpius2. Laaaa Rupa-rupanya nak hantar kad jemputan kahwin rupanya. Alhamdullilah kawin tersangkut gak kawan aku sorang nih. Ingatkan hidup dalam blues lagik mcm dulu2.


Bila diingatkan2kan dah lama gak aku kenal dengan mamat nih. Kisah bermula di hari pertama aku mendaftar masuk ke kampus Matriks UIA, lembah Pantai. Bila aku nun jauh di tingkat 5, unik nombornya 501 berpenghuni seramai 18 orang . Makkk Oiiii Macam dok kat asrama sekolah lah pulak rupanya. Dalam ramai2 tuh rupa2nya aku dan Anep adalah yang tertua sebab masa di sekolah menengah kami masuk kelas peralihan dulu selama satu tahun (sistem yang diamalkan di kebanyakan sekolah2 agama di Kedah dan Kelantan). Tapi yang paling penting bukan aku yang paling tua. Aku di tempat kedua hehehehehehehe
Aku nekad akan memenuhi jemputan kawan aku sorang nih ke Kedah walaupun terpaksa pergi seorang diri. Kawan baik punya pasal apa lah nak dikisahkan. Aku drive sorang2 dari Sri Iskandar ke Alor Setar. Stay kat sana satu malam then pagi tuh aku drive ke Kampung Naga mengikut peta di kad kahwin. Taklah susah sangat cari tempatnya. Cantik betul kawasan tuh di kiri kanan jalan sawah yang menghijau terbentang. Satu pemandangan yang begitu damai dan menenangkan hati. Orang2 di sini pun nampak nya begitu ramah . Dan mereka beria2 betul nak tolong aku sedaya mungkin bila aku minta arah jalan. Satu lagi kebangaan orang2 kita yang masih menebal di kawasan kampung dan desa tapi semakin terhakis di bandar2 besar.


Aku di sambut oleh keluarga Anep. Semuanya bercakap dalam loghat Kedah. Pekat giler. Nak tergelak pun ada aku. Jangan buat hal tak senonoh dah lah aku, ni kan tempat orang. Aku dijemput makan terlebih dahulu memandangkan Anep di jangka sampai lewat sikit lebih kurang pukul 2 lebih. Sekarang baru pukul 1. nak dibuatkan cerita hujan renyai2 lak. Selepas makan aku lepak dalam kete. Segan nak menunggu kat Umah Anep memandangkan x de sorangpun yang aku kenal kat sana. Lebih kurang sejam setengah rombongan pengantin sampai.


Wahhh segak betul kawan aku sorang nih. Seri pengantin jelas di muka Anep. Dia kelihatan lebih berisi, lebih matang dan lebih kemas kalau nak di bandingkan kali terakhir aku melihatnya dulu.. Dia begitu terharu bila nampak aku di rumahnya. The only kawan universiti yang datang pada hari tuh . Bangga pun ada, sedih pun ada maklumlah wakil tunggal ( kawan opis dia jangan cakaplah siap buat rombongan satu bas lagi tuh ).


Aku takleh stay lama2 kat sana, perjalanan aku masih jauh lagi nak balik ke Sri Iskandar, Perak.


Selamat Pengantin baru Anep. Moga bahagia hingga akhir hayat.

Keesokan harinya aku menerima SMS terima kasih dari Anep dan isteri kerana bersusah payah datang ke majlis perkahwinannya dan juga berteima kasih atas hadiah unik dan ekslusif katanya.

Aug 10, 2008

My little princess


Thank you mama sebab melahirkan our little princess. Buah hati abah dan mama. Tapi manja ngan abahnya, biasalah kata orang2 tua anak pompuan akan lebih rapat dengan abahnya.

My little princess yang baru je dapat kaki. Semua tempat nak dijelajahnya (dengan kata lain nak mengemas). Keletahnya betul2 membuatkan hidup ku ceria dan gembira. Sudah pandai mengomel dengan bahasa yang hanya difahami oleh dirinya sendiri. Aku sempat merakam ngomelan my little princess dan menjadi ring tone hp aku. Boleh menghilangkan rindu bila kami tidak bersama. Semua masalah dan letih dari opis akan secara automatik hilang bila aku dapat menatap wajah my little princess. Wajahnya yang mirip wajah sepupunya Allahyarham Mohd Zakuan Irfan.


Aku hanya dapat berjumpa denga my little princess 2 x je seminggu. Jarak menjadi masalah. Kalau tahun lepas aku berulang alik seminggu sekali drive ke Melaka tapi bermula awal tahun nih jarak menjadi lebih dekat sedikit cuma satu jam setengah drive ke kampung Raban di Lenggong. Satu kawasan perkampungan yang begitu mendamaikan. Dikellilingi oleh bukit dan tasik yang menjadi landskap utama kampung ni.

Kalau usaha berhasil Insyallah tahun depan my little princess dan mama akan bersama abah di Sri Iskandar. Sama2 kita berdoa agar usaha kali ni berhasil. Aminn

Aug 7, 2008

Supir oh Supir

Petang semalam kakak angkat aku, Kak Lia call minta tolong temankan dia ke Ipoh nak shopping kain baju raya. Dia posa hari ni jadi dia minta aku yang drive. Jadi supirlah nampaknya tuh. Dia minta aku drive kete dia, maybe x nak pujuk lah tuh. Ok gak cadangan tuh leh jimat duit minyak aku sket. Dari berdua, tadi dapat mail yang 2 orang lagi nak join, Su dan CT. Wahhh di temankan oleh 3 dara pingitan.
Boleh jadi skandal gak nih (takkan lah Eq je yang ada skandal kan).

Aug 6, 2008

Typical day at work


1st things yang aku buat bila sampai di opis ari nih ialah go through "things to do list". Banyak urgent matters yang perlu dibuat hari nih.


1. Analysis utk Dr. Afza

2.write up utk CRPA

3. compilation of EC meetings minutes

4.revised unit calender for new semester.

5. bla bla bla bla


Nak mula dengan yang mana satu ya. kalau ikut priority list semua penting.

Permulaan hari yang sibuk. Nilah kehidupan. Makan untuk kerja atau kerja untuk makan. Keduanya2 sama penting, tapi semua tu perlu dimulakan dengan niat yang baik. Alim lak aku hari nih.

Aku kena ceriakan my own day kalau tak mood x de susah lak nak buat keje. After having breakfast dengan Su, aku mulakan tugasan harian. So far so good. Harap2 hari ni akan berlalu dengan sempurna walaupun keje banyak dan cuaca yang mendung. Nampaknya hari ni aku kena stay back tunggu DHL amik parcel untuk dihantar ke Herriot Watt University, UK.

Always think positive. Love your job (ye ke), secara automatik kita akan enjoy apabila kita buatnya.

Aug 5, 2008

Alamak...

Lepas tapau nasi bungkus utk lunch aku balik umah jap. Sambil2 makan / tengok The Oprah Winfrey Show , sambil edit blog (all in one time)... terkejut + segan bila ada few kawan2 singgah di blog aku. Tq Eq dan Yanie. Sori Eq x bgtahu Eq pasal blog ni, bukan nya apa baru2 nk belajar menulis. Segan nak war2 kan. Lagipun banyak citer pasal family skit kat sini.

Jemput makan semua

Aug 3, 2008

Appointment with Dentist

Kalau minggu lepas gigi aku sekadar di simen, hari ni gigi geraham atas sebelah kanan akan dicabut. Ikut kata Dr. dah x dapat diselamatkan lagi. Alamakkkk sakit tuh ermmm tahan jelah. Sapa suruh aku tangguh jumpa Dentist.

Aku sampai kat klinik pukul 11 tghari dan pada pukul 1.30 tgahari barulah tiba giliran aku. Yang aku seriau bab cabut gigi nih bila masa Dr. inject kat gusi tuh. Fuhhh menusuk ke kalbu dibuatnya. Lepas tuh dah x rasa apa2 dah. Kejap jer Dr. Ngo buat keje dia. Dr. bekalkan aku dengan sedikit kain pembalut dan 4 biji ubat tahan sakit. Aaaaa 4 biji jer. Camana kalau melarat gak sakit sampai malam. Iskkkk ntah apa2 yang aku fikirkan nih.

Lepas balik dari jumpa Dentist, sempat lagi aku singgah kt Giant. cari barang2 sikit. Dalam "sikit"2 tuh kopak gaklah RM352. 40. Hehehehehe tersengih2 sorang diri je lah di buatnya.

Jul 29, 2008

Tilawah Al-Quran (Hari ke 2)


Malam semalam aku & the geng balik ke rumah pukul 12 malam lebih. Apa nak buat kena tunggu acara habis dulu then baru boleh buat rehearsal untuk majlis penutup. Takpe lewat pun asalkan bersedia dan tahu apa step yang perlu dibuat untuk majlis penutup nanti. Pagi ni aku sekali lagi pakai baju melayu lengkap bersampin, kali ni baju tema/ uniform bg tilawah kali nih. Kira baju subsidi lah. Warna tema untuk semua AJK hijau gelap. Cantik mata memandang. Nih kira baju raya untuk tahun nih lah kot. Hehehehehe. jimat budget.

Jul 28, 2008

Tilawah Al Quran

Dalam sibuk2 mengejar dateline untuk meeting sempat lagi aku menjadi ajk untuk Tilawah AlQuran PETRONAS. Kalau muka aku synonym dengan event management team , kali ni aku beralih arah ke bahagian hadiah dan cenderahati. Seronok juga bila sekali sekala berubah keje. Aku ditugaskan untuk menyiapkan 65 trofi dan mengambil hadiah dari Bentong , Pahang.

Hari ni hari kemuncaknya, majlis telah semlamat dirasmikan dan esok semasa upacara penutup aku & geng aku bz. Sekali sekala jadi Mat hadiah nih lain macam jer rasanya. Hehehehehehe

Jul 23, 2008

Happy Birthday Chik. Sayang sokmo muahhhhhh


Dalam sedar tak sedar hari ni umur Chik genap 62 tahun. Tapi tetap maintain "jangok". Kelakar rasanya bila Yanz bgtahu ada pakcik tua tackle Chik. Tu tandanya Chik tetap vogue.Chik memang betul2 menjaga penampilan nya walaupun dia dah berumur. Kalau nk keluar walaupun pi ke pasar tetap kena bersiap2 dulu. Hehehehehehe

Chik nama panggilan aku dan adik beradik lain untuk ibu tersayang. Ibu yang banyak berkorban untuk anak2 yang nakal2 tapi mendengar kata (puji diri sendiri nampaknya). Tapi Chik cakap aku anak yang baik dan mendengar kata. Chewahhh kembang lah hidung di buatnya.

Semua anak2 dan cucu2 call utk wish Selamat Hari Lahir(culture yang dimulakan oleh arwah kak Dah, dia nak semua adik beradik sentiasa ingat antara satu sama lain).Yanz bagi pihak anak2 beli kek hari jadi yang ditulis dari Zahian, Zaid dan Zamani. Ikut kata Yanz Chik bangga dan sebak bila semua anak2 dan cucu2 teringat hari lahirnya, cuma dia terkilan bila dah masuk 2 tahun dia tak dapat ucap selamat dari 3 lagi anak2nya (arwah kak Dah, arwah abe Ju dan arwah Matayi). Tak pe Chik, anak2 dan cucu2 masih ada. Kami semua sayang sokmo kat Chik.
*jangok = cantik /lawa

Merit

Petang semalam aku dapat satu surat dari HR Dept. Nih mesti pasal merit atau berkenaan PDA (Personal development assesment untuk Financial year yang lepas. Agak2nya berapa lah yang rating yang aku dapat. Perlahan2 aku buka surat tuh, sebelum tuh aku pastikan takde orang pada masa tuh. This is my personal moments. Alhamdullilah tahun nih aku dapat rating "*" untuk tahun kedua berturut2. Terasa bangga gak bila usaha aku berkerja bersungguh2 dan berhempas pulas dihargai. Sebagai balasannya aku dapat merit satu bulan gaji dan bermula bulan Julai gaji aku dinaikkan lagi. Ermmm syukur.

Jul 22, 2008

Hari Gaji


Hari ni bila aku buka mail ada announcementnya baik punya, mulai bulan ni hari gaji akan di ubah dari 26hb ke 23hb. Berita baik ke nih. Cepat dapat gaji maknanya cepatlah habisnya. Ermmm kena susun balik lah budget mulai bulan nih. Tak pasal2 lari budget.
by Money by Leaca's Philosophy at flickr

Jul 8, 2008

Genap 9 tahun pemergiaan Arwah ayah

7 hb Julai 2008, genap 9 tahun pemergiaan arwah ayah. Ayah seorang yang tegas dan pada masa yang sama seorang yang kelakar. Semua anak sedaranya habis disakatnya. Ikut kata Chik aku mengikut banyak mengikut perangai dan iras2 rupa ayah. Kalau betullah apa yang dikata, aku cukup bangga. Kalau nak di ceritakan begitu panjang. Alfatihah dan doa untuk ayah dari anakmu.Aku doakan semoga beliau berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Jul 7, 2008

Semua serba tak kena.....

Aku begitu suka bila hujan. Bunyi titisan hujan begitu mendamaikan. Dengan cuaca yang dingin aku sepatutnya bermalas2 sambil merehatkan fizikal dan mental yang lately di kerahkan semaksima mungki. Tapi semuanya berubah bila aku dapat panggilan dari yang tersayang. Aku seperti diri ku yang sentiasa cuba menyenangkan dan menceriakan orang sekelilingku cuba berjenaka dan berseloroh tetapi aku di salah anggap sebagai tidak sensitif dan tidak serius.
Aaaaaaa apa yang aku dah buat sebenarnya ni

Life on Death by s_h_a_w_n_g_13 at flickr

Kalau seseorang itu mengenali diriku dengan lebih rapat dia akan mengenali personaliti diri kau yang berbeza2. Aku seorang yang pendiam, kecoh sensitif, dan ombinasi semuanya terpulang pada tempat dan mood aku.

Malam nih aku cuba berjenaka dengan seseorang yang ku sayangi tapi jenaka aku di salah anggap. Nampaknya si dia belum mengenali aku sepenuhnya. Atau pun dia cepat melatah kerana badan letih dan emosi yang kurang tenang sedikit.

Aku memang tak berniat untuk menyakiti hatinya.

Aku tidak membalas sms marahnya. Biarlah hati dia sejuk dulu. Kalau di jawab takut marahnya semakin menjadi2.

Jul 2, 2008

NO space for procrastination

Bulan July ni aku kena betul2 susun jadual ku agar urusan kerja tidak sampai memcuri masaku untuk bersama keluarga. Banyak preparation dan presentation yang aku perlu buat untuk mesyuarat penting yang hanya akan habis 10hb nih. Selepas itu satu persatu dateline aku kena penuhi. Semuanya aku kena susun dan buat secara sistematik agar semuanya dapat di buat mengikut keutamaan dan kepentingan masing2. Kalau tak nanti bising lak pulak boss aku di buatnya. Jadi nak mengelak kan dari semua tuh aku perlu buat cepat dan betul. Cehh macam slogan PDRM dulu lak pulak

Susah jugak kalau aku x berjaya buat semua nih mengikut masanya dan yang paling penting my precious time with my family.