Aug 11, 2008

Selamat Pengantin Baru Anep





Hari ni bila aku membelek2 album gambar lama (masa muda2 dulu, aku ternampak pic aku dan Anep). Kelalkar lak bila tengok aku kurus cekeding jer, Anep pun lebih kurang sama gak. Teringat lak kisah yang berlaku tahun lepas bila aku dapat sms dari Anep (citer lama nih saja je nak highlight). Lagipun lepas blog Eq hangat ngan isu kawin nih.

Jeng jeng jeng begini ceritanya...


Satu hari (ntah bila dah nih) aku dapat sms dari kawan baik aku yang bekerja sebagai PTD dan sekarang nih dah menetap di Putrajaya menayakan alamat terbaru aku. Semenjak grads dulu aku dan Anep hanya berhubung melalui SMS je. Heran gak aku kenapa tetiba jer nak mintak alamat terbaru aku nih, nak datang ke umah ke?Apa lak motif nya kawan aku sorang nih. konpius2. Laaaa Rupa-rupanya nak hantar kad jemputan kahwin rupanya. Alhamdullilah kawin tersangkut gak kawan aku sorang nih. Ingatkan hidup dalam blues lagik mcm dulu2.


Bila diingatkan2kan dah lama gak aku kenal dengan mamat nih. Kisah bermula di hari pertama aku mendaftar masuk ke kampus Matriks UIA, lembah Pantai. Bila aku nun jauh di tingkat 5, unik nombornya 501 berpenghuni seramai 18 orang . Makkk Oiiii Macam dok kat asrama sekolah lah pulak rupanya. Dalam ramai2 tuh rupa2nya aku dan Anep adalah yang tertua sebab masa di sekolah menengah kami masuk kelas peralihan dulu selama satu tahun (sistem yang diamalkan di kebanyakan sekolah2 agama di Kedah dan Kelantan). Tapi yang paling penting bukan aku yang paling tua. Aku di tempat kedua hehehehehehehe
Aku nekad akan memenuhi jemputan kawan aku sorang nih ke Kedah walaupun terpaksa pergi seorang diri. Kawan baik punya pasal apa lah nak dikisahkan. Aku drive sorang2 dari Sri Iskandar ke Alor Setar. Stay kat sana satu malam then pagi tuh aku drive ke Kampung Naga mengikut peta di kad kahwin. Taklah susah sangat cari tempatnya. Cantik betul kawasan tuh di kiri kanan jalan sawah yang menghijau terbentang. Satu pemandangan yang begitu damai dan menenangkan hati. Orang2 di sini pun nampak nya begitu ramah . Dan mereka beria2 betul nak tolong aku sedaya mungkin bila aku minta arah jalan. Satu lagi kebangaan orang2 kita yang masih menebal di kawasan kampung dan desa tapi semakin terhakis di bandar2 besar.


Aku di sambut oleh keluarga Anep. Semuanya bercakap dalam loghat Kedah. Pekat giler. Nak tergelak pun ada aku. Jangan buat hal tak senonoh dah lah aku, ni kan tempat orang. Aku dijemput makan terlebih dahulu memandangkan Anep di jangka sampai lewat sikit lebih kurang pukul 2 lebih. Sekarang baru pukul 1. nak dibuatkan cerita hujan renyai2 lak. Selepas makan aku lepak dalam kete. Segan nak menunggu kat Umah Anep memandangkan x de sorangpun yang aku kenal kat sana. Lebih kurang sejam setengah rombongan pengantin sampai.


Wahhh segak betul kawan aku sorang nih. Seri pengantin jelas di muka Anep. Dia kelihatan lebih berisi, lebih matang dan lebih kemas kalau nak di bandingkan kali terakhir aku melihatnya dulu.. Dia begitu terharu bila nampak aku di rumahnya. The only kawan universiti yang datang pada hari tuh . Bangga pun ada, sedih pun ada maklumlah wakil tunggal ( kawan opis dia jangan cakaplah siap buat rombongan satu bas lagi tuh ).


Aku takleh stay lama2 kat sana, perjalanan aku masih jauh lagi nak balik ke Sri Iskandar, Perak.


Selamat Pengantin baru Anep. Moga bahagia hingga akhir hayat.

Keesokan harinya aku menerima SMS terima kasih dari Anep dan isteri kerana bersusah payah datang ke majlis perkahwinannya dan juga berteima kasih atas hadiah unik dan ekslusif katanya.

2 comments:

SyuQ said...

teringat kawan2 aku yg da kawin...

Tinta dari Lembah Kinta said...

Kawan2 smua dah kawin, skrg giliran karahati lak