Aug 17, 2008

Hari yang penuh dugaan




Hari jumaat penghulu segala hari sepatutnya menjadi hari yang di tunggu2, maklumlah hari last keje dan esoknya akan bermula cuti sekolah selama seminggu tapi kali ini lain yang jadi.


Dalam minggu nih macam biasa jadual keje aku penuh dengan segala macam meeting untuk persediaan konvo 24 hb nih dan juga 2 days trainning untuk examination timetable (hari khamis dan jumaat).


Nak buatkan cerita my little princess lak start demam pada hari rabu. Badannya panas semacam. Kesian tgk keadaan nya nya asyik merengek. Hati sapa yang tak sayu melihat anak kecil demam. Hari khamis pengasuh my little princess bawak ke klinik untuk check up. Mengikut kata Dr. my little princess demam panas dan selepas makan ubat turun sikit suhu badannya. Tapi pada hari Jumaat, aku mendapat call dari Sayang mintak aku balik segera ke Raban untuk bawak my little princess ke hospital sebab suhu badan my little princess naik mendadak. Apa lagi terus aku minta pelepasan dari my boss untuk balik. Aku rasa ini kali pertama aku pecut gila kete dari Sri Iskandar ke Raban. Biasanya satu jam setengah tapi kali nih cuma 45 minit je. Alhamdullilah tak de apa2 jadi kat aku.

Aku kemudiannya terus bawak my little princess ke Klinik pakar kanak2 di Ipoh tapi yang nak dibuat citernya aku sampai 10 minit lewat. waktu rehat klinik tuh dari 4.30pm -6.30pm. Risau sebab lama sangat nak kena tunggu aku terus ke Ipoh Specialist. Terus kena warded sebab mengikut kata Dr. my little princess kena viral infection dan disyaki dijangkiti demam denggi. Alamak.....

Semasa kat ward, Dr. ambil darah untuk ujian Denggi dan nak buat durther check up. Tak sanggup aku tengok my little princess di inject untuk mengambil darahnya. Kalau boleh nak jer aku ganti tempatnya.

Malamnya Dr. bagitahu yang my little princess kena jangkitan Roseola (Sixth Disease). Suhu panas selama beberapa hari merupakan tanda2 awal jankitan ini. Selepas demam dah kebah akan diikuti dengan naik ruam di seluruh badan. Dr. kemudiannya memberitahu kalau keadaan my little princess dah OK, Insyaallah Sabtu pagi dah boleh keluar dari ward. Malam tuh aku tak lena tido memikirkan keadaan my little princess.

Alhamdullilah pagi Sabtu Dr. memberitahu yang suhu badan my little princess dah kembali normal dan boleh keluar dari ward pagi tuh juga cuma perlu kembali pada hari Rabu untuk buat follow up medical check up.

Hari nih my little princess dah mula aktif (cuma tak seaktif dulu). Berat badannya turun dari 8 kg ke 7.4kg. Cengkung jer mukanya. Tapi seleranya dah bertambah baik.

Hari ni barulah aku dan Sayang boleh tarik nafas lega selepas beberapa hari tak lena tido memikirkan keadaan my little princess.

2 comments:

SyuQ said...

Alhamdulillah... nasib baik x der apa2. aku plak yg seriau baca nukilan kau ni. Kasih seorang bapa dan ibu, sanggup berkorban apa saje utk anak yg dikasihi...

Tinta dari Lembah Kinta said...

ALhamdullilah dia dah sihat dah. Tak sanggup tengok dia masa dia kat ward. Merengek2. nak buka mata pun tak larat