Aug 20, 2008

One Day Off

Dalam bz membuat persediaan utk konvo ujung minggu nih sempat lagi aku ambil unrecorded leave (kena abiskan unrecorded leave nih kalau tak rugi). Sepatutnya ada EC 2 meeting tapi boss aku dah bagi lampu hijau utk cuti aku, sayang Kak Su hehehehehehe bodek jangan tak bodek.

Walaupun cuti jadual aku hari nih penuh pagi2 lagi aku dah bawak sedara aku pusing2 bandar Kuala Kangsar. Diaorang nak sangat tengok Masjid Ubudiah tuh. Tercapai jugak hasrat diaorang then aku bawak pusing sekali ke Istana Iskandandariah kat bukit Chandan. Pukul 10.30pg diaorang bertolak pulang ke Kota Bharu.

Jadual aku seterusnya ke Klinik Pakar Kanak2 Yee & Lee kat Ipoh untuk buat follow up medical check up. Semuanya berjalan lancar dan mengikut kata Dr. Yee, my little princess dah bebas sepenuhnya dari jangkitan kuman. Alhamdullilah


Destinasi seterusnya ke Ipoh Specialist, Sayang ada appointment pukul 12tghari. Bukan seperti hari biasa hari ni kami tak menunggu lama nama sayang dipanggil. Dr. request sayang terus sambung rehat selepas habis cuti sekolah nih. Dia bagi MC bermula dari 25hb - 29hb. Jadi hujung takyah lah aku berulangg alik lagi dari Sri Iskandar ke Lenggong dalam masa terdekat nih.

Pukul 2 petang aku sampai kat umah. Apalagi terus zzzzzz susah nak dapat peluang zzzzzz masa tengah2 minggu camnih.

No comments: