May 28, 2008
Black Day
May 25, 2008
Hargailah jasa ibumu
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab,Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat."Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti.... "Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawapan yang boleh diberikan ayahnya.Lama kemudian, si anak itu membesar menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan.
"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,
"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula,ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untukmencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalamsituasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab,bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati danjantung agar tak terkoyak?
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untukmemberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baikadalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkalipula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila sahaja ia inginkan. Hanya inilah kelemahanyang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masihhidup, karena di kakinyalah kita menemukan surga.
Selamat Hari Ibu
May 2, 2008
Apr 2, 2008
Suasana baru
Boundry Waters By mark & his nikon at flickr Apr 1, 2008
Satu Hati Dua Jiwa
Hari ni secara rasminya hari terakhir aku di unit aku sekarang ni dan esok aku akan menjadi sebahagian dari unit baru. Jiwa aku rasa bercampur-campur rasa gembira dan sedih.
Dalam sedar atau tidak sudah tiga tahun aku berada di unit aku sekarang ni dan aku rasa bonding aku dan kawan-kawan seunit amat rapat. Teman tapi mesra.
Dalam tempoh transition ni jugak aku perlu buat dua kerja serentak. Belajar new things di unit baru dan pada masa yang sama kena ajar new staff (totally new) berkenaan apa yang aku buat selama ni.
Mar 24, 2008
Blog dan pengaruhnya
How to put pretty stuff in those drops by Steve took it at flickrKUALA LUMPUR: Perkhidmatan percuma yang mudah dilayari serta interaktif antara faktor tarikan media alternatif, blog menjadi pilihan ramai, terutama golongan muda, sehingga wujudnya 108 juta laman blog hingga Februari lalu.Malah, medium bebas yang memaparkan pelbagai bentuk maklumat itu tidak terhad di dalam negara, tetapi juga antarabangsa dengan mencatatkan kewujudan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.Penulis blog, Yasser Arafat Ishak atau lebih dikenali dengan nama pena Jiwarasa, berkata blog yang kini menjadi sumber maklumat alternatif bukan sekadar catatan, diari dalam talian atau laporan semata-mata, tetapi turut memaparkan keluh-kesah, artikel atau komen seseorang.Katanya, kepentingan blog semakin ketara hari ini kerana ia memiliki rangkaian luas, cepat dan boleh dilayari ramai pengguna pada satu-satu masa.
“Berdasarkan statistik pengguna Internet di negara ini, pada 2000, ada 3.7 juta pengguna daripada 24.6 juta atau 15 peratus dan ia naik mendadak tahun lalu apabila 13.5 juta melayarinya daripada 28.2 juta penduduk.
“Begitu juga penulis blog yang semakin meningkat saban hari dan buktinya dengan kewujudan pelbagai jenis blog, antaranya dalam undang-undang, agama, pendidikan, politik dan bisnes,” katanya ketika menjadi ahli panel diskusi, Penulis dan Blog: Trend Masa Kini, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.Selain Jiwarasa, seorang lagi penulis blog, Nisah Haron dipilih menjadi ahli panel dalam program pertama kali anjuran DBP itu yang dipengerusikan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman.Menurut Jiwarasa, blog yang boleh diibaratkan seperti kanvas putih dan diwarnakan mengikut acuan juga berdepan cabaran daripada penulisnya, sama ada menulis perkara baik atau sebaliknya.Sementara itu, Nisah berkata, blog yang menjadi sumber golongan muda selain media cetak dan elektronik kini memberi impak atau kesan kepada masyarakat dan negara.“Antara contoh, dalam pilihan raya baru-baru ini, blog antara medium yang menjadi perhatian selain media arus perdana.“Ia kini bukan sekadar catatan penganggur atau wanita yang tidak bekerja, tetapi lebih daripada itu,” katanya.Nisah turut meminta penulis blog yang ada atau baru wujud menggunakan Bahasa Melayu dalam blog mereka supaya bahasa ibunda itu diangkat dan diletakkan di tempat sewajarnya sepertimana Bahasa Inggeris yang menjadi pengantar utama.Sementara itu, Timbalan Presiden komuniti blog Geng Jurnal yang memiliki 3,400 ahli, Zaifulnizam Wakiran, berkata maklumat yang terkandung di dalam blog mampu mempengaruhi pembaca jika penulisan itu tidak diberi pertimbangan sewajarnya.“Hari ini medium blog semakin mendapat perhatian seperti mana dalam pilihan raya lalu apabila ia menjadi senjata pembangkang untuk provokasi,” katanya.
Mar 23, 2008
'How to win friends and influence people'
by bubbo-tuboo at flickrHari ni aku letih giler.... Jadual penuh dari pagi aku pi Lumut antar adik aku yang nak ke KL pastuh terus berkejar ke Lenggong lak untuk ambil 'sayang" dan baby umairah bawak balik ke Sri Iskandar dan pukul 3 aku kena pi opis lak.
Insyaallah bulan depan aku akan berpindah ke Unit baru. macamana yea nak handle keje, environment dan staf2 baru. aku sempat buka mail jap nak check mail. Aku tergelak bila dapt mail dari kawan aku tips macamana nk memenangi hati kawan dan cinta. Kalau betul dapat buat camtuh seronok gak ye. hehehehehe
Cinta dalam paksa retorik betul
Mar 22, 2008
Still seeking...? by skarf on flickrCintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapaCintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan iniPersembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Mar 21, 2008
Musim di luar jangka
Sekarang ni musim dah tak macam dulu lagi. Hujan di musim kemarau dan kemarau di musim tengkujuh dah jadi kebiasaan. Ermmm salah satu tanda dunia di hujung usia. Mar 20, 2008
Salam Maulidur Rasul 1428H buat semua
Mar 18, 2008
Demam

17hb Mac - First day after school break. Pagi Isnin aku bangun sebelum subuh seperti biasa tapi hari ni aku rasa lain sikit. Kepala rasa berat dan berdenyut2. Bila sayang rasa dahi aku, dia terkejut dia cakap panas. Sahhh demam. Sayang tak benarkan aku keje ari ni, dia risau camana aku nak drive pi keje, Lenggong - Sri Iskandar bukannya dekat ambil masa satu jam setengah gak journey. Lepas smyang Subuh aku call Kak Lia, kakak angkat aku gbtahu aku MC hari ni pastuh terus tido balik. Pukul 10 lebih Sayang kejutkan bangun utk breakfast. Lerrr ruapanya dia pun mintak leave gak nak jaga abang dia nih. Hehehehehe Sayang gak dia kat abang dia ni yea. Lepas Zuhur aku ajak sayang pi klinik kat Pekan Lenggong. Banyak gak Dr. tuh bagi ubat ermmmmmm
Lepas maghrib aku mintak kebenaran dari sayang nak drive balik ke Sri Iskandar. Mula2 tuh susah gak dia nak bagi green light tapi selepas aku bagi reason napa dia terus setuju. Dalam pukul 9.30 malam aku selamat sampai kat Sri Iskandar.
Artikel yang sempat aku search berkenaan flu.
Q. Do I Have the Flu?
A. Unfortunately, the reason the flu is so easily spread is because it's contagious for up to four days before symptoms appear and for another three or four days after the first symptoms are felt. The symptoms of the flu or influenza start very quickly and include:
Body aches
Chills
Dry cough
Extreme fatique and/or weakness
Fever
Headache
Sore throat
Stuffy nose
Fortuantely, the high fever that typically accompanies the onset of the flu begins to decrease about the third day. Symptoms such as nausea and diarhhea almost never occur when the flu is present. When you hear someone say they have a "stomach flu" they do not have influenza.
Source: The National Institute of Allergies and Infectious Diseases (NIAD)
Mar 17, 2008
Bekerja di hari minggu
Pagi ni aku banyak browse manual camana nak update blog aku yang masih merah nih. Picture baru letak kt profile kira ok lah.
Mar 16, 2008
Selamat menulis kembali....

Selamat menulis kembali.
Akhir-akhir ni, banyak desakan yang menyuruh aku kembali menulis blog. Kawan2 mengutuk aku kononnya, aku ni tak up to date lah dan bla bla bla (Ooooo ada ubi ada batas, ada hari aku balas). Aku bukannya apa, jadual harian aku sekarang ni boleh dikatakan hectic dengan tugasan kerja dan rutin keluarga.
Bukannya nak mengeluh tapi semenjak isteri aku dapat transfer ke Lenggong, Perak... aku berulang alik 2 kali seminggu ke sana. Sayang punya pasal aku tak kisah, lagi2 dengan keadaan isteri aku yang tgh mengandung 3 bulan sambil menjaga baby Umairah yang semakin lasak dari hari ke hari. aku kena bagi moral support pada "Sayang". Dia banyak berkorban. Tq sayang, abang sentiasa sayangkan "Sayang" sehingga ke hujung nafas. Chewahhh jiwang lah pulak.
Tukar topik lak...
MORNING
M-ake the most of it.
O-pen your heart and mind.
R-emember to thank God.
N-ever frown
I-magine me
N-othing to worry.
G-ood Morning!
Hari Sabtu yang sepatutnya dihabiskan dengan berehat bersama keluarga terpaksa di korbankan. Hari ni & esok aku terpaksa ke opis untuk supervise data updated untuk projek migration dari CM ke SMS. Banyak data kena di"basuh" sebelum dapat di hantar ke SMS. Dateline pulak ketat sangat. Terpaksalah berhempas pulas menyiapkan nya secepat mungkin.
Hari ni aku dapat mengumpulkan 17 staff untuk dtg bekerja hari ni. Tabik springggggg untuk semua. CAYALAHHHHHHHHH.
Pukul 1 aku choww. Teringat untuk singgah di Kedai Apek beli ikan ntah apa ke namanya untuk letak kat dalam kolam mini aku. Dalam perjalanan balik aku ternampak sorang mamat yang "familiar" ni tgh menapak di tengah panas. Ermmm aku berhenti untuk ambil dia. Kesian betul dah berpeluh2 yelah mana tak nya berjalan jauh di tengah panas. Rupa2nya dia std PHd dari Egypt( I guess) nak ke Bus station kat Taman Maju. Nak kejar masa utk pi KL. Sempat lagi berborak2. Selepas turun dia sempat pesan



