Sep 30, 2008

Saat berakhirnya Ramadhan

Saat yang begitu dinantikan oleh semua orang tapi yang sepatutnya saa ini merupakan saat menyedihkan kerana kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada penghulu segala bulan iaitu Ramadhan. Sudah menjadi lumrah bagi kita untuk meyenangi benda-benda yang dikira menyenangkan kita dan tidak menyukai apa yang memberatkan kita.

Sep 26, 2008

Balik kampung

Sudirman Hj. Arshad - Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )

Hati girangHo ho...
Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Sep 19, 2008

Berita baik lagi...

Alhamdullilah kebelakangan ni aku sering menerima berita baik bermula dengan kelahiran my little prince diikuti dengan pengumuman bonus tahunan dan kali ni ada satu lagi berita baik yang baru aku terima.
Aku menerima e-mail dari Manager berkenaan trip ke overseas. Seperti tahun2 lepas aku akan pergi ke 2 buah negara iaitu Mesir dan Dubai selama 9 hari bermula pada 18hb - 26 hb. lama jugak tuh.
Trip ke overseas yang aku ikuti selalu kena pada masa yang tak berapa sesuai.
Trip pertama aku kena join 4 hari selepas my weeding.
Trip kedua aku kena pergi ke Ndjamena, Chad pada masa bulan posa. Panasnya jangan ckplah. tapi nasib baiklah transit di Paris. Sejuk sikit rasa hati.
Dan kali ni aku akan pergi lagi tak berapa lama selepas aku mendpt my little prince.
Tapi apa2 pun Alhamdullilah kerana my boss masih percaya untuk menghantar aku ke sana. Kalau tengok kepada trip partner aku tuh, aku akan enjoy my trip.

Sep 17, 2008

Satu hari di hari cuti

Hari cuti tapi petangnya aku kena gak pi opis. Siapkan report untuk meeting pagi esok pukul 8.30 pagi. Nasib badanlah labu oiii. Lama gak kat opis dari pukul 2.30 - 5.30 petang.
Balik dari opis sempat lagi mencangkul rumput rampai yang tengah subur menghijau kat laman umah aku nih. Semenjak dua menjak nih lama umah aku dah di penuhi dengan lalang. Maklumlah dah 2 minggu sejak awal posa asyik ujan je sekarang baru nampak panasnya. Aku ada assistant, my little princess sibuk nak tolong, abah pegang cangkul dia pun nak pegang, abah pegang penyapu dia pun nak jugak. Hehehehehehe rajin betul dia nih mesti ikut perangai abah dia :)
Takleh lama2 gardening nanti dahaga lak. Posa nih dugaaaaaaaan

Sep 14, 2008

Yang di tunggu-tunggu


Akhirnya e-mail yang ditunggu-tunggu oleh aku dan opismate yang lain keluar jugak. Petang Jumaat aku masuk opis jap untuk settlekan urgent matters walaupun aku tengah bercuti. Semua staf-staf beria-ria suruh aku buka mail tapi diaorang tak bagitahu apa bendanya. Suspense jugak.


Rupa-rupanya e-mail dari Rector untuk semua staff berkenaan dengan bonus tahunan. Bonus tahunan akan masuk beserta gaji bulan depan. Maknanya sebelum raya lah. Alhamdullilah macam tahun lepas jugak jumlahnya. Bolehlah buat persediaan lebih sikit untuk raya tahun nih.

Jumlahnya sikit kalau nak dibandingkan dengan bonus yang diperolehi oleh staff HQ. Bak kata kawan-kawan. HQ cari duit dan kami yang habiskan duit.


Anyway Alhamdullilah

Sep 11, 2008

Satu Hari Sebelum Cuti Panjang

Hari ni hari terakhir aku keje buat minggu ni (walaupun banyak keje kena buat kat umah sepanjang ujung minggu nih). Banyak kena pulun. Semua orang heran nampak aku serius semacam jer ari nih mana taknya nak siapkan semuanya cepat (kualiti keje x terjejas ok). Selalunya aku lak yang suka pi sakat diaorang. Hehehehehe sesekali serius ok lah jugak.
Masa aku check baki cuti rupa-rupanya banyak lagi yang ada (13 hari lagi). Tahun nih aku banyak guna unrecorded leave. Yelah dah keje ari sabtu & Ahad apa lagi guna balik lah entitlement yang dapat tuh. Tahun nih kalau boleh nak habiskan cuti. Nak rehat (macam x dapat penuhi jer). Ermmmmmm we will see

Sep 10, 2008

Satu Kelahiran

Tarikh 6hb September menjadisatu lagi tarikh yang akan ku ingat sampai bila-bila. Tarikh kelahiran my little prince.

4hb September
Aku booked appointment untuk weekly check up.

5hb September
Sayang dah mula rasa sakit sekejap-sekejap tapi sempat lagi ronda-ronda kat bazaar Ramadhan.

6hb September
Kami sampai di Ipoh Specialist Hospital pukul 10 pagi. Orang ramai macam biasa. Kalau ikut pengalaman biasa dalam pukul 11- 12 barulah sampai giliran biasa. Sayang dah mengadu sakitnya menjadi-jadi. Alhamdullilah dalam pikul 11 lebih kami dapat masuk jumpa Dr. Ikut kata Dr. Sayang kena masuk ward terus sebab dah ada tanda-tanda nak bersalin Terkejut gak aku, yelah jangkaan awal Dr 16hb barulah due. Maksudnya 10hari lebih awal. Dr terus booked bilik dan sayang terus dibawa ke delivery room. Tapi aku takleh temankan dia kat dalam sana sebab aku ada bawa my little princess, takde orang lak nak jaga. Kesian betul Sayang, struggle sorang-sorang kat dalam sana. Selepas aku settle buat admission aku bawa my little princess berehat kat bilik, nasib baik dapat single room taklah ada orang kacau. Alhamdullilah dalam pukul 2.15petang aku dapat berita gembira kelahiran my little prince. Kuat betul dia menangis dah herolah katakan.


Alhamdullilah kedua-dua orang yang aku sayangi selamat. Seperti yang kami berdua rancang, my little prince kami namakan Muhammad Zakuan Ar Rayyan.



Kalau ikut cadangan asal lepas buat check up, kami dank pi shopping baju raya untuk my little princess tapi nampak gaya macam tahun lepaslah jugaklah aku shopping sorang-sorang. Isk isk isk



My little princess dah mula menunjukkan tanda-tanda cemburu, terutama bila mamanya tengah memangku my little prince.Hehehehehehe kesian dia kecil-kecil dah dapat adik. Jarak umur kedua-duanya cuma satu tahun 4 bulan je. Selalunya kalau jarak umur tak jauh mereka akan lebih rapat bila dah besar nanti. Apa nak di kata. Rezeki tuhan.



"Nurse Jr tengah bertugas"

Sep 5, 2008

Bojeng

Petang semalam balik dari opis sempat lagi aku singgah ke kedai gunting untuk bojeng (istilah orang Kelantan untuk gunting rambut). Kira ni kedai tetap aku untuk gunting rambutlah. Dengan RM6 bukan setakat gunting rambut je plus urut kepala sekali. Fuhh rasa ringan kepala sikit lepas diurut.

Selepas tuh aku menjalankan aktiviti tetap aku di bulan Posa; Ronda2 di bazaar Ramadhan. Lepas 2 pusingan aku pilih nasi goreng ayam berempah, air kelapa, Tepung Pelita (orang 2 sini panggil tepung talam / lomas). Beli sekali sup campur untuk buat lauk bersahur.

Tepung Pelita

Ermmm boleh tahan gak selera aku ari nih

Kuih Tahi Itik @ Hati Kusuma

Rindu betul nak makan kuih2 tradisional Kelantan seperti Buah Tanjung, Lompat Tikam, Akok, Nekbat, Puteri Mandi, Jala Mas, Tahi itik, Butir Nangka……..


Jala Mas

Buah Tanjung

Butir Nangka

Tak dapat makan kuih-kuih Kelantan dapat tengok gambar pun kira oklah huhuhuhuhu

Sep 3, 2008

Satu kematian & Tiga kelahiran


Dua proses yang setiap orang pasti akan tempuhi nanti. Dalam minggu ni aku dapat satu berita kematian dan 3 kelahiran. Semuanya melibatkan kawan-kawan satu pejabat. Pagi semalam aku mendapat berita tentang kematian emak Syam, salah sorang kawan baik aku dan hari ni melalui office intra mail aku mendapat 3 berita baik tentang kelahiran.


Kematian adalah sesuatu yang kalau boleh tak nak langsung kita perkatakan dan sedih bila difikirkan tapi ia akan tetap datang bila tiba masanya. Aku sendiri pernah mengalami satu peristiwa di mana 6 orang dari ahli keluargaku meninggal serentak dalam satu kemalangan jalanraya di LPT. Kalau boleh aku x nak perkara ni terjadi biarlah berlaku pada orang lain tapi Qadha dan Qadar sudah menentukan segala2nya. Selepas peristiwa pahit tuh aku di khabarkan dengan 2 berita gembira kelahiran my little princess dan juga anak saudaraku. Setiap orang pasti akan mengalami kedua2nya.


Sama2 kita sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada semua saudara kita yang telah meninggal.

Al- Fatihah

.::Al- Fatehah::.

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (1)

The Beneficent, the Merciful. (2)

Owner of the Day of Judgment, (3)

Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (4)

Show us the straight path, (5)

The path of those whom Thou hast favoured. (6)

Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Sep 2, 2008

2 Ramadhan 1429

Hari pertama keje di bulan posa. Pagi2 lagi aku di bagi senarai panjang dateline untuk submission. Ermm hari permulaan yang baik untuk bulan Ramadhan nih.
Yang paling menarik nya hari ni bagi esok pagi dah nak. Dugaan dugaan...

Pagi ni aku sibuk kan diri untuk settlekan beberapa keje yang tertangguh dari minggu lepas. Lepas settle yang tuh baru start dengan keje2 baru. Selepas sejam kepala dah start pening dengan data2 yang kena compile, dah cari tapi tak jumpa jugak. Kena cari jugak kalau tak nahaslah masa audit datang nanti. Dalam pening2 tuh tertengok status YM Eq. Laa demam rupanya bakal Dr. nih. Sempat jap borak2 dengan dia.

Sekarang nih dah pukul 1.34 tghari sepatutnya waktu rehat tapi aku pulun sakan sebab nak balik pukul 4.30 ptg. Alhamdullilah minggu lepas HRM dah antar e-mail mengenai waktu keje baru di bula posa nih. Ada peluang pi cuci mata kat baazar Ramadhan lah. Kalu pi lewat bersesak2 macam semalam lak. Niat di hati nak cari nasi kerabu dengan ayam percik (tapi tak tahulah kot2 ubah menu masa di baazar nanti).

Aug 30, 2008

Ahli baru

Insyaallah hari Isnin nih kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan, Bulan Ramadhan. Bulan dimana kita bukan sahaja harus menahan nafsu makan tetapi juga menahan jiwa dari di kotori.

Bulan Ramadhan datang dengan cabaran yang besar buat aku, saat ini aku kena bersedia bila2 masa sahaja untuk kedatangan ahli baru dalam keluargaku yang kalau ikut jadualnya pada 16hb nih. Aku harap semuanya akan selamat. Setiap kali sembahyang aku tak lupa berdoa agar semuanya akan berjalan lancar.




Petang tadi aku, sayang dan my little princess pergi shopping untuk membuat persiapan terakhir kedatangan ahli baru dalam keluarga kami. Banyak juga yang kami beli maklumlah bukan semua barang2 my little princess yang boleh digunakan untuk adiknya (dijangka lelaki). Banyak baju2 dan barang2 lain yang kebanyakannya warna biru dan hijau habis diborong oleh kami.


Aku pun tak tahu macamana asalnya sesuatu warna di kaitkan dengan gender tertentu seperti warna pink untuk perempuan dan warna biru untuk lelaki. Yang pastinya aku salah sorang yang telah terbiasa dan terikut2 dengan perkara nih. Aku sempat search google untuk menari artikel berkaitan dan di bawah ni antara artikel2 yang menarik untuk dikongsi bersama.


Why is blue traditionally for boys and pink for girls?


Best Answer - Chosen by Asker


According to the website "Gender Specific Colors," it would seem that assigning color to gender is mostly a 20th century trait. It would also seem that at one time, the color associations were reversed whencolor first came into use as a gender identifier.


In fact, this reversal of what we consider "normal" was considered conventional, even in the early 20th century.




"At one point pink was considered more of a boy's color, (as awatered-down red, which is a fierce color) and blue was more forgirls. The associate of pink with bold, dramatic red clearly affected its use for boys. An American newspaper in 1914 advised mothers, "If you like the color note on the little one's garments, use pink for the boy and blue for the girl, if you are a follower of convention." [TheSunday Sentinal, March 29, 1914.]




"There has been a great diversity of opinion on the subject, but the generally accepted rule is pink for the boy and blue for the girl. The reason is that pink being a more decided and stronger color is more suitable for the boy, while blue, which is more delicate and dainty, is prettier for the girl." [Ladies Home Journal, June, 1918]http://histclo.hispeed.com/gender/color.html - "Gender SpecificColors




"According to Jo B. Paoletti and Carol Kregloh, "The Children'sDepartment," in Claudia Brush Kidwell and Valerie Steele, ed., Men andWomen: Dressing the Part, (Smithsonian Institution Press, 1989). -In the United States: "The current pink for girls and blue for boyswasn't uniform until the 1950's.




It would also seem that Nazi Germany had something to do with theassociation of pink with femininity:



"Catholic traditions in Germany and neighboring countries reverse the current color coding, because of the strong association of blue withthe Virgin Mary...the NAZIs in their concentration camps use a pinktriangle to identify homosexuals. (The yellow star of David is thebest known symbol, used of course to identify Jews. The German systemwas quite complicated, using various symbols an colors to identifycriminals, political prisinors, an a whole range of other groups). TheNAZI's choice of pink suggests that it by the 1930s was a color thatin Germany had become associate with girls." - "Gender SpecificColors




"Here is another site backing the same color history.


"The preferred color to dress young boys in was pink!



Blue was reserved for girls as it was considered the paler, more dainty of the two colors, and pink was thought to be the stronger (akin to red). It was not until WWII that the colors were reversed and pink was used forgirls and blue for boys..." - Quote from Dress Maker Magazinehttp://www.dressmaker.com/ezine0200.shtm...




"Jo B. Paoletti concludes that the effect of color-coded genderdifferences (pink for girls, blue for boys) existed oppositelyinitially..." - Quote from book review "The Material Culture ofGender, the Gender of Material Culture" - Winterthur, Del.: HenryFrancis du Pont Winterthur Museum, 1997 - From the Journal of AmericanHistory - Please note that this is a cached page as the current pageis different:http://tinyurl.com/iy31




While there are also myths and legends supporting both or either colorfor gender identification, those resources dealing with straighthistory date the identification of pink with femininity to the periodof World War II or later.



Search - googleTerms - color + gender identity, pink +for girls +and blue +for boys -(note, the + signs are used to the google search will include thewords)



Source(s):
Google Answers




Aug 29, 2008

Andai ini Yang Terakhir

Hari ni aku dapat satu e-mail dari kawan aku dan aku berharap dapat berkongsinya bersama-sama kawan-kawan semua

ANDAI INI
YANG TERAKHIR



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN



Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) has narrated
that the Holy Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:

"When the month of Ramadhan starts,
the doors of heaven are opened,
the doors of the hell are closed,
and Satan is put into chains"

(Sahih Muslim Kitab-ulSaum).


Aug 20, 2008

One Day Off

Dalam bz membuat persediaan utk konvo ujung minggu nih sempat lagi aku ambil unrecorded leave (kena abiskan unrecorded leave nih kalau tak rugi). Sepatutnya ada EC 2 meeting tapi boss aku dah bagi lampu hijau utk cuti aku, sayang Kak Su hehehehehehe bodek jangan tak bodek.

Walaupun cuti jadual aku hari nih penuh pagi2 lagi aku dah bawak sedara aku pusing2 bandar Kuala Kangsar. Diaorang nak sangat tengok Masjid Ubudiah tuh. Tercapai jugak hasrat diaorang then aku bawak pusing sekali ke Istana Iskandandariah kat bukit Chandan. Pukul 10.30pg diaorang bertolak pulang ke Kota Bharu.

Jadual aku seterusnya ke Klinik Pakar Kanak2 Yee & Lee kat Ipoh untuk buat follow up medical check up. Semuanya berjalan lancar dan mengikut kata Dr. Yee, my little princess dah bebas sepenuhnya dari jangkitan kuman. Alhamdullilah


Destinasi seterusnya ke Ipoh Specialist, Sayang ada appointment pukul 12tghari. Bukan seperti hari biasa hari ni kami tak menunggu lama nama sayang dipanggil. Dr. request sayang terus sambung rehat selepas habis cuti sekolah nih. Dia bagi MC bermula dari 25hb - 29hb. Jadi hujung takyah lah aku berulangg alik lagi dari Sri Iskandar ke Lenggong dalam masa terdekat nih.

Pukul 2 petang aku sampai kat umah. Apalagi terus zzzzzz susah nak dapat peluang zzzzzz masa tengah2 minggu camnih.

Aug 19, 2008

Countdown


Lagi 5 hari countdown for UTP 8th Convocation, bermakna lagi 5 hari jer tinggal untuk buat segala macam persediaan yang patut dan bermakna hari2 aku bertambah bz le. Walaupun letih tapi aku really enjoy be part of event management team utk setiap kali convocation procession.
Nama glamer bagi team kami, "Marshall".


Bermula dari 18hb, setiap pagi dari pukul 9.3opg-12 tghari aku akan terlibat dengan rehearshal. Kena buat betul2, spt kata pepatah practice make perfect (betul ke ayat aku nih). Tahun nih lain sikit kalau nak dibandingkan tahun lepas coz ada 2 session (pagi dan petang). Tuh bermakna ada extra workload.




Suasana convo dah mula terasa di dalam kampus. Decoration dan banner dah mula naik di tepi2 jalan. Suasana meriah yang hanya berlaku sekali setahun.