Feb 26, 2009

Satu hari di hari cuti

Tasik Raban

Hari aku cuti dan berehat je kat rumah sayang di Tasik Raban. Selepas hantar sayang dan my little princess ke sekolah dan rumah pengasuh aku ke pekan Lenggong cari makan. Aku makan kat warung di pekan Lenggong. Tenang sungguh keadaan di sini. Semuanya bergerak perlahan. Tak de apa yang nak dikejarkan. Masing-masing kelihatan tenang saja. Nilah nikmatnya duduk di kampung.




Pekan Lenggong



Pekan Lenggong dari atas bukit

Lepas tuh ingatkan nak siapkan tugasan yang aku bawak balik umah tapi tak jadi bila aku perasan yang line postpaid celcom aku tetiba je keluar message" Simcard registration failed". Baru aku teringat minggu lepas aku ada register broadband. Bila lak pulak simcard baru aku nak ok nih. Aku keluar ke Kuala Kangsar untuk cari Celcom Centre lepas melilau beberapa kali dan tanya kedai jual hp rupa2 nya Celcom Center yang berdekatan cuma ada di Taiping dan Ipoh je. apa boleh aku buat. Malaslah nak turun ke Ipoh.

Bandar Kuala Kangsar


Sempat juga aku beli hadiah untuk my little princess.

Feb 13, 2009

Selamat Harijadi yang ke 34 Abe Zul

Selamat Harijadi yang ke 34 Abe Ju.


Zulkarnain atau dikenali dengan nama manja "Abe Ju" oleh kami adik beradik. Sudah 2 tahun aku tak dapat ucapkan pada Abe Ju semenjak dia meninggalkan kami secara tak di duga pada 25 Julai 2006. Bagi aku Abe Ju sentiasa ada di sisi sepanjang masa. Kadang-kadang terasa betul kehilangan Abe Ju. Abe Ju lah tempat aku meluahkan masalah dan segala benda lagi dan aku akan rasa begitu lega selepas meluahkannya pada Abe Ju. Abe Ju betul-betul seorang pendengar yang setia. Sentiasa ada bila sahaja aku memerlukan mu. Walaupun jarak umur kita cuma setahun tetapi Abe begitu matang dalam semua perkara. Aku betul-betul kagum denganmu. Abe Ju betul-betul seorang pendengar yang setia. Sentiasa ada bila sahaja aku memerlukan mu.
Memang kadang-kadang kita selalu bergaduh dan tak nak mengaku kalah dianatara satu sama lain tapi itulah yang membuatkan kita bertambah rapat. Kita bersekolah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah di sekolah yang sama. Aku tahu kadang-kadang Abe Ju rasa aku ni menyusahkan kerana selalu mengekor kemana saja Abe Ju pergi tapi Abe Ju tetap sabar melayan karenah ku. Aku betul-betul rindukanmu pada saat ini...

I Miss My Big Bro
From day one,
without knowing it,
I loved you with all my heart.
As I grew older I looked up to you and to no other.
Yes, we fought many of times but you supported,
and encouraged me in everything I did.
You were my best friend and my hero.
At night I miss the sound of your music,
I miss you climbing through the window when you were late.
I miss your comfort and the way you made me feel safe.
I miss our nonsense arguments and all our wrestling matches just to pass time.
I like to remember our times together good times and the bad.
I regret the times I yelled at you when you were only trying to help,
but you know I only did it because you did it to me.
I wanted to do everything you did,
because I wanted to JUST like you!
I miss your smile,
and I miss the way our room smelt of your cologne.
But most of all I miss your reassuring hugs and playful kisses.
I wish I could go back and tell you how I felt,
tell you that I really need you no matter what I said.
I kept your favorite sweater and wear it every time I miss you
like I did when I was little.
I will always love you no matter how long its been,
since the day your life came to an end.

I miss my big brother.

(by Lora Sedell)





Al-Fatihah untuk Abe Ju. Semoga beliau bersemadi bersama-sama golongan-golongan yang beriman. Amin

Feb 8, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Tahun ni boleh dikatakan tahun rehat bila banyak cuti umum/negeri terletak dalam jarak masa yang berdekatan. Bermula dengan New Year (1hb January), Chinese New Year (26 & 27 January), Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah (3hb February) dan minggu ni Thaipusam (8hb February). Banyak kawan-kawan aku mengeluh kerana terpaksa menyusun balik jadual tugasan supaya semua kerja dapat di selesaikan (walaupun masing-masing still dengan mood cuti, termasuklah aku nih).
Jom cuti-cuti Malaysia (lupakan keje sekejap)

Jan 23, 2009

Welcome back


Aku selamat kembali ke Malaysia petang selasa. Lama betul aku tak update kat blog ni. Aku akan menulis tentang trip aku ke Istanbul dan Ashgabat bila aku lapang sikit. Bila masuk opis semalam berlambak-lambak keje tengah menunggu. Ermmmm keje ... keje...

Jan 7, 2009

Keje kat rumah

Ari ni aku balik keje awal sikit walaupun keje tgh banyak. Balik bukannya boleh rehat, nak tak nak aku kena siapkan jugak report kerana dateline dah dekat. Sebelum balik ke rumah aku singgah dulu kat restoren beli dinner. Hari ni aku order nasi goreng paprik je.


Lepas Maghrib aku tido jap sebab plan nak bangun kemudian untuk siapkan keje opis. Dalam pukul 10 aku dengan malasnya bangun.



Ada satu tabiat buruk aku bila bukak komputer ni ialah melencong surf bukannya terus wat keje. Macam skrg nih kononnya nak rehat jap dari wat keje opis tup tup hampir sejam lebih aku surf internet, siap boleh baca blog kengkawan.


Apa lah nak jadi ngan ko ni isk isk isk......

Jan 3, 2009

Oversea Trips


Hari ni aku dapat itineary untuk overseas trip ke Turkmenistan. Aku akan ke Ashgabat pada 15hb -19hb January untuk organise UTP Convocation for Turkmenistan students. Kalau ikutkan convocation sebenar sudah lepas iaitu pada bulan August lepas, tapi special convocation ni diadakan untuk meraikan students dan family mereka yang selalunya tak dapat attend real convocation di UTP.

Aku akan ke sana dengan VVIP. Ermmm susah jugak kalau aku sorang jer yang kena organize everything. Takpe2 masa nih lah aku kena buktikan everything is well organize untuk function nih.

Yang menariknya trip aku ke Ashgabat, Turkmenistan ialah aku akan transit di Dubai dan juga Istanbul. Best tuh. Letih sikit pun takpe bukannya selalu kan.

Dec 30, 2008

Felda Residence & Hot Springs

Esok dari pagi sampai petang akan diadakan family day UTP. Tahun ni tempat yang di pilih adalah di Felda Residence & Hot Springs kat Sungkai Perak kira-kira satu jam lebih drive dari Sri Iskandar. Dah lama aku bercadang nak pi bercuti kat sana nampaknya kali ni jadilah.


Aku mengambil keputusan untuk pergi kesana awal sehari supaya aku dapat berehat sambil bercuti bersama keluarga. Lepas Zuhur aku bertolak ke sana. Dalam perjalanan kami berhenti di R&R Tapah antara tempat yang akan aku singgah untuk makan2 dan berehat bila setiap kali aku lalu area nih. Kali ni kami makan di Shalala Cafe. Boleh tahan jugak nasi lemak rendang kat sini.


Lepas Asar kami sampai ke hotel. Boleh tahan jugak tempat nih kalau tengok dari luar. Lepas check in aku terus ke bilik 106. Bilik lebih besar dari deluxe room di mana-mana hotel. Selepas berehat sekejap aku dan family pusing-pusing area resort nih. Luas kawasannya. Ada kolam air panas dan juga kolam air gunung. Tempat khas untuk merebus telur pun ada.
Di padang banyak kawan-kawan aku yang jadi AJK tengah membuat persiapan terakhir untuk family day esok. Salleh Yaacob pun ada. Rupa-rupanya dia jadi MC untuk acara esok.

Dec 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

29hb December 2008 seluruh umat Islam akan menyambut maal hijrah 1430H. Sesuatu yang unik ialah kita menyambut maal hijrah 1429H dan 1430H pada tahun masehi 2008.



اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ.



“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

Dec 26, 2008

Satu hari di Ipoh

Hari ni aku cuti, saja je nak abiskan cuti tahunan yang masih banyak lagi berbaki. Kira kalau campur dengan public holiday semalam, dan isnin akan datang aku dapat berehat selama lima hari. Best tuh. Kalu semalam satu hari aku rehat jer kat rumah bersama family, hari ni kami keluar meronda2 kat Ipoh.

Cadangnya banyak tempat yang nak di tuu tapi last2 kami habiskan masa hampir satu hari di Jusco Ipoh. Dah lama kami sekeluarga tak keluar shopping bersama2. Kalau sebelum nih aku, sayang dan my little princess je tapi dengan kehadiran my little prince kami sekarang berempat. kira sorang satu jaga. Mamanya dengan Rayyan dan aku jaga Umairah. Letih jugak kejar my little princess yang asyik berlari ke sana sini. Hehehehehehe

Banyak jugak duit abis untuk shopping hari ni yang kesemuanya untuk our little children.

Bukan main lagi Umairah sampaikan tak nak turun dari horshe (sebutan Umairah)

Dec 14, 2008

Terima kasih semua



Terima kasih di atas ingatan semua yang sudi wish birthday aku kali ni samada melalui call ataupun sms. 13hb lepas genaplah 32tahun umur aku. dari malam 12hb sms banyak masuk dan yang paling istimewa tepat jam 12 malam bonda tersayang call, siap nyanyi birthday song lagi. Sayanggggg "chik".Sama-sama kita berdoa agar kita mendapat keberkatan Aidiladha yang baru sahaja berlalu dan Awal Muharam yang akan menjelang. Semoga segala pengorbanan dan ibadah kita diterima oleh ALLAH.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis”.

Dah hampir 2 tahun lebih aku kekurangan 3 wish dari 3 org tersayang, Kak Dah, Abe Zul dan Matayi.

Dec 1, 2008

Ambang 10 Zulhijjah 1429H

Seminggu sahaja lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 8hb Dec 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H. Alhamdullilah cuti yang aku apply pada 9 dan 10 hb baru saja lulus. Jadi ada lah masa aku celebrate raya kat Kelantan lama sikit. Raya tahun nih aku tak buat korban atau aqiqah seperti tahun2 lepas. Tapi anak sedara aku dah booked aku untuk tolong melapah daging. Satu kerja yang setahun sekali aku buat. For sure aku lah yang kena tolong basuh perut lembu.

Alamakkk

Umairah pakai baju baru

Nov 26, 2008

Rehat...



Hari Sabtu lepas aku sempat curi masa untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor berseorangan. Aku memilih Pangkor kerana faktor jarak dan masa untuk ke sana yang hanya 30minit dari Sri Iskandar. Aku keluar dari opis pukul 1.30petang dan selepas pack serba sedikit aku bertolak ke sana. Aku sampai di Pekan Lumut pada pukul 2.15 petang dan bergegas ke jeti untuk berjumpa dengan En. Fuad, chalet agen. Aku selalu menggunakan khidmat En. Fuad untuk mendapatkan chalet di sana. Bukannya senang nak dapat bilik kosong dalam musim cuti sekolah ni. Aku dapat bilik di Havana Chalet. Ok gak chalet nih walaupun terletak agak jauh dari chalet2 lain.

Kunjungan aku ke Pangkor kali ni agak berlainan sedikit. Kalau sebelum ni aku ke sana bersama keluarga tapi kali ni aku berseorangan. Bukannya apa tapi disebabkan mereka masih lagi bercuti di kampung. Kalau nak balik ke Kelantan tak sempat rasanya kerana aku terpaksa bekerja pada pagi sabtu sampai pukul 1.30 petang.

Kunjungan kali ni aku benar-benar berehat. Menenangkan hati dan merehatkan tubuh yang telah berkerja keras akhir2 ni.

Happy holiday

Nov 18, 2008

Rutin




Dalam minggu nih rutin harian aku berubah. Jadual kerja menjadi bertambah ketat maklumlah minggu peperiksaan akhir belum habis lagi. Dalam minggu nih aku akan sampai di pejabat dalam pukul 7.30 pagi dan balik dalam pukul 7 malam atau lebih lagi.

Banyak benda perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat. Ditambah lagi dengan Migration system dari SAP ke SMS. System setup perlu disiapkan sebelum hujung bulan nih. Letih wooo

Nov 13, 2008

Jiwa kosong

Hari ni setelah semua persiapan untuk peperiksaan sudah sedia, aku balik ke rumah awal sedikit dari biasa. Kepala rasa berat semacam je, nak balik rumah dan rehat. Sesampai di rumah aku baring jer. Rasa tak larat badan. Malamnya aku cuma makan sate yang aku panaskan dengan microwave. Tak larat nak masak (bukannya pandai sangat pun) dan malas nak kluar pi kedai.



Malam nih sambil2 rehat terfikir tentang hidup aku kebelakangan nih. Jiwa rasa kosong jer. Boring. Rutin harian aku lebih tertumpu pada keje. I really miss my children dan semestinya my sayang yang masih lagi berada kat kampung. Aku rindu dengan panggilan manja my sweet little princess memanggil "Abah... abah".


Esok aku tak dapatlah pulak nak drive ke Kelantan sebab ada peperiksaan sabtu pagi dan petang. Minggu depan pun tak tentu lagi arghhhhhhh