Mar 16, 2008

Selamat menulis kembali....


Salam di hari minggu...

Selamat menulis kembali.

Akhir-akhir ni, banyak desakan yang menyuruh aku kembali menulis blog. Kawan2 mengutuk aku kononnya, aku ni tak up to date lah dan bla bla bla (Ooooo ada ubi ada batas, ada hari aku balas). Aku bukannya apa, jadual harian aku sekarang ni boleh dikatakan hectic dengan tugasan kerja dan rutin keluarga.

Bukannya nak mengeluh tapi semenjak isteri aku dapat transfer ke Lenggong, Perak... aku berulang alik 2 kali seminggu ke sana. Sayang punya pasal aku tak kisah, lagi2 dengan keadaan isteri aku yang tgh mengandung 3 bulan sambil menjaga baby Umairah yang semakin lasak dari hari ke hari. aku kena bagi moral support pada "Sayang". Dia banyak berkorban. Tq sayang, abang sentiasa sayangkan "Sayang" sehingga ke hujung nafas. Chewahhh jiwang lah pulak.

Tukar topik lak...

MORNING

M-ake the most of it.
O-pen your heart and mind.
R-emember to thank God.
N-ever frown
I-magine me
N-othing to worry.
G-ood Morning!

Hari Sabtu yang sepatutnya dihabiskan dengan berehat bersama keluarga terpaksa di korbankan. Hari ni & esok aku terpaksa ke opis untuk supervise data updated untuk projek migration dari CM ke SMS. Banyak data kena di"basuh" sebelum dapat di hantar ke SMS. Dateline pulak ketat sangat. Terpaksalah berhempas pulas menyiapkan nya secepat mungkin.
Hari ni aku dapat mengumpulkan 17 staff untuk dtg bekerja hari ni. Tabik springggggg untuk semua. CAYALAHHHHHHHHH.


Pukul 1 aku choww. Teringat untuk singgah di Kedai Apek beli ikan ntah apa ke namanya untuk letak kat dalam kolam mini aku. Dalam perjalanan balik aku ternampak sorang mamat yang "familiar" ni tgh menapak di tengah panas. Ermmm aku berhenti untuk ambil dia. Kesian betul dah berpeluh2 yelah mana tak nya berjalan jauh di tengah panas. Rupa2nya dia std PHd dari Egypt( I guess) nak ke Bus station kat Taman Maju. Nak kejar masa utk pi KL. Sempat lagi berborak2. Selepas turun dia sempat pesan
"kerja2 jugak tapi jangan lupa lak kualiti time di hujung minggu bersama keluarga".
Ada betul jugak apa yang di pesan tuh. On my way back terngiang2 apa yang di katakan oleh mamat tuh.

No comments: