Dec 26, 2011

Happy Birthday my little Princess Baby Zara


Alhamdullilah sekejap je masa berlalu. Hari ni genap setahun umur my little Princess Baby Zara. Yang istimewanya 1st birthday dapat di sambut bersama my big brother and my lil sis dan juga anak2 saudaraku di Pulau Pinang.

Susah betul nak cari kedai kek yang buka masa Krismas, habis seluruh kawasan Batu Feringi kami redah. Nasib baik ada satu kedai kek yang buka, itupun kat area Tanjung Bungah.

Semoga Baby Zara menjadi anak yang solehah, mendengar kata abah & mama dan menjadi adik yang baik untuk Kak Bellah dan Abang Aleam.

We all love you so much.

Dec 25, 2011

Percutian dua dalam satu di Pulau Pinang

Percutian dua dalam satu di Pulau Pinang. Ya dua dalam satu - meminang dan bercuti.


Tak sah kalau ke Pulau Pinang kalau tak naik feri

Seronok Kak Bellah & Aleam dapat naik feri lagi


Semua adik beradik aku berkumpul di rumah aku untuk sama-sama ke Pulau Pinang mengikuti rombongan meminang anak saudara aku, Zulhisyam. Tarikhnya 25 December jatuh pada cuti umum sempena Hari Krismas. Tarikh yang patut di elakkan kalau hendak ke sana. Tapi apa nak di kata tarikh inilah yang dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.Memandangkan Krismas jatuh pada hari Ahad secara automatik cuti bertambah satu hari lagi. Memang cuti sakanlah kali ni hehehehe. 

Pantai Batu Feringi


Tempat penginapan kami di sponsor oleh Abang Yie. Terima Kasih banyak-banyak Abang Yie.

Kami semua menginap di Apartment Bayu berhadapan dengan Hard Rock Hotel di Batu Feringhi. lokasi yang strategik.Apartment ini dilengkapi dengan semua kelengkapan asas kira selesa kalau bercuti bersama keluarga. Satu  Memang meriah kali ni semua adik beradik dan anak saudara ada kecuali anak-anak abang Zaid je yang takde.

Masjid Terapung
Jarak dari tempat kami menginap ke rumah bakal tunang Syam taklah jauh sangat, tapi sebab cuti umum dan sepanjang jalan ke Batu Feringgi  ada beberapa pantai yang menjadi tumpuan ramai, jalan jadi sesak. Mana taknya kenderaan di letak di bahu jalan. Jalan yang luas menjadi sempit. Ermmmmm.

Cenderamata wajib dari Pulau Mutiara, Jeruk di Pasar Chowrasta

Percutian kali ni memang seronok bukan sahaja sebab semua ada tapi disebabkan oleh lokasi tu sendiri. Insyaallah aku dan keluarga akan bercuti lagi ke sini.


Selamat Bertunang untuk Syam & Bib

Antara ahli keluarga yang mengikuti rombongan meminang



Tahniah Syam & Bib



Dec 13, 2011

Happy Birthday

Hari ni genap umur aku 35 tahun. Terima kasih semua di atas ucapan dan ingatan. Hanya Allah dapat membalasnya. Aminnn

Dec 11, 2011

Puncak Titiwangsa

Suasana Tengahari di hentian Rehat Titiwangsa.
Sejuk udaranya dengan angin yang menghembus fuhhh macam di Cameron Highland rasanya. Hilang sekejap letih memandu. Tapi baru setengah perjalanan ni Arghhhhhhhh




Pose dari Chik tersayang

Dec 9, 2011

Sang Rembulan


Sang Rembulan yang setia menemani aku sepanjang perjalanan aku dari Bandar Sri Iskandar, Perak ke Kota Bharu, Kelantan. Teman yang setia menemani ku yang keseorangan. Cahayanya yang samar-samr memperlihatkan sudut berbeza Belanatara di malam hari. Suatu keindahan yang penuh misteri. Tapi sang Rembulan mula malu-malu menunjukkan wajahnya bila aku mula merentasi Banjaran Titiwangsa.



Si Dia mula menyembunyikan diri di sebalik awan tebal yang menghadirkan hujan gerimis dan kabus di malam hari di tengah-tengah belantara.

Subhanallah
Indah sungguh ciptaan Allah

Hentian Rehat Titiwangsa Jalan Timur- Barat di selimuti kabus nipis

Nov 27, 2011

HIjrah di bumi bertuah - Salam Awal Muharram 1433H



Tahun ini aku bertuah kerana dapat menyambut Awal Muharam di bumi bertuah. Bumi Anbia, bumi yang penuh dengan sejarah kegemilangan Islam. Bumi Erbil, Kurdistan Iraq. Aku sempat mengaminkan doa akhir tahun sebelum maghrib dan di ikuti doa awal tahun selepas solat maghrib di ketuai oleh Encik Din wakil dari KPJ. Pukul 4.50ptg sudah masuk waktu maghrib.

Semoga tahun baru 1433H memberi lembaran baru aku sebagai seorang Muslim dan membentuk aku menjadi insan yang kamil.

Aminn



Nov 22, 2011

Gemuruh Suara - Team Malaysia's Theme Song

Sukan adalah salah satu cara untuk memupuk perpaduan dan semangat cintakan negara. Contoh terdekat kita boleh tengok malam tadi pada perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di antara Malaysia & Indonesia. Satu perlawanan yang menarik. Sudah lama perlawanan kompetitif macam ini di tunggu-tunggu oleh peminat-peminat Harimau Malaya.

Semua kelompok masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum sama-sama menyaksikan dengan penuh minat. Memberikan sokongan yang padu pada pasukan negara. Memberi sokongan yang tak berbelah bagi untuk pasukan kesayangan mereka yang sedang berjuang di Stadium Bung Karno Senayan, Indonesia menghadapi bukan sahaja pasukan Indonesia tetapi semua penyokong tuan rumah yang bagai begitu anti pada Malaysia. Apa sahaja perlawanan yang ada penglibatan pasukan negara di berikan pandangan negatif. Kali ini atlet negara perlu mempersiapkan diri mental dan fizikal bagi menghadapi suasana yang begitu "lain" di Jakarta dan Palembang.
Semoga semangat serumpun yang di war-warkan menjadi kenyataan dan hubungan baik di antara kedua-dua negara kekal selamanya.

Syabas pasukan Harimau Muda.



Apple of my eyes

Hari ni hari pertama aku keseorangan di rumah setelah menghantar keluarga bercuti di kampung. Rumah yang selalunya penuh keceriaan dengan suara anak-anak kini sunyi sepi. Satu suasana yang terasa begitu asing. Tiada suara yang menyambut aku pulang dari pejabat. Bagi sesetengah orang suasana sunyi adalah satu nikmat tapi bagi aku setelah berkeluarga aku merindukan satu suasana yang penuh dengan suara anak-anak. Suara mereka bagai kan satu irama yang begitu indah bagi aku.

Abah rindukan mama, Bellah, Rayyan dan baby Zara.

Nov 18, 2011

Tazkirah Jumaat: Doa Minta Cahaya

Sama-sama kita renungi dan hayati sebuah kisah yang dikongsikan rakan saya melalui e-mail.



Sebuah doa Rasulullah SAW yang bermaksud:” “Allah Tuhanku jadikanlah cahaya dalam hatiku, pada jiwaku, pada lisanku, pada penglihatanku, pada pendengaranku, di hadapanku, di belakangku, di atasku, di bawahku, dikananku, di sebelah kiriku, pada kemudahanku, di dalam darahku, di dagingku, jadikanlah seluruh tubuhku bercahaya dan besarkanlah cahaya itu bagiku.”

Kita sangat memerlukan pada cahaya dalam kehidupan seharian di dunia ini, begitu juga di akhirat nanti. Kita perlu pada cahaya untuk meniti titian Sirat yang penuh dengan kegelapan. Cahaya inilah yang akan menyuluh kegelapan di sana nanti. Maka Rasulullah s.a.w. mengajarkan doa ini kepada umatnya, walaupun Baginda sendiri tidak perlu meminta tetapi itulah sifat tawadduknya.

Amalan yang soleh (baik) juga melahirkan cahaya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : ” Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)” (Hadis Riwayat Abu Sa’id)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka (Al-Mulk), Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sabda Rasulullah saw,”Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah dan Al Qur’an sesungguhnya ia adalah cahaya kegelapan, petunjuk di siang hari maka bacalah dengan sungguh-sungguh.” (HR. Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda:”Serban atas ketayap adalah perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin, akan diberikan pahala pada hari Kiamat bagi tiap-tiap lilitan serban yang dililiti seseorang atas kepalanya satu cahaya.


Nov 15, 2011

Hari Kecemerlangan dan Ihtifal PASTI

Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh my little princess kerana hari ni adalah Hari Kecemerlangan dan Ihtifal PASTI. Sudah sebulan lebih dia berlatih berdoa, membaca surah dan bernasyid. Hampir setiap hari dia akan ingatkan aku supaya hadir. Bila aku cakap abah tak nak datang mula lah merajuk sambil cakap, "Bellah nak bagitahu cikgu abah tak nak datang".

Nasib anak akulah dapat abah yang kuat menyakat Hehehehehe

Abah akan datang my little princess. Mana boleh terlepas peluang tengok anak abah buat persembahan. Tak sangka pula my little princess boleh buat persembahan di depan orang ramai. Bangga abah tengok.
Umairah: Barisan depan dua dari kanan

Anak aku tidak menduduki peperiksaan kerana baru berumur 4 tahun. Tahun depan barulah aku boleh tahu macamana performance my little princess dalam pelajaran.

Memang tak rugi menghantar my little princess ke PASTI yang mengabungkan akademik dan rohani. Hasilnya walaupun baru berumur 4 tahun, banyak surah dan doa yang di hafalnya. Dia pun dah kenal huruf jawi, rumi dan nombor. Siap boleh ajar Rayyan baca surah, doa dan nasyid.

Sekarang ni my little princess mula belajar mengeja (mengabungkan dua suku kata). Cuma kadang-kadang tersasul BO LA = susu. Takpe my little princess. Practise make perfect.

Insyaallah kalau Bellah rajin tahun depan bolehlah Bellah bacakan buku untuk abah ya.


Nov 11, 2011

Daulat Tuanku


Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42  pada 11 November 2011.
Daulat Tuanku

Tazkirah Jumaat: Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku ingin berkongsi artikel yang pernah aku dapat melalui email untuk sama-sama dihayati. Semoga kita sama-sama mendapat manafaatnya. Aminnn

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."



Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Oct 27, 2011

Hari Sukan Pertama My Little Princess

Hari hari sukan anjuran PASTI peringkat Sri Iskandar & kawasan-kawasan sekitarnya. Hari ini juga merupakan kali pertama my little princess menyertainya. Bukan main bersemangat lagi dia. Dari malam tadi lagi tak habis-habis bercerita pasal  hari sukan ni. Acara pertama ialah perarakan kontijen-kontijen. Nampak cute je bila tengok kank-kanak berbaris dengan pelbagai gelagat dan karenah. Aku dan keluarga tiba agak lewat jadi my little princess tak sempat dipakaikan kostum oleh cikgu-cikgu, tapi dia sempat sertai perbarisan.



Untuk kategori 4 tahun 3 kategori di pertandingkan. Untuk acara pertama kumpulan my little princess mendapat tempat kedua. Good job Bellah.



PASTI dari Taman Maju mendapat tempat kedua keseluruhan. Kira oklah tu. Satu pengalaman menarik untuk my little princess dan juga kami sekeluarga.

Oct 17, 2011

Oct 9, 2011

Sepagi di Teluk Batik


Sudah lama aku tak bawa family berjalan-jalan. Dalam kesibukan menguruskan proses keputusan untuk peperiksaan akhir semester Mei dan juga konvokesyen UTP kali ke 11, aku sempat mencuri masa untuk membawa keluarga ke Teluk Batik.


Kami bersarapan pagi di sana. Walaupun sekejap aku puas bila lihat anak-anak begitu gembira dapat bermain dan berseronok di sana.

Aug 1, 2011

Ramadhan datang lagi

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al Mubarak
Alhamdullilah akhir masih lagi sempat mengecapi nikmat Ramadhan 1432H. Semoga aku dan keluarga dapat mengunakan sepenuhnya peluang yang ada di bulan yang penuh keberkatan ini untuk beribadat. Insyaallah.

Tazkirah Ramadhan: Jadual harian seorang Muslim di bulan Ramadhan

4.00 pagi Bangun!

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakai! an yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH

Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.

Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.



7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.

Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai

sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud

syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW :

"Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam kan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Jul 9, 2011

Berehat akhirnya (Part 1)


Aku berjaya apply cuti selama 6 hari (termasuk sabtu & ahad). Rekod baru untuk aku. Setelah berhempas pulas kerja dari April hingga sekarang tanpa rehat akhirnya aku nekad untuk curi masuk untuk merehatkan sekejap minda, badan dan otak dan bermalas-malas dengan keluarga.


Destinasi aku kali ni ke Bukit Tinggi Pahang selama 3 hari 2 malam. Sebelum booking bilik di sana aku sudah buat short research berkenaan tempat tu. Kalau di lihatkan pada lokasi dan rekabentuk hotel memang unik dan mendamaikan, cuma aku terbaca mengenai komen pengunjung di sana berkenaan makanan di sana. Harganya memang mahal dan terhad kepada western food sahaja.


Maksudnya aku kena buat preparation bekalan makanan di sana. Kalau tak meragam lah my little princess & notty prince aku nanti.

Aku drive ikut highway melalui KL bagi mengelak kan jalan yang berpusing2 kalau ikut jalan lama melalui Genting Highland.

First impressiona ku, Berjaya Colmar Tropicalle memang cantik dan unik dengan rekabentuk perkampungan Perancis di tengah-tengah kawasan bukit. Begitu tenang dan mendamaikan.