Oct 24, 2009

Konvo

Hari ni konvo my beloved little sister kat UiTM Shah Alam. Aku ambil cuti semalam untuk bantu my sister semasa raptai konvo. Semua adik beradik ada di Klang, rasa macam raya lak. Chik dan Abang Zaid akan masuk ke Dewan Sri Budiman, jadi diaorang kena turun awal dari rumah. Nak dibuatkan cerita semasa dah sampai di dalam kawasan UiTM, kereta yang dipandu oleh Syam, anak saudara aku dilanggar oleh salah seorang bakal graduan. Mungkin dia kelam kabut kerana pada masa tuh dah agak lewat berkumpul bagi para graduan. teruk jugak kereta kemik kereta abang ipar aku.

Aku dan ahli keluarga yang lain bertolak ke UiTM agak lewat lebih kurag pukul 10 pagi. Disebabkan oleh keadan kawasan kampus yang berbukit semua kereta graduan dan keluarga di minta diletakkan di kawasan padang kawad, berhadapan stadium UiTM. Dari situ ada bas yang berulang alik ke dewan Sri Budiman tempat dimana penganugerahan dijalankan.


Seronok juga my little princess bila dapat naik bas. Tergelak aku tengok aku keletah my little princess. Semasa aku sampai acara dah hampir habis kira elok sangatlah tuh.

 Selepas habis bergambar aku dan famili pi lunch sama-sama.




Tahniah Yan

Oct 21, 2009

Rayyan Bojeng

Rambut my little prince, Rayyan, ikal. Tak tahulah ikut rambut sapa. NAk dibuatkan cerita masa balik Raya kat kampung ari tuh semua gelakkan dia sebab bila dah panjang dan ikal nampak macam girl lak walaupun berbaju melayu dan bersampin.

Jadi minggu lepas aku ambil keputusan untuk gunting dan trim sikit rambut dia kat kedai gunting rambut yang selalu aku pergi. ni kali pertama rambut Rayyan digunting selepas dicukur masa Raya tahun lepas. Baiklah pulak dia masa mamak tuh tengah potong. tak menangis dan bergerak pun. mungkin dia heran tengok Mamak tuh pegang gunting sambil potong rambut dia. Wahh selepas di potong barulah nampak macho macam abah dia. Hehehehehe






Sebelum


Selepas

Oct 13, 2009

Senyumlah




Hari ni baru aku rasa boleh senyum dengan ikhlas. Semalam nak angkat muka pun susah. Asyik menatap monitor komputer je. Sampaikan kawan-kawan opis perli, " Engkau ni macam nak masuk dalam monitor tu je, berkerut dahi tengok monitor tu senyumlah sikit". lantaklah apa orang nak kata. Yang penting kerja aku settle.

Disebabkan mood aku baik hari ni dan asyik tersenyum. Aku nak ajak semua orang senyum sama. Bukankah senyum itu adalah sedekah.

Ni antara artikel menarik yang ingin aku kongsikan bersama kawan-kawan.

SENYUMLAH...

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.



4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.




7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.



11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.



12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pulak cukup sekadar nya sahaja ok.

Oct 12, 2009

Hari yang suram

Hujan lebat di pagi hari. Permulaan hari Isnin yang begitu suram. Mood keje dipermulaan minggu samalah dengan cuaca diluar. Tugasan di pejabat taklah sesibuk minggu lepas. Tapi kena plan carefully aktiviti-aktiviti bulan nih. Sebabnya awal bulan depan pelajar-pelajar dah start peperiksaan akhir bermula dari 9 November hinggalah 4 December. Lama tuh. Tengah2 exam adalah pulak Hari Raya Haji. Kena plan cuti sekali.

Tapi kalau ikutkan plan asal hujung minggu nih dan minggu depan kena turun ke Klang pulak.Cuti 23hb belum apply lagi. isk isk isk

Oct 7, 2009

Demam Selsema


Petang semalam aku rasa tak sedap badan, seram sejuk dibuatnya, pening dan lenguh-lenguh. Nak demam ke aku nih. Kalau yea mesti berjangkit dari my family. Isnin lepas Mama dan my my little princess demam selsema dan pagi selasa my little prince pulak demam dan akhirnya kecundang juga abahnya dek virus berjangkit nih yea. Jangan swine flu sudahlah. nauzubillahiminzalik

Klik sini untuk sedikit sebanyak maklumat mengenai flu.
Kalau ikutkan rasa hati nak je berehat kat umah hari ni, tapi bila memikirkan kerja tengah berlambak-lambak kat opis tuh, aku gagahkan diri jugak. Kalau tak lagi sakit kepala bila kerja yang sepatutnya siap tak siap on time.

Harap-harap petang ni kebahlah sikit. Dugaan...

Sep 16, 2009

Kenangan

Tinggal 2 hari je lagi aku bekerja then terus cuti raya. Bestnya tak sabar rasanya nak balik ke kampung, nak peluk Cik dan jumpa family members yang lain. Tapi dalam gembira nak dekat raya ni tersentuh rasanya hati bila mengingatkan "mereka" yang tak dapat nak beraya bersama sampai bila-bila. Rasa rindu pada mereka semakin membuak-buak. Saat-saat macam ni teringat kembali telatah masing-masing. Kak Dah dan Cik Su mesti sibuk kat dapur tolong Cik Masak. Abang Zul dan Matayi pulak mesti sibuk layan anak-anak sedara main bunga api. Adik Mie dan Ipan mesti seronok dapat balik beraya di rumah Tok Cik kan.

Terasa macam baru lagi peristiwa tu berlaku. Alfatihah buat mereka, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah aku akan menziarahi mereka pada cuti raya ni.

Sep 6, 2009

Happy Birthday My Little Prince



Hari ni genap setahun umur my little prince Mohammad Zakuan Ar Rayyan. Sekejap je rasa masa berlalu. Terasa baru lagi kelam kabut di hospital menyambut kelahirannya. Dan hari ni dah pandai merangkap tuh kira tunggu masa je nak berjalan. Grill pintu rumah pun dah di panjatnya. Aktif betul dia. Abah sayang Rayyan. Abah doakan Rayyan menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibubapa.

Sep 4, 2009

Tazkirah Jumaat : Suatu Perjalanan


Untuk suami / isteri dan sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga. Sama-sama kita renungkan.

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'



Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.



YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Aug 30, 2009

Hidup baru

Alhamdullilah malam semalam aku dan keluarga aku selamat berpindah ke rumah baru aku. Akhirnya merasa jugak tinggal di rumah sendiri. Walaupun banyak benda lagi tak settle di rumah baru aku gagahi jugak berpindah, kalau tak sampai ke sudah tak berpindah.

Rasa sebak nak tinggalkan rumah yang dah hampir lima tahun aku sewa dan jiran-jiran yang begitu prihatin dan mesra. Harap-harap nanti aku mendapat jiran yang sama macam mereka.

Dugaan besar betul bola berpindah di bulan posa nih. Banyak benda yang boleh di buat di hari-hari bisa terasa berat sangat nak dibuat di bulan posa nih. Lagi-lagi yang melibatkan tulang empat kerat nih. Sepatutnya bulan posa lah aku lebih bertenaga macam di zaman2 sahabat dulu bulan Ramadhan bukan dijadikan alasan untuk berlemah-lemah tapi dibulan inilah semangat fizikal dan mental berada di kemuncak. Ermmm bilalah aku nak jadi macam mereka.

Aug 28, 2009

Tazkirah Jumaat: Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."




Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Aug 21, 2009

Ahead of time




Pagi tadi aku dapat arahan dari boss aku untuk cepatkan lagi tugasan yang sepatutnya mengambil masa dua minggu lebih untuk disiapkan supaya awal minggu depan siap sepenuhnya. Terkejut badak gak dengar arahan ni. Tapi lepas bagitahu constraint yang berkenaan pada dia akhirnya dipanjangkan sedikit 2 hari. Aku kena bagitahu details steps yang aku kena buat sebelum dimasukkan ke sistem. Maybe orang2 dia atas ingat dengan adanya sistem semuanya dihujung jari. Tu pun aku terpaksa bertungkus lumus kerjakan siang dan malam. Nampak gaya kena bersengkang mata lagilah kali ni.
Takpe aku anggap ni semua cabaran.

Salam Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA INGIN MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja
maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan
dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Aug 19, 2009

Akhirnya...



Akhirnya selesai semuanya segala benda yang berkaitan dengan majlis konvo kali nih. Barulah boleh focus back kepada office work yang berlambak. Don't worry, still under control. Cuma kena jaga betul time management. Boleh .. kalau tak boleh pun kena bolehkan jugak.

Aug 6, 2009

Just to share…got it yesterday, cute!

Bayangkan kalau adik ke anak kita nama Lukman or Ibrahim dalam kelas nih, mungkin dan tu juga tukar nama jadi A’sri or A’nas


New teacher came into a class of pre-school students and started a taarruf (getting to know each other) session.
“What’s your name?” she asked the first girl.
“Kauthar,” she answered.
“Can you recite Surah al-Kauthar?” the teacher asked.
She answered yes, and proceeded to recite Surah al-Kauthar.
At the corner, a boy starts to fidget.

The teacher asked a second boy, “What’s your name?”
“Ikhlas,” he answered.
“Can you recite Surah al-Ikhlas?” the teacher asked.
He answered yes, and proceeded to recite Surah al-Ikhlas.
The boy at the corner fidgeted even more.

The teacher asked the boy at the corner, “What’s your name?”
“Ermm….. Fatihah,” he answered.
The whole class laughed.

His name is actually Yassin.

Bukan setakat budak-budak jer yang terkucil orang dewasa pun belum tentu hafal surah Yaasin.

Aug 4, 2009

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing


Pepatah lama ada mengatakan "Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing". Petang semalam aku sendiri menyaksikan betapa semangat tolong menolong masih menebal di kalangan masyarakat kita.

Nak dijadikan cerita aku menerima panggilan dari seorang hamba Allah mengatakan yang kereta beliau terbabas ke longkang di depan kompleks kerajaan Perak Tengah. Selepas tiba di tempat kejadian terkejut jugak aku tengok keadaan kereta tu. Kedua-dua tayar sebelah kiri tergantung atas longkang. Nasib baik ada penghadang jalan yang membuatkan kereta tu masih lagi stabil. Tapi kalau silap haribulan boleh jatuh terus ke longkang besar tuh.

Tapi nasib baik masih ramai orang yang prihatin. Ramai yang cadangkan supaya semua yang ada di situ sama-sama mengangkat kereta dari tepi sebelah kiri. Kalau nak call "tow truck" mesti kena cekik darah pulak. Letak harga yang ntah apa-apa. Kalau difikirkan memang mustahil nak angkat kereta tu secara manual tapi dengan tenaga sukarela yang ramai, sekejap saja kereta terbabit dapat diangkat. Ramai yang tanpa diminta sama-sama mengangkat kereta tu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

p/s kepada pemandu yang terbabit, drive carefully. Ingat orang yang tersayang.