Dec 27, 2015

Cerita lama berulang kembali


Semalam kami sekeluarga menyambut hari kelahiran my little princess Zara. Sekejap saja masa berlalu sekarang Zara yang montel dah berusia 5 tahun. Dia selalu mengomel pasal birthday dia sebab jatuh pada hari cuti sekolah dan tak dapat celebrate di sekolah bersama kawan-kawan. Nak buat camana dah lahir pada 25hb Disember kan.
 
 
 
 
Hari ni aku mengambil cuti untuk menguruskan hal-hal peribadi yang asyik tertunda sahaja. lagipun banyak lagi kuota cuti yang belum aku habiskan. Walaupun cuti aku terpaksa masuk sekejap ke pejabat kerana ada perbincangan tentang pertukaran aku ke jabatan baru.
 
Selepas habis short discussion aku menikmati nikmat cuti di tengah minggu dengan lepak sekejap di kedai mamak dan selepas tu pergi mandikan kereta ku yang dah comot macam tuannya jugak. Habis tu aku balik ke rumah sekejap dan plan asal aku nak keluar balik untuk settlekan apa-apa yang tertunda.
 
Bila sampai di depan rumah aku terkejut sekejap bila melihat tingkap bilik tidur aku terbuka luas dan seingat aku semua tingkap tertutup rapi sebelum aku keluar pagi tadi. Bila aku amati betul-betul rupanya tingkap tu telah di kopak dan pecah masuk. Astaghfirullah Hal Azim
 
Tanpa membuang masa aku terus capai batang penyapu dan membuka kunci pintu depan. Bila aku membuka pintu aku dapat lihat ruang tamu berselerak dan flat tv yang di pasang di dinding telah tiada. Aku perlahan-lahan masuk ke setiap bilik dengan berhati-hati. Yelah berjaga-jaga  takut si pencuri masih lagi ada dalam rumah
 
Ermmmm
 
Bilik tidur utama dan bilik tidur anak-anak pun pun dalam keadaan yang sama. Baju dalam almari habis dikeluarkan. Hanya satu tempat saja yang tak terusik iaitu dapur dalam keadaan normal. aku terus membuat panggilan ke balai polis untuk membuat laporan dan pihak polis minta aku terus ke balai untuk membuat laporan rasmi.
 
Ni kali kedua dalam masa 2 tahun rumah aku di pecah masuk dan aku dapat menjangka prosedur yang akan aku lalui dan yan pasti sekali lagi pencurinya dapat lepas lari.
 
Pencuri pun macam dah tahu jadual aku dan isteri. Mungkin rumah aku dah di perhatikan sebelum ni, Satu sebab lagi mungkin pencuri senang beroperasi sebab rumah di sebelah kiri dan kanan dan belakang rumah aku belum berpenghuni.
 
Wahai jiran-jiran sebelah bila lagi nak duduk di rumah ni.

No comments: