Jun 8, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Hari ni cuti ganti untuk Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong yang jatuh pada esok hari. Best nya dapat Cuti-cuti Malaysia. Malam smalam Sayang dah kemaskan barang2 yang nak dibawa. Kami akan ke Pulau Pangkor. Ermmm lama betul lah tak ke sana walaupun tak jauh dari rumah.
Dalam bersiap-siap aku still rasa geram betul lah mana hilangnya kamera nikon aku nih. Aku silap letak atau ada tangan yang gatal dah kebas. Isk Isk Isk.
Dalam pukul 10 pagi aku drive ke sana. Dalam kepala tengah berbelah bagi nak pi bercuti tanpa kamera atau singgah jap kat Giant Manjung beli kamera. Sepanjang perjalanan otak aku buat kira-kira budget bulan nih. Kena buat beb lagi-lagi lepas minyak dah naik harga nih. Selepas aku nampak je signboard Giant terus aku belok kesana walaupun otak aku belum selesai buat kira-kira + - x .
Semasa parking aku bagitahu Sayang aku kuar jap nak beli barang-barang tanpa bagitahu apa bendanya yang nak dibelikan. LAngkah aku terus jer ke Seng Heng kat peti pintu masuk Giant. Tengok2 model kamera. Mula-mulanya berminat nak cari latest version Coolpic dari Nikon tapi x der lak pulak. Second choice samada Sony Cybershot atau Panasonic. Lepas tgk harga dan function( harga jadi keutamaan buat masa nih), aku terus pilih Sony Cybershot Black Cyber-shot® W170 Digital Camera DSC-W170/B. Nak dijadikan citer x der lah pulak stok memory card. Aiseyyyyy . Nasib baik adik manis yg uruskan pembelian aku tuh bagi idea kat aku supaya beli kat kedai di Pekan Lumut. Tapi yang x syoknya aku kena chargekan bateri kamera selama 10 jam . Kira hari pertama xleh lah guna kamera baru.
Kali nih aku stay kat Havana Beach Resort kat Teluk Nipah. Oklah gak siap pakej dgn breakfast.
Aku betul-betul rasa relax dan berehat sepenuh hati. Lately selepas aku berpindah unit susah aku nak rehat. Sampaikan kena stay kat opis sehingga pukul 10 mlm. Apa nak buat aku aku masuk2 kat unit baru x kena timing, tgh peak season. Terima jelah (aikkk bercerita pasal keje lak aku nih).
Selamat Cuti-cuti Malaysia dari aku untuk aku.

No comments: