Jun 9, 2010

Cuti Sekolah

Akhirnya... setelah sekian lama aku menulis kembali.

Terasa segar setelah 5 hari bercuti . Bukan selalu pun dapat rehat macam nih. Kali ni aku dan keluarga bercuti di Johor dan Melaka. Asalnya aku dapat jemputan kahwin di Felda Midoi di Segamat, jadi alang-alang ke sana ambil cuti lama sikit boleh lah enjoy sikit.

Seronok betul di kenduri kahwin tu sebab dapat berjumpa kawan-kawan lama yang hampir sepuluh tahun tak jumpa. Masing-masing dengan keluarga masing. Luculah pulak bila teringat kenangan lama ketika kami semua masih study kat UIA.

My little princess dan prince nampaknya enjoy cuti kali ni, mana tak nya sempat lagi kami singgah mandi sungai di hutan lipur Gunung Ledang. Di Melaka pulak isteri tersayang mengimbau kembali kenangan ketika dia mengajar di sana. Kami sempat singgah di Quaters guru di Padang Temu, Maktab dan SK Air Molek. Hampir dua tahun jugak isteri mengajar di sana dan dalam tempoh itu juga lah aku berulangalik setiap petang Jumaat dari Perak ke Melaka. Rasa tak percaya pun ada. Alhamdullilah sekarang semuanya dah berlalu.


Di Melaka macam hari cuti yang biasa sentiasa penuh dengan pelancong-pelancong. Memang berbaloi kalau bercuti di Melaka. Semua tempat menarik terletak berdekatan antara satu sama lain. Cuma yang sedihnya kerana terlampau ingin menarik pelancong banyak bangunan-bangunan lama digantikan dengan bangunan baru yang lebih komersil. Sebagai contoh Padang Pahlawan yang bersejarah sudah digantikan dengan Padang Pahlawan Megamall, cuma dibumbung Megamall masih dikekalkan padang.

Insyallah kalau ada kelapangan aku akan ke Tanjung Bidara pula nanti...

Selamat Pengantin Baru Musa...

No comments: